Tuesday, August 9, 2011

Rusuhan di London

Semalam tengok news @ tv3. Alahai..kesian pulak tengok pelajar malaysia tajaan Mara , Asyraf kena serang dan kena pulak rompak. Sakit hati tengok orang yang rompak tu, mula-mula macam nak tolong, tapi di bukak nya beg budak tu dan curi barang. Siol la.

Tengok keadaan macam tu, bertuah la kita ni duk Malaysia. Setakat ni, takde la kejadian yang macam ni. Kalau berlaku, tak tahu la macam mana. Mesti kacau bilau. Hari tu bila ura2 nak ada perhimpunan Bersih tu pun aku dah cuak jugak. Dan2 rasa nak balik kg. And kebetulan memang aku balik pun..hehe.. siap pi Perhentian lagi.. Jauh skit dengan KL..hehe.. Tapi tanak la doa yang bukan2..KL ke, Terengganu ke, Kedah ke... Semua pun Malaysia. Memang la kalau diikutkan perhimpunan ini dikatakan perhimpunan secara aman, sama juga dengan kekecohan dan rusuhan di London ni yang pada asalnya adalah perhimpunan aman. Tapi siapa sangka berlaku perkara yang buruk jugak, serang2 orang la..bakar kereta la. Masing2 kalau dah berkumpul, perasaan marah dan nak memberontak ada, ganas jadinya. So syukur la kita kat sini setakat ni tak berlaku kejadian seumpama tu. Nauzubillah.

Tadi baca paper lak, katanya Asyraf tu dah dimasukkan ke Royal Hospital dan dirawat disitu. Patah rahang dan gigi. Ermm.. kesian la, niat nak pegi berbuka puasa, tapi malang lak menimpa. Tapi alhamdulillah, beliau tak kritikal. Hope cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment