Sunday, January 19, 2014

Tips bila telefon terjatuh dalam air

Okies, now nak cerita pasal tips kalau phone terjatuh dalam air. Ni terjadi kat cousin aku last school holiday. Dia datang dengan anak2 dan suami jenjalan KL. So 2 malam stay at my house. Then hari tu kami pun melepak la kat swimming pool. Temankan budak2 tu mandi. So duk la kami kat bangku tepi kolam tu. Punya la best gossip bercerita bagai, sekali terjatuh handphone dia ke dalam kolam tu. Panik gak.. tapi husband dia cepat2 angkat. telefon dah lencun. Tetiba lampu menyala biru.. dah rasa dia kena kat board litar kot. So apa yang kami buat hari tu :

1) aku cepat2 google how to do bila hp jatuh dlm air :)
2) cara-caranya ialah : cepat2 tanggalkan bateri.
3) Lap kering handphone tu
4) Amik plastik dan isikan beras kat dalam plastik tu.
5) Masukkan handphone tersebut ke dalam plastik berisi beras tu.
6) Then tunggu selama 24 jam baru boleh on kan.

Dalam masa menunggu tu, kita akan nampak air kat belah dalam plastik tu, mcm keluar wap gitu.

So alhamdulillah selepas 24 jam, bila on balik phone tu. still berfungsi. :) Kat bawah pic aku snap masa phone tu dalam plastik :)

No comments:

Post a Comment