Wednesday, May 4, 2016

Jom Bercuti ke Jepun (Day 7)- Tokyo -KL

14.03.2016 ( Isnin )
 
Hari ni dah last kami kat Jepun. So barang semalam dah siap packing. So pagi ni kami terus gerak awal nak store barang kat locker kat Ikebukuro dan ambil tiket NEX sesiap untuk ke Narita.
 
Sampai di Ikebukuro station selepas beli tiket NEX, kami simpan barang kat locker. Kami jugak telah hantar balik suica card dan dapatkan balik deposit 1000yen untuk 2 card kami. Duit tu kami buat bayar locker lak :)
 
Hari ni nak ke Harajuku. Saja nak buat last minute visit kan. Dalam keadaan hujan renyai2 tu kami Berjaya ke sana. Dan masuk Daiso , mcm kat Malaysia takde kan? Tapi serius, aku ska Daiso kat Jepun ni, barang lagi banyak dan comel2. Satu lagi harga murah kalau banding ngan Malaysia. Kat Malaysia, harga barang RM5.30 kan, tapi kat sini, RM3.70 je la :)
 
Habis je membeli, terus la berkejar ke Ikebukuro station dan terus menunggu untuk naik NEX ke Narita.
 

Jadual Flight ada dalam NEX
 
 
Sampai Narita, aku terus ke pejabat pos untuk pulangkan poket wifi. Check in luggage,Then kami terus pi solat.
 
Tak sabar nak balik Malaysia

Pocket Wifi yang kami dah masukkan dlm envelop untuk di hantar ke pejabat pos

H sempat masukkan poskad kami ke dalam post box untuk dihantar ke Malaysia

 
Perut pun dah lapar, kami pusing2 kat food court kat airport, rupanya ada satu kedai halal kat situ dan makanannya pun best. Aku makan ramen kat situ. nyum2 :) Punya banyak makanan kami beli, siap kena tapau sbb tak boleh nak habis kan at one time.. huaaa..
 



 
 
Sampai di KLIA jam 11.50mlm. Nasib baik sempat catch last trip ERL Transit. So sampai di TBS pukul 1.45 pagi. Huiii penatttt.. Akhirnya kami sampai dengan selamat dirumah kami.. Alhamdulillah.. Allah telah memberi kami kelancaran dalam perjalanan kami ini.
 
Sehingga bertemu lagi untuk ke destinasi lain.. Btw balik best, flight tak penuh, so kami leh duduk selang satu kerusi, lapang la skit :)


 
From Japan with love :)

Tuesday, May 3, 2016

Jom Bercuti ke Jepun (Day 6) - Tokyo - Gotemba Outlet dan Fuji dan Gundam

13.03.2016 (Ahad)

Gotemba Outlet & Gunung Fuji

Hari ni kami nak jalan jauh skit. Kami akan melihat Gunung Fuji dan ke Gotemba Outlet. Gotemba ni mcm Johor Premium outlet, cuma kat Jepun ni lagi besar dan banyak kedai :). Gunung Fuji plak, kami tak berhajat nak ke kaki gunung, dapat tengok dari jauh pun takpe :).
 
So pepagi kami keluar hotel dan daripada Ikebukuro ke Shinagawa menaiki JR Yamanote line. Dari Shinagawa, kami naik shinkansen ke Mishima. Daripada Mishima kami naik pula Numazu JR Tokaido line. Sampai di Gotemba Station, ada free shuttle nak ke Gotemba outlet. Jangan bimbang, free shuttle sangat efisyen ya.
 
Tempat solat pulak ada disediakan di Gotemba dan dijaga rapi oleh pekerja di sana. Hanya orang yang nak solat dibenarkan masuk. Bilik itu berkunci dan boleh tekan loceng di pintu, nanti akan dating pekerja yang akan bukak pintu bilik solat.



So perjalanan kami hari ni ke Gotemba, memang menggunakan JR Pass je. Btw, sepanjang perjalanan naik shinkansen dan Tokaido line, memang boleh Nampak Gunung Fuji. Kagum ya.
 
Sesampai di Gotemba, aku dah tak keruan.. masuk dari satu kedai ke satu kedai. Hehe.. so kena istigfar skit, dan buat pembelian berhemah hehe.. H sabra menengokkan kerenah wife dia ni. Sabar je la kan.

So layan gambar2 kat bawah.



Still Nampak gunung Fuji daripada Gotemba, tapi menjelang tengahri skit, Gunung Fuji dan ditutupi awan.
Kat sini ada bridge, so ada dua bahagian Gotemba Outlet ni, so sbb takde masa, aku tak masuk semua pun. Pilih je mana yg nak masuk tu huhu
Lunch kami :)
H Kepenatan :)

Pandangan daripada dalam train ke Numazu :)




 
Petang skit, kami dah gerak balik. Sbb lepas ni nak jenjalan tengok Robot Besar Gundam saiz asal katanya. :)
 
Diver City Mall (Gundam)
 
So sampai je ke Shinagawa, kami terus ke Osaki JR dan daripada Osaki kami ke stesyen Tokyo teleport via rinkai line. Rinkai line ni, kami guna suica card, sbb tak cover ngan JR Pass.
 
Sampai di stesyen Tokyo Teleport, kami terus berjalan ke Diver City mall tempat Robot Gundam ni berdiri :).
 
Ok.. sangat besar. So dalam pukul lapan camtu ada show Gundam ni. Diorang pancarkan slide kat dinding bangunan, then robot Gundam ni pusing2 kepala skit la. Effect lampu2 all :).
Kat sini jugak kami habiskan duit dalam suica card dengan membeli beberapa fridge magnet di dalam mall ni.

Layan gambar Gundam :





Dah habis tengok show, dan beli satu Gundam kecik, kami terus balik ke Hotel. Nak tercabut kaki jalan hari ni hehe..

Jom Bercuti ke Jepun (Day 5) - Tokyo

12.03.2016 (Sabtu)

Hari ini kami akan berjalan sekitar Bandar Tokyo. So bangun pepagi cam biasa, then kami terus memulakan pengembaraan kami :)

Daripada Ikebukuro, kami berjalan menaiki train JR Yamanote. Yang ni inner loop train di Tokyo. So semua covered dengan JR Pass. Cuma ada satu atau dua train yang kami naik tu kena guna suica card.

So hari ni kami menjelajah ke area ASAKUSA, SHINJUKU, AKIHABARA dan SHIBUYA.

AKIHABARA

Kat sini kami berjalan-jalan tengok kedai elektronik yang banyak. Memang tak berhajat untuk beli barang letrik, tapi kat sini kami dapat ke kedai yang ada menjual souvenir dan hahal untuk dibeli. So kami bershopping kat sini. Thanks pada student Malaysia yang tolong kami menyopingkan diri. :)




Sakan betul kan :). Takde la melepak lama pun, just tengok keadaan sekeliling, dan moving dari satu lokasi ke satu lokasi.

ASAKUSA

Di Asakusa, kami mencari restoran Halal disitu iaitu Naritaya Asakusa, kedai ni berdekatan dengan shrine Asakusa yang besar jugak la. Restoran Halal ni menyediakan ramen yang best dan set2 nasi yang best jugak. Harga pun berpatutan. So kalau datang Tokyo, jom jenguk kat sini ya :)

Selepas makan, kami jenjalan ke shrine tu dan tengok pemandangan orang2 berjalan sambil membeli makanan di sepanjang jalan. Kat sini jugak ada banyak kedai souvenir. So boleh menjamu mata dan membeli souvenir yang berkenan di mata masing2 :).

Asakusa Shrine
Asakusa Shrine

Depan Restoran Naritaya
 
SHIBUYA

Kat sini aku dan H konon2 nak melepak di Starbucks sambil tengok orang gitu, tapi terpaksa batalkan niat nak melepak, sebab mmg ramai org kat Starbucks ni. So kami sempat la amik gambar dan tengok Shibuya Crossing ni, mmg ramai umat manusia kat sini. :)

So berakhir hari kami jenjalan di Tokyo hari ini. Esok kita ke tempat lain plak :)



Jom Bercuti ke Jepun (Day 4)- Tokyo DisneySea

11.03.2016 (Jumaat)

Bangun pagi hari ini di Hotel Oasis di Ikebukuro :). Ohayo gozaimasuuuuu...
 
Hari ni banyak lagi nak jelajah ni. So pepagi kami bangun, makan sesiap di hotel dan membawa bekalan skit untuk makan nnti. Hari ini kami akan ke Tokyo DisneySea. Kami takde masa nak ke 2 taman tema ni, so kami memilih untuk masuk ke Disneysea kerana melalui pembacaan daripada blog2 orang, DisneySea ini lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding nak ke Disneyland.
 
Tiket dah beli secara online, so hari nak ke sana, terus je bawak e-ticket untuk di scan dipintu masuk nanti. Mudah je.
 
Daripada Ikebukuro, kami menaiki train JR ke Maihama Station. Ini adalah stesyen terhampir dengan Disney. Daripada Maihama nak ke resort theme ni, kita kena naik resort line train plak. Train diorang di cantik la.. Disney katanya :). So tambang train ni ialah 239yen sehala untuk dewasa.




Sampai je DisneySea, kena beratur nak check beg yang kita bawak, tak boleh bawak makanan. Tapi aku dah sorok bawah2 skit, so masa check tu, lepas je. And masa aku lalu tu, tak la beria sangat dia nk check. Kalau dia check betul2, sure Nampak bekalan makanan aku tu.

Lepas pemeriksaan beg tu, beratur untuk masuk taman plak, so masa ni kuarkan e-ticket yang kita dah print tu. Sampai di gate, scan dan terus masuk. Tadaaaaa...





Ermm.. hari tak best sangat sbb today is rainy. Walaupun tak lebat2, tapi still hujan kan :). Jangan sedih2, kita beli raincoat mickey dulu.. hehe.. kat sini takde hal la nak jadi budak kecik balik pun, org2 dewasa nak gaya ala2 mickey mouse ke.. Minnie mouse ke.. :) Festaim aku beli raincoat harga 50 hinggit selai. Takpe2, dah benda wajib kena beli kan. Kita beli je la.

Tempat solat kat Disney Sea so far takde lagi, so kena pandai2 cari port la ya. Aku dan H berjumpa port yang best hehe.. Ianya adalah dibawah Jambatan di Venice. hehe.. so kat org river cruise tu, kami tumpang solat kat bawah jambatan tu. Tempatnya sangat bersih. Aku bawak sejadah sepanjang aku outing ni, so hampar je sejadah, amik wudhuk kat toilet, then dah boleh solat :). Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

H Solat, boleh berdiri kat dlm ni.

Ni dari pandangan luar :)

Kalau di Universal Studio, kita kena bayar harga tiket yg mahal skit berbanding dengan tiket biasa, kalau kita nak VIP/Fast lane untuk ride kan? Tapi kalau kat DisneySea ni, kita boleh amik fast pass dengan percuma, tapi ada syaratnya la. Kalau kita dan print fast pass kat satu ride ni, so kita kena tunggu sejam lepas tu plak untuk amik fast pass baru. Dan kena pandai arrange masa la ya. Fast pass di ride2 ni ada kuotanya, sekiranya dah habis, so tak dapat la kita nak amik fast pass, so kena la beratur seperti biasa.

Ni la rupanya Fast Pass tu.



Marry go round.. haha

Sebelum ke Disneysea ni, aku dah tengok la blog2 orang, bercerita pasal ride yang best kat sini. So aku dah buat shortlist skit.

Sesampai kami di taman tema, kami terus ke ride tower of terror, masa tu jam 9.00 pagi, kami terus ke mesin fast pass dan print fast pass pertama kami, tudiaaaa... pukul 5.30 ptg baru leh ride. So kami jenjalan ke tempat lain untuk ride. Nak amik next fast pass ialah sejam akan datang. So kami jenjalan pusing taman dan naik ride2 yang tak ramai sangat beratur tu.

Bercerita pasal tower of terror ni..huaaa... aku insaf!!!.. gila takut wei.. haha.. gayatttt

Tu la ketinggian tower of terror tu.. and ride dia, imajin cam solero shot tapi in the building. haaa... insaf sudaaa
Sepanjang kami kat sini, kami Berjaya dapatkan 3 fast pass :). So beratur maximum pun dlm 10minit je. So mmg berbaloi untuk menggunakan fast pass ni :)

So layan gambar2 kat DisneySea ni. Dalam pukul 7pm kami dah keluar, penat sudaaa..


 
 








So kami terus balik hotel untuk rehat. Esok ada lagi banyak tempat nak jelajah. :)