Tuesday, March 4, 2014

Pizza Homemade

Ok. Now nak kongsi resepi pizza plak. Dah lama tak masukkan entry masak2 ni. So smlm tetiba mood nak masak berkobar2. Pergi Giant kat area rumah untuk beli barang2. Sebelum tu ada google resepi kat internet. Tengok yang mana mudah la kan. So aku ada ubah skit2 sbb pemalas kan.. kekdahnya, mana yang kena guna mixer tu, aku skip.. uli dengan tangan je la. :)
 
Ok so bahan2 seperti di bawah :
 
Untuk Doh
1) 500gm gandum
2) Sepeket instant yeast
3) Air secawan
4) Minyak zaitun / minyak masak setengah cawan
5) Sesudu kecil gula
6) Sesudu kecil garam
7) 2 sudu besar buttercup
 
Untuk topping
1) Pasta sos ( Heinz ke, San Remo ke.. )
2) Minyak zaitun skit
3) Sosej ayam
4) Shitake mushroom( or cendawan butang dlm tin pun ok )
5) Bawang besar potong dadu
6) Tomato
7) Sos cili
8) Mozarella cheese (Parut)

Actually untuk topping ni, suka hati korang la nak letak apa kan..  tu yang aku buat semalam. :)

Cara-cara menguli doh

1) Bancuh secawan air dengan yeast. Gunakan air suam. Jangan guna air panas, nanti tak kembang yeast tu. Kemudian masukkan gula dan garam. Jap gi akan nampak yeast tu mengembang
2) Ayakkan tepung ke dalam bekas dan masukkan bancuhan yeast tadi
3) Masukkan air. Uli lagi
4) Masukkan minyak. Uli lagi
5) Masukkan 2 sudu besar butter. Uli lagi
6) Uli sehingga sebati.
7) Then biarkan seketika. Dalam 10 minit doh akan mengembang. Dalam 2 kali ganda gitu. Then tumbuk dengan tangan adunan tersebut untuk keluarkan angin.
8) Bentukkan doh bulat besar dan biarkan lagi. Jangan lupa tutup bekas dengan kain basah. Biarkan dulu dalam 30 minit. Kalau tanak tutup ngan kain basah ni pun ok kot.
 
Penyediaan topping
 
Potong semua bahan sesuka hati anda. Macam kita tengok pizza2 hias topping tu kan. :)
 
Cara2 bakar :
 
Letakkan doh yang dileperkan ke loyang. Kemudian sapukan dengan sos pasta. Then masukkan ke dalam oven dalam masa 10 minit. Bakar dengan 200-230 celcius. So separuh masak la ni.
 
Selepas 10 minit, keluarkan doh tadi dan renjiskan minyak zaitun sikit. Then sapukan sos cili dan sos pasta sedikit lagi. then mula la meletakkan topping sesuka hati anda. diakhiri dengan parutan mozarella. Then bakar sekali lagi dengan suhu yang sama dalam 10-15 minit. Agak2 la sehinggan cheese nampak kekuningan.
 
So bila dah siap.. jemputla makan.. :)
 
Untuk percubaan pertama.. Not bad.. Encik Husband ska je :)
 
Rupa pizza i.. hehe
 

No comments:

Post a Comment