Monday, August 8, 2011

Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz

Semalam sedang bersembang dengan kengkawan ni, terkeluar cerita Aleesha. Erm.. aku tak tahu pun, maklumla tak baca surat khabar and tak tgk berita sangat. Ni la jadi nya. So bila da dengar citer ni. Macam teruja nak tahu cerita. Ada yang kata Aleesha atau nama sebenarnya Hafiz ni khunsa la, ada yang kata tak. Tapi hanya arwah dan keluarga je la kot yang tahu. Kita ni just mendengar dan melihat lately ni. Aku plak, tahu lepas berita dia dah pun meninggal. 

Tetiba aku teringat lak masa aku sekolah2 dulu, ustaz ada cerita yang khunsa ni tak boleh kawin kerana akan membawa kepada keturunan dan kekeliruan jantina. Tapi tak la belajar secara mendalam, sebabnya kalau aku tak silap, timbul cerita khunsa ni, bila belajar bab munakahat. Rukun kahwin. Ok, berbalik pada perkara khunsa ni, aku pun semalam dengan rajinnya, nampak sangat takde keje nak buat. Tapi apa salahnya kalau cari maklumat kan.

Menurut syara’: khunsa ialah seseorang yg diragui seksnya (jantinanya) sama ada kedua-dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya.

Ada dua jenis khunsa: 
1) Khunsa ghair musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya ) / dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid dan diharuskan sekiranya mahu berkahwin

2) Khunsa musykil (yg sukar ditentukan) / tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan.- Sekiranya khunsa musykil, haram untuk berkahwin.

So bila baca news pasal arwah Aleesha/Hafiz ni, rasa sayu pun ya, disebabkan secara lahiriah nya arwah dilahirkan sebagai lelaki, maka jenazah diselesaikan dengan cara lelaki. Namun disebabkan fizikal arwah dah berubah dan menjadi seperti perempuan, maka pengurusan mandi jenazah dilakukan dan diuruskan oleh perempuan untuk mengelakkan timbul fitnah.



Note : Takziah buat keluarga arwah dan juga Alfatihah kepada arwah.

No comments:

Post a Comment