Sunday, April 10, 2011

Kuasa Minda

Ahad... ada plak test taxation. Ermm dah hujung2 sem ni, makin susah lak silibus nya..huhu.. So hari ni jawab test dengan sungguh2 la lagaknya.. tapi mcm biasa... ntah apa yg aku jawab pun, aku tak tahu..huhu.. Lepas test cikgu nak sambung dengan kelas, tapi tetiba dia ari ni mood nak bersembang ngan kitorang, dia kata nak share cara mendapatkan sesuatu dengan cara fokus. Ermm apa tu, katanya benda yg dia nak ckp ni ada dlm law of attraction. Aku tak penah dengar sebelum ni. Ish2... sian Jirr...

Mula citer tadi, ada sorang budak kelas ni mengadu kat cikgu wife dia tak bersalin lagi. Masa dah cukup tapi baby tanak kuar. And cikgu kata, cakap kat wife dia suh fokus.. contohnya : Saya nak bersalin pada..... pada waktu....... gitu la kaedahnya. Kena spesifik gitu. And yang penting kena yakin dan fokus. Lagi bagus, kalau doa benda tu pada masa kita dalam separa sedar , maksudnya buat masa kita tarik nafas. Ok.. cakap pasal tarik nafas pun ada jugak citer nya. Cikgu kata kitorang bernafas, salah. Huhu.. 30 tahun da aku bernafas gini.. hehe.. ok.. cara bernafas yang betul ialah kita kena bernafas daripada perut. Bukan dada. Tarik nafas melalui hidung... dan lepaskan melalui mulut.. Gitu...... Ada buat gitu? Kata cikgu lagi, kalau bernafas dari dada... menyebabkan kita cepat mendapat stress. So cepat2..bernafas dengan cara yg betul.

Ok... berbalik kepada nak fokus tadi : Cara2 ada lah :

1) Bernafas cara yang betul sebanyak 3 kali.
2) Tarik nafas untuk kali keempat : Sebut apa yg kita nak.... (spesifik yer... )
3) Lepas kan nafas
4) Tarik nafas dan lepas untuk kali ke lima
5) Petik jari sekali ( ni macam ala2 send message gitu... kellasss kan....) :)

So aku pun nak try buat jugak. Ini adalah kuasa minda. Tu la cara2 yg diajar oleh cikgu tadi. Dia kata dia selalu praktik bila nak cari parking dan amik no. kat bank. So biasa kalau dia buat, InsyaAllah menjadi katanya. Dia tak perlu tunggu lama2. Juga diingatkan, kalau nak buat tu, setkan awal2 la.. kalau nak pi mid valley tu... sebelum kuar umah buat la dulu.. Jangan tunggu sampai tempat tu. Tapi kalau tak dapat tu, redha la yer,... Itu semua dariNya.

Ok la... setakat ni je entry aku... :)

No comments:

Post a Comment