Thursday, August 11, 2011

Iftar @ Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Ok, now nak post pasal makan2 semalam. Semalam pas meeting kat area Kajang, aku da plan baekk ngan Arina nak berbuka sama2, maklumla tahun ni tak leh nak jumpa weekend kot sbb masing2 banyak lak urusan nya..huhu. So curi2 la time weekdays. Aku rasa Ramadhan kali ni sangat pantas, pejam celik pejam celik, dah abis semua weekend aku kat KL sebelum nak raya, semua ada perancangan. So pepagi dah decide nak pi berbukak kat Kelab Cuberjaya ni, seingat aku 2 tahun lepas kitorang pi, last year pun book dan pegi jugak, tapi sbb arrangement out, jauh dengan makanan all, so kitorang berbuka kat ICE ROOM.. haha.. ada je entry pasal ICE ROOM tu


Makan kat sini harga last year ngan this year maintain. Still 39.90 nett. Tapi arrangement tahun ni cam last 2 yrs, aku ska, semua kat dalam, kecuali desert dan all the kambing bakar and ikan bakar. So bagus la. Untuk rasa plak, aku bagi 3 1/2 bintang dari 5. Ok la, semua berperisa. Pilihan makanan jugak ok, adala jugak western dan masakan melayu banyak. Ermm apa lagi yer.. tu je la kot. Tapi kalau orang nak berbuka posa kat situ, aku sarankan la, weekend aku tak nak comment sbb tak tahu, tapi kalau weekdays, ok je. Sebab aku tak ska crowd sangat, so semalam, aku enjoy la makan. Di samping...... naik balik kot berat aku dan cholestrol level ni.. huaaaaaa...

So semalam after  meeting terus lepak umah Arina jap, then kul 645 kitorang gerak. Seperti biasa la, kalau da sampai awal ni, sambil lepak2 dekat lobi, sempat la bergambar. posing tak hengat, altho muka sorang2 cam dah penyek, puasa katanya. Aku lak ari ni extra dahaga laks.. hehe.. So kat bawah ni semua pic2 kitorang dan makanan2. Kualiti gambar sangat tak elok, sbb tangan kami ketar2 nak klik, puasa katanya.. hahaha..

Posing gittew kan.. ceria ni
Ceria jugak... perut sedang berkeroncong.. ekeke
Desert, kat luar dalam da penuh.
Western section : Spaghetti, Fettuchini, blognaise & carbonara and lasagna.
Tak sempat nak jamah ni pun semalam.
Ni tak tau sudut apa.. ermm ada kerabu all
Pizza, tak sempat nak jamah jugak.. sbb full dan Arina tidak berjaya membuka pintu ni.. ekeke
Barisan makanan2nya semalam, Aku ska nasi beriyani, best.
Skit lagi nak sampai masa berbuka, senyum pun semakin lebar
Camne tah, muka nak senyum ngan tak senyum sama banyak so jadi lah gambar diatas
Sebab romantik sangat pencahayaannya, so tambin bakar and pari bakar tu nampak tak nampak je la
Ini pun tak nampak sangat, tapi kitorang amik semua minuman yg ada kecuali kiwi kot. Guava, fruit punch, mata kucing, abc semua kitorang bedal.
Abis berbuka sempat maghrib kat kelab ni jugak. Aku gegas balik Desa Petaling terawikh kat sana je sbb partner yang sorang ni tetiba sakit kepala. Termakan tambin ni kot.. :) Pape pun berbuka puasa semalam menggembirakan aku walaupun balik umah semalam terus je buat NH Detox Slim and pagi ni sahur minum air ngan kurma je.. guilty.. hahahha

1 comment: