Sunday, September 26, 2010

Happy Monday !!!

Hari ni dah Isnin. Pagi tadi macam malas nak bangun. Maklum la dah dua hari bangun lewat. :). Ermm gagahkan diri bangun. Selalu orang kata isnin ni payah skit, yer la sebab 2 hari rehat so Isnin kena gegas kerja plak. Tapi konsep aku best skit, kalau nak bagi Isnin tu happy, aku kena ada gula2 skit.. contohnya :

1) Ada benda2 baru nak pakai on Monday (Baju ke, pape je la)
2) Ada benda best menanti kat Opis (Gossip ke.. ekeke)

Selain daripada kat atas tu, monday aku akan ceria jugak bila :

1) Ahad aku rehat sepenuhnya kat umah. Tak kuar langsung. Lepakkk je.
2) Pagi Isnin tu gerak awal dari umah, so tak hadap jammed.

Kalau ada satu antara keempat2 tu.. InsyaAllah la, Isnin aku ni jadi "Happy Monday".So Ihari ni aku seronok ngan Isnin sebab semalam aku lepak sepanjang hari kat umah tanpa kuar2 langsung. Makan? Makaroni sup dari lunch sampai ke dinner.. gila pemalas.. tapi ada aku kisah Kalau tak, jadi la macam garfield kat bawah ni, hidup segan mati tak mau.. huhu.

No comments:

Post a Comment