Sunday, August 22, 2010

Ice Room Bangi

Sabtu lepas, ikut plannya, nak berbuka di Sri Bayou, Kelab Komuniti Cyberjaya. Dah seminggu book nak berbuka kat situ. Harganya 39.90nett seorang. Ngan Arina pegi la petang tu. Actually, tahun lepas kitorang pernah bukak posa kat sini. So tahun ni nak ulang la. Sebab last year, makanannya best la jugak, Ada beriani kambing jugak. So 6.30pm sampai.

Kitorang pi la usha meja. Ermm.. agak kecewa, sebab tempatnya sangat jauh daripada buffet. Agak2, kalau nak amik lauk tu, mau pengsan dulu la. Berliku-liku la jugak nak menyampai ke tempat lauk-lauk tu. Lagi nak kena redah ramai orang. Aku dah buat muka semacam. Memang tak puas hati ni.

- Beb, aku rasa tak worth la bayar tapi nak makan punya la banyak halangan ni. Ngan tempat amik makan jauh, dan jugak ramai orang.

Aku tetiba je meluahkan persaan aku tu. Ermm.. kesian Arina, dia yang bawak kereta tadi. Muka dah penat. Aku lak buat perangai giler tu.

Akhirnya dia pun terima la cadangan aku nak kuar dari tempat tu, tapi aku yang kena cancel order dari Kelab tu la kan.. sebab aku yang buat perangai.. hehe.. Then aku pun dengan berkobar-kobarnya terus la bagi tau yg kami nak cancel. Diorang pun tak kisah, setakat 2 orang yang cancel kan. Diorang dah banyak untung untuk malam tadi pun.

So dua orang ni pun pi la area Bandar Baru Bangi. Arina kata Ice Room dah ada kat Bangi. So apa lagi, drift ke sana dan dalam kul 720pm kitorang sampai. Di sebabkan dah nak masuk waktu, pekerja Ice Room ni bagi ais kosong and kurma sementara menunggu makanan yang kami order sampai. Ermm.. prihatin la jugak diorang ni. Bagus la servis nya.. i loike...


Black Pepper Chicken Rice

Pineapple & Orange Juice

Nasi lemak

Blueberry Snow Ice

Lepas beberapa ketika, sampai la makanannya. Ala kadar la kan.. aku makan nasi lemak and fresh orange and Arina lak makan black paper chicken rice and pineapple juice. Makanannya boleh tahan la. Harga lak standard kopitiam la.

Dah makan kenyang tu, teringin lak nak rasa Blueberry snow ice. Dalam gambar cam menarik. Rasanya juga not bad la.. Apa pun.. Alhamdulillah, kenyang la jugak 2 orang yang berpuasa ni.. ekekeke..

End :)

No comments:

Post a Comment