Sunday, April 22, 2012

Lemon + Honey


Minggu lepas ialah minggu aku tak boleh stop nak makan nasi. Pagi,petang dan malam asyik nasi. Aku mmg tak boleh tahan kalau makan antibiotic bila demam. Perut mesti memanjang berlagu lapar..huhu. So aku pun dengan cargas la asik mengisi perut. Senaman tak buat jugak. So abis je anti biotic, terus aku kawal balik nafsu makan yang menggila tu. Puasa bagi perut rehat. Dah nye minggu ni tak boleh nak posa plak...hhuhu.. So apa aku buat ialah, aku baru amalkan diet baru. Tambah satu lagi menu sihat aku. Actually dah lama kawan aku si Ayeen yang bagitau elok untuk minum lemon and honey. Tapi malas nak buat. Bila Cik Arina pun kata best minum minuman ini. So aku pun bermula la jugak. Kebaikan untuk minum lemon and honey ni boleh tahan best gak. Boleh menyegarkan badan sbb minuman ini boleh dianggap sebagai agen detox.Minuman ini juga boleh mengurangkan berat badan juga, provided jangan la minum ni dengan makan nasi bertambah2 pada pukul 10 malam, sampai bila2 pun tak dan nak turun berat tu. huhu. Disamping tu madu pula dikatakan boleh membantu menurunkan paras kolestrol. So bagus la, hope2 menjadi amalan la minuman ini. Cara nak buat minuman ni mudah as abc.. :

Ambil sehiris lemon dan perahkan dalam cawan yang berisi air. Kemudian tambahkan 2 sudu madu. Jangan  gunakan air panas yang menggelegak. Seeloknya guna air di suhu bilik sahaja. Tapi kalau nak suam2 pun dibolehkan.

Boleh minum 2 kali sehari, bermula secawan di pagi hari dan sebelum tidur. :)

Mode : Sihat la ni sbb dah start my day dengan lemon honey.. hehehe

No comments:

Post a Comment