Sunday, August 1, 2010

FRIDAY- SALT

Hepi sungguh bila tiba friday. Sebab esok leh rehat kat umah. Hari ni ada keje kat area Kajang. So hepi sangat tu tak la sangat sebab lepas keje kena pi S.A untuk ke kelas. huhu.. Pagi-pagi lagi tengah diskas2 keje ngan boss dan partner, tetiba ada call masuk. Sapa ni ekk? Angkat2 je, lembut je suara pompuan tu.. sapa? Ustazah ku yang sempoi tu.. Dia call inform kelas petang ni batal.. waaaa lompat bintang la aku, dan2 email kawan bgtau kelas cancel. Ini adalah kelas pertama yang dibatalkan untuk semester ini. hehe.. So petang ni boleh la balik umah terus kan.

Alkisahnya hari ni hari rajin ku datang lak.. tengahari daripada ritual biasa pi Mid Valley, hari ni aku balik umah dan kemas umah yang telah berantakan tu. Pukul 2.30 kuar umah lak sebab nak sambung keje kat Kajang. Meeting abis, aku pun drive la nak balik, on the way tu, rasa macam tak best lak nak balik terus, call kawan sekongkol.. almaklum opis dia kat cyberjaya kan. Apa lagi dengan persetujuan dua pihak, aku pun sampai la di Alamanda. Sale banyak jugak tapi aku tak tergoda sangat sehingga la tiba di MS Read.. amaaakkkkkk... Jeans sale up to 50%... ermmmmmm, hancus. Tapi tak per la, memang kegunaan kan.. menyedapkan hati yang lara. Hehe.. Dah.. enough!! no more shop.. walaupun 4&5 hb 8, ada sale kat Robinson.. tapi tu kena pi, sebab mmg nak beli kasut.. lepas tu stop....stop...

Kawan dah sampai sepakat la nak tengok wayang. Hari ni pilihan kitorang nak tengok SALT lakonan Angelina Jolie. Citer ni memang best.. Pasal perisik Russia, CIA all la.. seperti biasa la citer2 action ni.


Citer ni memang best, tapi bila dah tiba last-last tu mcm sensitif skit, sebab pelancaran peluru berpandu tu ditujukan kat 2 tempat. Tehran dan Mecca untuk memusnahkan muslim. Agak kurenggg hajar la. Tapi Heroin citer ni dengan pantasnyer melawan la dan membatalkan misil tu. Tapi cam geram la jugak kan. Anyway tolak dengan isu sensitif tu, citer ni aku rate 4 bintang.. i loike... So sesapa yang tengah berpk2 citer apa nak ditonton tu, sila la pilih SALT.. tak nyesal..


No comments:

Post a Comment