Tuesday, May 3, 2016

Jom Bercuti ke Jepun (Day 5) - Tokyo

12.03.2016 (Sabtu)

Hari ini kami akan berjalan sekitar Bandar Tokyo. So bangun pepagi cam biasa, then kami terus memulakan pengembaraan kami :)

Daripada Ikebukuro, kami berjalan menaiki train JR Yamanote. Yang ni inner loop train di Tokyo. So semua covered dengan JR Pass. Cuma ada satu atau dua train yang kami naik tu kena guna suica card.

So hari ni kami menjelajah ke area ASAKUSA, SHINJUKU, AKIHABARA dan SHIBUYA.

AKIHABARA

Kat sini kami berjalan-jalan tengok kedai elektronik yang banyak. Memang tak berhajat untuk beli barang letrik, tapi kat sini kami dapat ke kedai yang ada menjual souvenir dan hahal untuk dibeli. So kami bershopping kat sini. Thanks pada student Malaysia yang tolong kami menyopingkan diri. :)




Sakan betul kan :). Takde la melepak lama pun, just tengok keadaan sekeliling, dan moving dari satu lokasi ke satu lokasi.

ASAKUSA

Di Asakusa, kami mencari restoran Halal disitu iaitu Naritaya Asakusa, kedai ni berdekatan dengan shrine Asakusa yang besar jugak la. Restoran Halal ni menyediakan ramen yang best dan set2 nasi yang best jugak. Harga pun berpatutan. So kalau datang Tokyo, jom jenguk kat sini ya :)

Selepas makan, kami jenjalan ke shrine tu dan tengok pemandangan orang2 berjalan sambil membeli makanan di sepanjang jalan. Kat sini jugak ada banyak kedai souvenir. So boleh menjamu mata dan membeli souvenir yang berkenan di mata masing2 :).

Asakusa Shrine
Asakusa Shrine

Depan Restoran Naritaya
 
SHIBUYA

Kat sini aku dan H konon2 nak melepak di Starbucks sambil tengok orang gitu, tapi terpaksa batalkan niat nak melepak, sebab mmg ramai org kat Starbucks ni. So kami sempat la amik gambar dan tengok Shibuya Crossing ni, mmg ramai umat manusia kat sini. :)

So berakhir hari kami jenjalan di Tokyo hari ini. Esok kita ke tempat lain plak :)



No comments:

Post a Comment