Sunday, August 15, 2010

Berbuka Puasa

14 Ogos 2010, Sabtu. Hari ni aku dah book untuk berbukak posa ngan family kat PD. Jauh kan? hehe bukan apa, selain ada promo baik .. aku memang berhajat nak lepak situ ngan family. Lagi pun adik bongsu ada sekali. dia tak pernah lepak PD Condo tu. So kul 12 tghari gerak la pi PD, Otw tu singgah Macy jap. Tempah langsir. Pada sesapa yang nak tempah langsir percuma. Kena la pi MACY. Berbaloi ni, biasa MACY akan bagi free untuk French Pleat je, tapi kali ni semua jenis la, sampai kan roman blind pun free. Aku berhajat nak tempah eyelet, so pilih kain dan tempah jahit eyelet tu.

Then terus la ke PD. Aku tempah berbukak kat Thsitle PD untuk 5 orang. Sekali adik yang sorang lagi tetiba bekerja kat Seremban time tu, so terus tambahkan sorang lagi. One perfect family la. Happy. Dah lama tak luang masa bersama-sama. Dah sampai PD, check in dulu kat PD Condo. Rehat sekejap sebelum ke Thistle yang terletak kat sebelah condo tu je.. :). Kul 7 sampai kat Thistle. Cantik la jugak. Dulu tempat ni ialah Guoman resort, tapi now dah jadi Thistle lak. Ermm .. lepas ni jangan nangess tengok makanan-makanan yang kitorang amik. Memang macam sebulan tak makan. Konsep malas nak bangun bila dah start makan kan.. maklum la majoriti family aku ialah yang SIHAT-SIHAT belaka.. :)


Makanan kat Thistle ni ok la. Aku suka. Yang paling aku suka tentu la kambing golek..hehe.. yang ni dihidangkan ngan honey garlic mint source.. Best. Selain tu apa yang aku jamah semalam yang aku suka ialah, ketam masak masam manis, kerabu2 nyer..not bad la.., nasi goreng kampung, rusa masak kerutup, sotong bakar, udang bakar, ikan bakar, satay pun ok la.. dan banyak lagi.. overall aku suka la. worth la datang jauh2. Cuma yang aku terkilan skit.. terkilan?? hehe.. dessert nya tak banyak pilihan.. dan yang ada tu rasanya semua tak best. Jarang aku nak jumpa onde2 yang tak sedap.. tapi di situ aku jumpa.. hehe. Tapi tak per la. yang penting main course yang sedap.. kuih tu aku pejam mata la.. walaupun aku tulis kat comment card, kuih2 tu bad taste.. tak per la, komen ni untuk improve kan kualiti diorang. Bukan saja2 nak bad mouth pun. Kritikan membina tu.. insyAllah.. :)

Ok la, dah nak pi hidang berbuka posa lak. Mak dah siap masak kat dapur tu. Aku lak.. hidang je? and tengah suka2 tulis blog ni? ish2.. manja sekali sekala.. esok aku kena berbuka kat sekolah lak.. ari ni je nak makan mak masak kan.. :)

Selamat berbuka posa...

No comments:

Post a Comment