Wednesday, May 4, 2016

Jom Bercuti ke Jepun (Day 7)- Tokyo -KL

14.03.2016 ( Isnin )
 
Hari ni dah last kami kat Jepun. So barang semalam dah siap packing. So pagi ni kami terus gerak awal nak store barang kat locker kat Ikebukuro dan ambil tiket NEX sesiap untuk ke Narita.
 
Sampai di Ikebukuro station selepas beli tiket NEX, kami simpan barang kat locker. Kami jugak telah hantar balik suica card dan dapatkan balik deposit 1000yen untuk 2 card kami. Duit tu kami buat bayar locker lak :)
 
Hari ni nak ke Harajuku. Saja nak buat last minute visit kan. Dalam keadaan hujan renyai2 tu kami Berjaya ke sana. Dan masuk Daiso , mcm kat Malaysia takde kan? Tapi serius, aku ska Daiso kat Jepun ni, barang lagi banyak dan comel2. Satu lagi harga murah kalau banding ngan Malaysia. Kat Malaysia, harga barang RM5.30 kan, tapi kat sini, RM3.70 je la :)
 
Habis je membeli, terus la berkejar ke Ikebukuro station dan terus menunggu untuk naik NEX ke Narita.
 

Jadual Flight ada dalam NEX
 
 
Sampai Narita, aku terus ke pejabat pos untuk pulangkan poket wifi. Check in luggage,Then kami terus pi solat.
 
Tak sabar nak balik Malaysia

Pocket Wifi yang kami dah masukkan dlm envelop untuk di hantar ke pejabat pos

H sempat masukkan poskad kami ke dalam post box untuk dihantar ke Malaysia

 
Perut pun dah lapar, kami pusing2 kat food court kat airport, rupanya ada satu kedai halal kat situ dan makanannya pun best. Aku makan ramen kat situ. nyum2 :) Punya banyak makanan kami beli, siap kena tapau sbb tak boleh nak habis kan at one time.. huaaa..
 



 
 
Sampai di KLIA jam 11.50mlm. Nasib baik sempat catch last trip ERL Transit. So sampai di TBS pukul 1.45 pagi. Huiii penatttt.. Akhirnya kami sampai dengan selamat dirumah kami.. Alhamdulillah.. Allah telah memberi kami kelancaran dalam perjalanan kami ini.
 
Sehingga bertemu lagi untuk ke destinasi lain.. Btw balik best, flight tak penuh, so kami leh duduk selang satu kerusi, lapang la skit :)


 
From Japan with love :)

No comments:

Post a Comment