Wednesday, August 10, 2011

Majlis Makan Malam di Gereja Methodist Damansara Utama

Partner takde ni sangap lak. Report da siap, so tak tahu nak buat apa, then aku terus online baca berita2. Maklum la, nak tgk berita memalam malas.. so baca je la. Tetiba terbaca isu panas ni. Majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama yang turut melibatkan 12 orang islam. Majlis ni dibuat pada 3 Ogos 2011. Sedih lak, dah la masa bulan Ramadhan ni. huhu. Dalam kesibukan semua orang berkejar2 nak mengimarahkan masjid dan surau untuk berterawikh, ada jugak yang menghadiri majlis seumpama ini.

JAIS yang buat serbuan pada malam itu dan memang majlis itu nampak mencurigakan. Erm.. then aku terbaca lagi, 12 belas orang islam yang terlibat itu tidak munculkan diri setelah dipanggil untuk memberi keterangan oleh JAIS. Kalau mereka takde hidden agenda, pergi semata-mata untuk 1 Malaysia katanya, so rasanya diorang tak perlu takut untuk memberi keterangan. Entah la, nak komen banyak2 pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi pada pandangan orang ramai, majlis itu mencurigakan.

Actually isu ni dah lama pun. Masa aku sekolah2 dulu, dah banyak aku dengar citer-citer camni, dalam usaha nak tukarkan agama, orang kristian memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang tak berkemampuan. Ada satu citer ni aku dengar masa kat Kolej, Lecturer Tamadun Islam aku kot yang citer, lupa da tapi citer yang dia citer kat aku memang aku ingat satu persatu. 

Lecturer aku ni dulu masa belajar kat oversea, course yang dia pilih tak banyak orang malaysia yang amik. Then bila dia da start belajar, dia rasa susah nak dapatkan panduan dan rujukan.Dia pun risik-risik la kot ada senior dari Malaysia yang amik the same course as her. Then dia jumpa sorang. Jamaluddin namanya. Happy sangat tahu ada malaysian yang amik kursus yang sama, dia terusla cari dan jumpa dengan Jamaluddin ni. Tapi dia pelik sebab Jamaluddin ni sangat la cold dan langsung tak membantu dia. Dia cuba juga bertanya banyak tapi jawapan Jamaluddin ni dingin je. Then lecturer aku ni pun da malas nak mintak bantuan lelaki ni lagi. Sampai la pada suatu hari dia dapat tahu, Jamaluddin ni sebenarnya dah kahwin. Apa yang dia terkejut ialah dia berkahwin dengan perempuan berlainan agama dan namanya adalah Jamaluddin Joshua. Lecturer aku ni nak tahu cerita lebih lagi dia try la tanya pada yang tahu dan dia dapat tahu yang lelaki ni dulu masa mula-mula datang dia pernah menghadapi kesukaran. Duit tak cukup all, then pada masa tu la ada paderi yang datang memberikan bantuan padanya. Dan tak lama selepas itu, dia dikatakan berkahwin dengan perempuan bukan islam. Selepas itu, dia langsung tidak berhubung dengan keluarganya di Malaysia.So tu la citer nya, Aku memang ingat nama Jamaluddin Joshua ni. 

Kesusahan yang kita hadapi tu sebenarnya ialah dugaan daripada Allah. Memang dalam masa kesusahan ini la agama kita diuji. Kalau tersalah perhitungan, maka terusla kita tercampak dalam golongan yang kerugian sebenarnya. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment