Saturday, August 28, 2010

Berbuka posa secara berjimat :)

Ermm.. minggu ni mmg best sebab kelas just ada 2 hari je. Isnin dan Selasa. Kelas Khamis dan Jumaat tak de.. hooray. So tak yah la nak bukak posa mee goreng.

Rabu : Restoran Syed Bangsar

Hari ni plan dengan Yeen dan Ayeen nak bukak posa kat Syed. Teringin nak makan bukhara. Ini juga rentetan daripada cerita kesedapan bukhara syed yang dibawak oleh Kak Mahan. So kena pegi la. Disebabkan parking kat Bangsar tu sangat la cam haremmm, so kitorang bawak la satu kereta. Dan sebab Pooh yang paling cute dan kecik tu, so 3 orang ni pun naik la Pooh. Tapi di 'drive' oleh Abang sebab Tuan Pooh tetiba lak tak sedap badan. Angin lak petang2 kan... maybe sebab tak sempat sahur semalam.

Dah sampai tu terus la kitorang pilih port. Sambil menunggu org amik order, kitorang cam biasa la, mengumpat serba sikit, gelak sikit2 dan sebagainya. Tetiba datang la org yang nak amik order tu. Mak aii cangih syed ni.. order pun guna PDA dah. Ari tu tak de lagi. Dah maju ni... Bukhara akan dihantar tetapi Beriani kena amik sendiri. So menu hari ni ialah Bukhara Kambing, Bukhara Ayam dan Beriani Kambing. Walaupun aku giler sangat ngan lauk2 kambing ni, tapi hari ni just nak makan Bukhara Ayam la. Lepas makan tu cepat-cepat kitorang balik solat dan Ayeen nak kena ngajar berenang lak... Bz sungguh :)

Khamis : Old Town White Coffe ( Jusco Cheras Selatan )

Hari ni teringin ngan Cik Yeen nak tengok Adam Sandler(Grown Up) Balik bekerja je, terus berkejar ke Jusco Cheras Selatan. Then tengok la citer tu. Nak kata best sangat tu tak la.. ok laaa.. aku bagi 3 bintang je la. Disebabkan keje giler nak tengok wayang tu, kitorang bukak posa dalam panggung je ngan makan kurma n air mineral.. Sanggup tuuu...

Kul 8 je, wayang abis terus pi solat maghrib dulu. Then baru nak cari restaurant. Perut dah bunyi2 ni. Nak makan apa yer.. then nampak promo baekkk kat Old Town White Coffee. Kitorang pun masuk la. Kitorang pilih makanan yang sama. Promo untuk bukak posa. Nasi Lemak Ayam goreng. Dengan 13.90, Dapat Nasi lemak ayam goreng, Bandung Cincau (besttt), ice cream double scoop (Ada red bean & Cendol ) pun bestt gak, kurma dan kek lapis. Berbaloi tu. Dan lepas makan kitorang pun terus balik. Sebab Yeen nak kena masuk shift buat kuih tart lak.. ekekeke..








Jumaat : Milano Pizza, Bangsar

Hari ni plak, Yeen ajak pi urut la.. maklumla dia bekerja kuat malam2, sibuk ngan tart, terus je sakit belakang, so kitorang pi la urut2 kat bangsar. Hari ni tak nak pi Sifu, tapi nak try tempat baru, The Zouk. Ermm ok la. Tapi later aku tetap akan pi kat Sifu kot, kat situ environment ok skit. Urutan kat The Zouk ni ok je tapi sebab dah biasa ngan Sifu kot yang buat aku nak pi Sifu je la after this. Urut kaki refleksologi yang aku buat tu cost me RM40 (Murah laa untuk sejam) dan Yeen lak kena RM 78 untuk back massage.. ermm mahal lak...

Then terus la menuju ke tempat nak makan lak. Hari ni kitorang decide nak makan pizza n pasta. Milano Pizza ni terletak dekat ngan Pizza Hut, bangunan sebelah je. Kitorang amik Pizza Beef Supreme dan Spaghetti Seafood Aglio Olio. Rasanya ok la. Dan aku akan pegi lagi after this untuk try lain2 masakan lak. Milano Pizza ni ada jugak kat KLCC kat Food Court. So tak payah la nak pi KLCC after this, Pi Bangsar pun ok.

So berakhir la makan-makan bukak posa aku minggu ni. Orang lain posa kurus, tapi aku posa??? Ermmm ekekeke... Jangan tak muat baju raya sudah la.. Kalau tak banjir jugak Gong Pasir nanti sebab ada yang nangis sebab baju raya ketat.. huhuhu.


No comments:

Post a Comment