Sunday, August 21, 2011

Biskut Choc Chip

Ok.. weekend ni memang sangat produktif. Untuk tak hilangkan resepi ni aku kena masukkan cepat2 kat blog ni, senang nanti lain tahun nak buat lagi.. (kalau rajin ler...)

Ni la rupanya choc chip cookies aku.. :)
Ok untuk resepi ni, aku dapat dari internet ni jugak, da lupa blog/website mana tapi aku ada ubah2 skit sbb aku nak guna tepung jagung. Resepi asal tak letak.

Bahan2 :
400gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji telur
250gm butter
1 sudu kecil esen vanilla
115gm gula halus
110gm gula perang
100gm choc chip
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit baking powder

Cara2 :
Pukul butter & gula perang dan gula halus. Then masukkan telur. Putar lagi, masukkan esen vanila. Masukkan serbuk koko. Ayakkan all the tepung and masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan. Then masukkan soda bikarbonat dan baking powder. Lastly masukkan choc chip. Selepas dan bentukkan pada bentuk2 yang disukai. Bakar pada 160 darjah selama 15-20 minit.

No comments:

Post a Comment