Monday, December 26, 2011

Dugaan

Erm.. dah lama tak update.. sibuk ngan sekolah ,mana assignment nak kena settle, mana test nak kena hadap, mana keje opis nak kena siapkan. Baru je keje2 camni, macam tak terbuat da. Tapi sebelum aku nak pilih cara mcm ni, aku da sedia dengan bebeanan2 keje camni. So ni da sampai ke final semester, setiap kali aku ingat pasal ni, aku senyum sorang. Dah hampir nak selesai da.. Sikit lagi Jirah. 5 tahun berulang alik ke shah alam. Balik malam redah federal hi way dengan cik pooh. Ermm... pengorbanan nak dpt ilmu. Kata org berbaloi kalau kita hepi dengan result yg kita dapat. Setakat hari ni, aku hepi dengan pencapaian aku. Dengan semua yang menyokong. Family dan kawan2 opis, bos yang selalu bagi kelonggaran untuk cuti setiap kali exam, kelonggaran untuk balik lebih awal untuk elak jam. Semua tu aku rasa aku kena balas dengan completekan pengajian aku ni.

Tapi semalam buat aku penat sangat, kecik ati ke? ntah la, benda yang mendatang ni buat aku pk, aku ni dah jadi bebanan dlm keluarga. Susah kot ada anak perempuan yang masih menyendiri ni. Erm.. tapi aku menjaga diri aku di sini. Aku tak buat family aku susah. Apa yg aku buat, aku keje, belajar dan hidup seperti biasa di sini. Selama ni aku tak pernah menolak dan membantah, semua aku ikut. Sebab aku anak, aku bukan sesiapa tanpa mak and ayah. Tapi bila tiba masa seperti sekarang, semua datang bertimpa2. Kepala yang penat dengan study untuk final exam yang dah tak berapa hari lagi ni, aku harap dapat sokongan keluarga. Sangat perlukan itu. Selepas peperiksaan akhir, buat la perancangan apa.. aku akan ikut tanpa membantah. Buat la apa yang perlu. itu janji aku. Aku tak nak dilabel anak derhaka. Altho aku cold dan jarang bercakap, tapi aku tak nak mak and ayah aku menangis sebab aku. Aku anak...aku hanya seorang anak. Ermm.. tetiba sedih sangat. Aku perlu habiskan sikit saja lagi untuk tamatkan pengajian ini. Aku perlukan masa 3 minggu sahaja lagi. Selepas itu aku berserah pada segalanya.Hidup kita di dunia pun bukannya lama.. segala perancangan kita, hanya Allah yang menentukan.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi cabaran dan dugaan yang sekecil kuman ini. Aku perlu kuat untuk hadapi semua ini dengan hati terbuka. Hanya padaMu aku berdoa dan meminta. Amin.....

No comments:

Post a Comment