Tuesday, March 13, 2012

Bila aku tertinggal HP

Pagi ni bangun dengan segarnya, tido dengan lena semalam, tanpa mimpi.. Cepat2 bersiap ke office, sampai ke parking lot office, still banyak space. Best. Tak payah nak pi bayar parking 13 hinggit. Yang 5 hinggit still banyak. Bukak lappy... tengok email. Baru nak check hp, carik2 takde.. OMG.. tertinggal kat umah la... uhuhuhuh.. Ni yang tak best ni. Aku perasan sangat, handphone aku ni, kalau ada dengan aku, jarang sangat aku nak guna and menunggu panggilan orang. Tapi kalau takde je ngan aku like today ni, masa ni la aku menunggu panggilan. Ishk.. Now aku tgh tgu panggilan n text from :

1) Pantai Hospital
2) Celcom

Tapi aku tertinggal phone. Ishk.. susah la. Tetiba teringat zaman2 takde hp, rilek je plak kan. Tapi bila da ada ni, handphone dah jadi cam nyawa. Kena ada sentiasa. Pada aku yang leh dikatakan nyawa ni ialah apabila nak guna handphone ni time dalam kecemasan. Contoh tetiba kereta rosak ke, sampai dekat tol, tetiba perasan takde duit (purse tertinggal jugak.. ekeke) so tak leh nak call kawan nak rescue, ada kecemasan orang nak hubungi kita susah... dan sebagainya. Ermm. So tips2 bila tertinggal phone ialah :

1) Kalau ada akses email, sila emailkan orang2 yang berkaitan
2) Call inform mak n ayah kat kampung, kot2 dia call kita tak berangkat, risau lak diorang.
3) Call kawan2 kita yang memang ada potensi nak cari kita pada hari ni. Tu pun kalau ingat nombor telefon diorang la.. biasanya tak hafal la sangat sbb semua nombor pun ada dlm phone yg tertinggal tu.. huhu.. Kecuali Kak Mahani yang ingat banyak no tu..ekeke

So dah penat nak menaip ni.. so sambung later la.. huhu.. salammmmmm

2 comments:

  1. Wa baru baca blog lu..yer no. Phone org2 penting dalam idup wa..wa akan hafal..kak nam semer wa afal kecuali yeen..ari tu dia tukar no. 2 x..so wa dah takleh nak register lagi no. baru dia..

    ReplyDelete
  2. wa mmg sukar nak menghapal no. huhu... tgh try nak remember no ni..eekekek

    ReplyDelete