Wednesday, March 7, 2012

Hari Yang INDAH

Hari ni bangun pagi sangat malassss.. sbb sakit pinggang.. maklum penat kemas umah dan menolak almari bagai..huhu.. dah lama ngan susun atur lama, rasa nak kelainan plak. So dengan kesakitan tu bangun and keluar rumah. Jam pukul 7am, ehh apasal la jam kat depan umah ni.. ishk2.. bukan saja depan umah je yg jam.. sampai ke Desa Waterpark..huhuh.. so hari ni perjalanan ke ofis mengambil masa 1 jam 45 minit. Takpe la.. dugaan. Bfast ari ni, Subway with Kak Mahani. :) So kena ceriakan balik hari yang mendung ni. Siapkan kerja and tengahari lepak sekejap dengan Kak Norli.. Goss...berangan... semua la.. Yang bagusnya dapat info dari Kak Norli, kalau nak belajar jahit baju leh try ngan Giat Mara. Terus call.. submit form.. and tunggu je la kalau diorang nak bukak kelas, diorang akan inform.. terus berangan nak beli kain Jumaat , tadaaa.. Isnin pakai baju baru.. bole?? :)

Tadi masa call Giat Mara Lembah Pantai, pekerja kat situ dengan ramahnya memberikan maklumat. Kat sini ada pengambilan 2 kali setahun untuk sepenuh masa. So pelatih akan belajar selama 6 bulan. So kalau belajar buat baju, semua2 la diorang akan belajar, baju kurung, baju melayu dan baju2 lain lagi la. Diorang jugak dapat elaun RM 200 sebulan.

Aku plak tanya kalau separuh masa. Kalau separuh masa lak, Giat Mara akan bukak kelas by module. So kalau dah cukup 15 orang, kelas akan dibuka. Tengok plak dengan permintaan. Kalau ramai nak kelas jahit baju kurung, so kelas baju kurung la jawabnya. Hope2 ramai yang nak belajar jahit baju kurung.. Dah teruja sangat dah ni. :). Tadi bila tanya, belajar jahit baju kurung separuh masa, perlukan 42 jam. So bila dah complete 42 jam, boleh la apply belajar module lain plak. Skim latihan ni dipanggil Program Latihan 1 Malaysia. Download borang dan terus faks ke Giat Mara yang terdekat. Senang je.

No comments:

Post a Comment