Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

Alhamdulillah, akhirnya dah masuk satu lagi tahun baru Hijrah. Aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Sejak 2 minggu ni, banyak benda yang bermain di fikiran, banyak perkara yang mengusik jiwa. Sebentar tadi bila aku tak dapat nak join mak,ayah n Judin ke masjid untuk sama2 mengimarahkan masjid dan sambutan tahun baru dengan membaca doa bersama-sama, hati ni cam sayu je. Orang lain ramai2 di masjid, tapi aku ni, terpaksa baca doa sorang2 kat umah. Tak pe, harap doa yang kita baca diterimaNya. InsyaAllah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Doa Awal Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sayu hati pun, hidup mesti diteruskan. Aku harap segalanya berlangsung dengan baik pada tahun ini. Berikan aku kekuatan dalam mengharungi hidup dan hindarkan aku dari melakukan maksiat. Kuatkan semangat dan tabahkan hati aku untuk segala ketentuanNya. Semoga aku berjaya dalam apa jua yang dilakukan.. InsyaAllah.

3 comments:

  1. insyaAllah smoga berjaya...samelah kt cni bce doa sorang2 atas katil coz not feeling well..gambate!!

    ReplyDelete
  2. uii.. jangan lupa makan ubat. Kena jaga kesihatan. Baru leh study well. Gambatte!

    ReplyDelete
  3. Aku pon xda wat apa2 tis year beb. Sayu jer. Tu la berholiday sampai lupa diri... :(

    ReplyDelete