Tuesday, March 8, 2011

Muhasabah Diri

Aku cuba nak jadi yang terbaik or aku ingin yang terbaik sebagai balasan? Semua orang nak yang TERBAIK je dalam hidup. Dapat atau tidak je yang jadi ukurannya. Hari ini aku tetiba terpanggil untuk berfikir dengan baik tentang pilihan hidup aku ni.

Ada benda yang kita boleh pilih dan ada benda yang kita tak boleh pilih dan tetiba datang saja pada kita. Aku ni da banyak sangat abaikan diri aku ke? Ada kawan bertanya.. apa yang aku nak dan apa target aku? Aku diam. Apa yer? Aku ni banyak je main2 kot. Bila lama tak bertemu dan berpeluang nak sembang panjang lebar ni. Aku rasa betul kot, aku kena move on. Kena ada satu target dalam hidup aku ni. Long term ke short term ke.. janji aku kena yakin dengan satu target hidup aku.

Sama jugak dengan ulang alik aku ke S.A dari 2006 ni, dah beberapa tahun aku hadap rutin yang sama, dan aku hope sangat aku dapat setelkan by awal tahun hadapan. Harap aku achieve target belajar aku ni. Ada benda yang aku boleh buat sendiri and perlukan kerjasama orang lain. Senang dan mudah, execute je plan yang melibatkan diri sendiri. Senang. Tak perlukan campurtangan orang lain. So aku kena kuatkan semangat, tabahkan hati dan cuba sedaya mungkin. Bukan mudah nak harungi, tetapi tak mustahil juga untuk aku berjaya mengharungi.

Apa yang penting, doa dan yakin kepadaNya. Ada pelbagai hikmah disebalik apa yang dihantar kepada kita.

No comments:

Post a Comment