Friday, April 13, 2012

Red velvet cup cake

Ini la rupa cup cakes for Judin's engagement.. ok la utk percubaan pertama.. ahakss..

Now aku nak buat entry masak2 plak. Aku balik kampung sbb adik aku Judin nak tunang.
So aku decide untuk kek, aku nak sponsor a.k.a bake by myself la. So gihih la aku ngan
Kazen aku buat cup cake ni. Aku amik resepi dr internet juga. Cuma aku ada edit2 skit la.
So aku tanak ckp banyak. Terus la pada resepinya :

Bahan2 kek
1 1/4 cawan gula
1 cawan butter ( suhu bilik )
2 biji telur ( suhu bilik )
1 teaspoon esen vanila
2 1/3 tepung gandum
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon soda bikarbonat
3 tablespoon serbuk koko
1 teaspoon garam halus
1 cawan fresh milk
1 teaspoon cuka
2 teaspoon pewarna merah

Bahan2 frosting cake
1/2 cawan butter
8 oz philadelphia creme cheese ( sekotak )
1/2 to 1 cawan gula aising
1 teaspoon esen vanilla

Cara2 membuat :
Pukul butter dan gula. Kemudian masukkan telur satu persatu.

Dalam bekas berasingan, campurkan tepung, serbuk koko, garam, baking powder, soda bikarbonat
Kesemua bahan kering ini diayakkan.

Dalam mangkuk berlainan, masukkan susu segar, cuka dan pewarna merah. Whisk sebentar. Bahan air telah siap.

Seterusnya, masukkan bahan kering diselangi bahan air. Dan harus berakhir dengan bahan kering.

Boleh scoop ke cup2 cantik yg dibeli dengan mengisi separuh bekas.
Bakar selama 20 minit pada suhu 175-180.

Setelah kek siap. Sejukkan dan boleh sediakan frosting creme. Philadlephia creme cheese
, Butter dimasukkan dan dipukul selama 3-4 minit. Kemudian masukkan gula aising.
Untuk masukkan gula aising, boleh agak2 sahaja. Rasa adunan untuk mendapat rasa yang diingini.

Kemudian after cake da sejuk. Boleh la hiasan seperti yang diingini.

No comments:

Post a Comment