Wednesday, January 11, 2012

Little Pantry @ IOI Puchong


Salam bersua.. aku nak sangat update episod makan2 aku. Lately ni, aku asik ngan makan je. Diet hancus suda. Tapi what to do, aku mmg ska makan. And now lak aku mmg stress ngan exam and perkara2 lain. So aku jadi la pengunjung kedai2 makan dan makan dengan sepuasnya. Antara yang aku pegi ialah Little Pantry @ IOI Puchong ni, so aku ngan Arina spend time kat situ on weekend. Study katanya, tetapi kenapa di IOI Puchong? Mistik sungguh, tetiba kitorang terpacak di sana. Early in the morning da sampai situ. Bfast kat Teh Tarik and jalan2 masuk kedai.. try baju sana..try baju sini... belinya tak la sangat. Tapi hepi sebab both of us dapat beli kain di Kamdar. Sila la berkunjung di Kamdar sbb sale nya tgh best2.. terutama langsir. Huhu.. nak je aku beli.. tapi apakah ukuran yg diperlukan? Lupa suda.... So KIV dulu la. Selingan sekejap untuk iklan sale2 ni.

Back to Little Pantry. Dari awal aku da teruja ngan restoran ni. Nampak sangat cantik. Aku da teruja. Akhirnya kami masuk juga la ke kedai ni. Aku sangat suka ngan hiasan kedai ni, Theme pink and white. Sangat gegirl. So nice la. How i wish aku nak deco umah aku cenggini ( sesi verangan jap ). So bila aku masuk ngan Arina, tengok menu, harganya quite reasonable. Western food. Tapi ada jugak nasi lemaknya. Malaysia katakan.. Nasi lemak wajib ada. :)

So belek2 and belek menu, akhirnya kami penat nak pikir nak makan apa. Lastly pilih menu recommendation by Little Pantry, kalau tak silap namanya seafood platter. Senang semua da ada, just order air je. Portion seafood platter ni untuk 2 org. So elok la kami 2 org nak makan.
Cepat snap... kita nak makan ni.. in the pic : Seafood platter & Arina.. ekeke
Sambil tunggu makanan sampai, kami duk amik2 pic. Mula2 cam cover2 gak.. malu org tgk kan.. tapi bila tgk org lain berpic2 jua, so kami pun dengan aktif berpic2 jugak la. Menu seafood platter yg diorder tu berharga 59++, promosi krismas katanya. So bila bayar, aku terkejut la tengok service tax nyer... 11 ringgit camtu. So aku ngan arina senyum2, and berkata " Padan la mahal tax, sbb tempat nya jugak cantik, so kita ala2 bergambar kat studio, 11 ringgit tu caj bergambar..hehhee". So kat bawah ni pic2 lakonan kami di Little Pantry. Btw, lps ni nak pi lagi, teringin nak try fettuchini carbonara kat situ. nampak cam best.
snap sini sana.. huhu  
Merenung masa depan?
Taste sungguh dengan pink n white ni... tetiba berangan nak buat Widuri jadi camni?. :)

No comments:

Post a Comment