Monday, August 22, 2011

Cornflakes Madu

Untuk biskut seterusnya. aku try lak cornflakes madu ni. Yang ni paling simple dan sekejap nak buat. Aku amik resepi ni dari internet jugak. And ada ubah2 skit sbb nak habis kan bahan2.. :)


Bahan2 :
1) Cornflakes ( Aku amik 400 gm kot, nak amik 1 kotak kecik pun ok )
2) Madu ( Aku guna madu asli , 5 sudu )
3) Gula perang setengah cawan
4) Butter ( separuh, 125gm)
5) Badam hancur/ Kacang Hancur ( Jangan hancur sangat )
6) Ceri merah cincang untuk cantikkan biskut ( Optional )
7) Aku tambah jugak choc rice (baki buat biskut lain, campak je dalam adunan ni.. )

Cara2 :
Cairkan butter, masukkan gula dan madu. Biar larut.
Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar, aku letak badam, ceri dan choc rice sekali gus.
Then masukkan butter yang dah dipanaskan tadi.

Boleh jugak nak letak badam, ceri dan hiasan2 lain selepas masukkan adunan kedalam mangkuk kecik2 tu. Tapi sbb aku malas semalam, aku campur je sekaligus. So aku jimat masa sebanyak 30 minit untuk tabur2kan benda alah tu. And kalau tabur2 tu, confirm bahan hiasan aku tak cukup or terlebih. Aku nyer tujuan campur semalam ialah untuk habiskan bahan2.. so kena ikut objektif asal

Bakar selama 10-15min pada 150 darjah. Jangan lama2, nanti hangus susah... :)

No comments:

Post a Comment