Thursday, April 29, 2010

At last.. Friday...

Dah berakhir minggu ni... tak sabar nak tunggu Jumaat. Akhirnya dah sampai, walaupun sebnarnya takut jugak, kalau hari ni dah Jumaat maka maknanya seminggu dari sekarang kena la berjuang di dewan exam.. ngeri sbb study tak abis lagi dan macam malas nyer nak study. Dulu di awal-awal semester merungut sebab jadual exam padat dan jarak antara subjek yang diambil kadang-kadang hanya sehari sahaja. Bagi yang kita yang bekerja ni mcm tak sempat nak cover/study. Tapi semester ni jarak antara subjek ialah 2 minggu. Tetapi, mcm sama je, pun tak study. So sebenarnya bukan la salah jadual tu, tapi salah diri sendiri la yang suka sangat study last minutes. ermm.. sendiri mau ingat la. Nape la tak insaf2 kan.


Dalam malas2 nak study tu, rajin plak nak tulis cerpen. Dulu masa time sekolah-sekolah suka tulis cerpen la sangat. Jadi nak masukkan cerpen dalam blog ni, so cerpen-cerpen tak ilang la. Banyak cerpen dalam koleksi yang hilang sbb bila dah buat separuh lupa plak mana "save" camne...

Satu cerpen ni, tajuk tak de lagi akan di post sebagai cerpen pertama. Walaupun tak siap lagi, insyaAllah akan diusahakan untuk siap jugak. Sebenarnya dah 2 bulan lepas buat cerpen ni pastu berenti. sebab? Malas jugak. Tapi minggu lepas pinjam novel dari kawan ( 4 sekali gus , baru abis satu baca ), semangat nak menulis berkobar-kobar lak. so hasilnya seperti dibawah :

Cerpen 1 ( Part 1 )

Suasana pagi ini sungguh nyaman, Anis melemparkan pandangan jauh ke luar jendela. Hari ini hari kedua dia menghabiskan masa cuti di kampung kelahiran ibunya, Kg. Mengabang Telipot Terengganu. Anis bermalas-malas di katil, sayang untuk bangun dari katil. Di luar tok sedang bersiap didapur menyediakan sarapan. Jam menunjukkan tepat ke pukul 7.15pagi.

Laungan tok di dapur memanggil keluar memaksa Anis bangun dari perbaringan. Sambil menggeliat malas dia terus menuju ke dapur.
- Ya tok… masak apa ni… best nyer bau.
- Uishhh anak dara apa ni… menggeliat mcm tu.. pegi kat luar kejap, ada org bagi salam tu. Tok nak kena kacau lauk atas dapur ni, tak boleh nak tinggal.
Anis melangkah terus ke depan. Pintu dibuka.
- Ya, ada apa?
Seorang pemuda memalingkan muka tatkala mendengar sapaan Anis. Anis terkaku, lelaki itu seperti pernah dikenali.
- Anis? Saya Hafiz. Dah lupa?
Pemuda yang bernama Hafiz mengenalkan diri. Anis mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Cuba mengingati lelaki itu. Dan tiba-tiba dia mula ingat tentang lelaki yang bernama Hafiz itu.
- Laaaa.. Hafiz, dah tak ingat tadi… maaf la, ni nak jumpa tok ke? Anis turun ke laman dan berdiri di depan Hafiz.
- Nak kirimkan ikan keli ni, tok awak pesan semalam, kalau ada ikan keli dia nak. Dah ada ni, saya bawakkan la.
- Ooo camtu, ok la terima kasih la.
Ikan keli bertukar tangan. Hafiz terus balik selepas bersembang pendek dengan Anis.

# # #

Petang itu Anis meronda kampong dengan tok. Sengaja dia membawa kereta perlahan-lahan. Dia suka dengan suasana kampong tok. Aman, damai dan sunyi.
- Tok, Hafiz tu dia kerja kat mana? Anis terus bertanya.
- Oo hafiz tu, dulu dia kerja kat KL jugak. Lepas tu, Mak Jah bagitau tok yang Hafiz tak nak kerja sana lagi, tu yang dia bukak kolam ikan tu. nak berniaga sendiri. dah 2 tahun dah dia buka kolam ikan tu. Udang pun ada. Kenapa?
- Tak de apa. saja Tanya. Tadi dia datang, Anis dah lupa dia. Dia ingat lagi kat Anis. Entah-entah dia minat Anis tak.. hahaha
Anis berlawak.
- Uishhh perasan cucu tok ni. Tak la, dia dah tunang la. Tok pegi masa dia bertunang dulu. Dengan orang Kuantan. Mak Jah ajak tok pegi sekali.
- Laaa.. ye ke? Hafiz tu handsome la tok, melepas la saya ni. Anis berlawak lagi. Tetapi kali ini macam tak beria. Tiba-tiba rasa sayu pulak.
- Anis, panjang umur si Hafiz tu, tu ada kat kolam tu, mai la kita berhenti. Tok nak ucap terima kasih pasal dia bagi ikan tadi.
Anis membelok kereta dan masuk ke kawasan kolam ikan Hafiz. Hafiz yang menyedari kehadiran tetamu terus menuju ke kereta Anis.
- Dari mana cucu dengan tok ni? ronda-ronda kampung ye? Hafiz menyapa. Tangan tok disalami. Anis tersenyum.
- Tok dengan Anis ni saja jalan-jalan, Nampak Hafiz tadi berhenti sekejap, terima kasih la bagi ikan kat tok pagi tadi. Anis ni suka sangat makan ikan keli. Tu yang tok pesan tu.
Hafiz tersenyum. Anis tidak menunggu lama mendengar perbualan tok dan Hafiz, dia terus melangkah untuk menjenguk kolam-kolam ikan Hafiz. Dia teruja dengan semangat Hafiz yang meninggalkan kerjaya sebagai peguam di KL semata-mata untuk menjalankan perniagaan sendiri.
- Oii Cik Kak, jangan kat tepi sangat, kan tergelincir, terus masuk kolam.
Teguran Hafiz di belakang buat Anis terkejut.
- Apa la u ni, I dah nak jatuh tadi, bukan sebab apa, sebab terkejut dengan suara u. Anis berpaling. Hafiz betul-betul berada di belakangnya.
Tok dari jauh hanya duduk di pangkin. Orang tua itu malas untuk berjalan ke kolam. Hafiz sekarang tak macam Hafiz yang dia kenal dulu-dulu. Sekarang dah tinggi lampai. Kacak. Anis menilai.
- Kenapa u tengok sampai macam tu sekali? Teringat pakwe ke? Hafiz sengaja mengusik hati Anis. Anis tersenyum sinis. Pak we? Kalau la dia bawa Shahrin ke kampong, 4 minit pun belum tentu tahan. Budak Bandar.
- Tak ingat pakwe la, u sekarang ni makin handsome la…
Giliran Anis pula membuat Hafiz malu sendiri.
- Handsome ke? hahaha… u ni pandai je nak ambil hati i. mana ada handsome? Tampan je.. haha.. U pun apa kurangnya, cantik. Hafiz memuji Anis.
Pujian itu ikhlas, dia terlupa sebentar Anis yang sering membuli nya suatu ketika dulu. Setiap kali Anis pulang ke kampong dulu, Anis kuat membulinya. Anis didepannya sekarang dah jadi perempuan yang sopan, penuh kelembutan.

end of Part 1

Erm... so itu je la entry buat masa ini.. baru berblog ni, harus la hari-hari ada entry dan satu hari entry sampai 3-4. Tapi tengok la nanti-nanti kalau free, nak masukkan lagi.. :)

No comments:

Post a Comment