Thursday, April 28, 2016

Jom Bercuti ke Jepun (Day 3)- KYOTO

10.03.2016 (Khamis)

Salam Kyoto :).

Pagi2 bangun, seperti semalam jugak, makan apa yg kami bawak. So panaskan guna steamer. Sambil2 tu bersiap2 nak kemas barang dan seterusnya nak check out.
 
Selepas letak kunci di kaunter hotel. Kami terus ke Stesyen Kyoto. First cari locker dan terus simpan beg2 kami. Then teruskan perjalanan nak melawat Kyoto.
 
Kat Kyoto ni banyak temple2. So kami decide nak pergi je mana2 yang sempat sebab hanya ada sehari di Kyoto sebelum kami ke Tokyo mlm nnti.
 
So kami pergi ke :
 
Bamboo Groove
 
Kami tiba di bamboo groove dalam pukul 10pagi camtu. So terus la menyusuri jalan nak ke situ. Banyak signboard, so senang je nak carik bamboo grooves ni. Kat sini mmg cantik. Aku kagum dengan keindahan pokok2 buluh kat sini. Serius lawa. So tak payah cakap banyak, kita layan gambar di bamboo grooves.

Station Saga-arashiyama

Jalan kaki nak ke bamboo grooves

Siap bergambo ngan minah2 jepun yg kawaiiii ni







Togetsukyo Bridge

Selepas bergambor sakan kat bamboo grooves, kami berjalan menuju ke Togetsukyo Bridge, kat sini pun salah satu tumpuan pelancong jugak. Sangat cantik dan mendamaikan. Kalau pergi masa musim luruh atau sakura, tempat ni lagi cun melecun. Daripada Bamboo grooves nak ke sini, hanya dalam 10 minit berjalan je. Tak jauh pun. Tapi sbb kami penat, so jalan pun lambat2 la :) So layan gambar2 di sini plak :

Togetsukyo Bridge


Kita berehat sambil bergambo



Kimono Forest

Selepas jalan2 di Togetsukyo Bridge, kami terus ke stesyen train nak balik ke Kyoto town, tapi masa melalui train station romantic train, kitorang Nampak tempat comel ni. kat sini namanya kimono forest, takde apa2 pun, just tiang2 yg ada balutan corak2 kimono. seriously comel. Untuk orang yg ska bergambar.. apa lagi.. snap snap snap la..




Then lepas bergambar2, kitorang pun balik ke Bandar Kyoto. Sama macam Osaka smlm, mcm tak boleh nak ke tempat lain dah, hari dah petang, so kena la melawat Kyoto lagi di masa akan dating hehe.. Tapi kami sempat jugak ke restoran halal di Kyoto dan juga solat di masjid Kyoto. btw masjid Kyoto ni dalam bangunan, bukan bangunan masjid itu sendiri. masjid ni di Islamic center kat Kyoto, tak jauh daripada restoran halal yang kitorang pi tu. Nama restoran tu, Restoran Rose. Makanan yang dihidangkan ialah makanan Pakistan gitu.

Sempat snap gambar mak2 pi amik anak kat kindy. cikgu melambai2 kat depan tu.. comel je :)

Akhirnya jumpa restoran Rose ni :)

Erkk.. hehe

Lambat sangat sampai makanannya.. kita wefie dulu

Jom Makan..

Bergambo sblm nk gi solat

Kat bawah tu masjid Kyoto
Then selepas solat kami menyusuri jalan nak ke train station nak amik train ke Kyoto Station, tetiba aku berkenan nak singgah satu kedai Istanbul ni. Ermm. nak pi Istanbul tak sampai2 kan, so aku beli mangkuk Istanbul di Jepun, Boleh laaaa... Kedai ni dah 10 tahun di Jepun, owner kawin ngan pompuan Jepun dah. Baik owner nya, Nama owner is Mustapha, siap ajar kitorang untuk amik bas je nak ke Kyoto station, so tak payah jalan jauh nak ke train station. Then kami amik bas ke station Kyoto. Boleh guna suica card utk bayar,
 
Sampai Kyoto station, kami collect bag kat locker dan terus amik tiket shinkansen nak ke Tokyo.
 
Perjalanan daripada Kyoto ke Shinagawa dan seterusnya kami ambil train ke Ikebukuro. Hotel kami di Tokyo ialah di Ikebukuro. Alhamdulillah, walaupun pusing2 skit nak carik hotel kami, akhirnya kami Berjaya sampai. Sebenarnya hotel ni dengan subway sangat la dekat. Alhamdulillah so far semua berjalan lancer.
 
Sampai hotel, bersihkan diri, then terus ZZZZ.. perjalanan yang jauh hari ini :) Esok akan jenjalan sekitar Tokyo plak :)

4 comments:

  1. Salam nk tnye, macam mana nak ke rose cafe and masjid kyoto tu ye? Stesen mne yg dekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Maaf terlambat reply. Station terdekat ialah JINGU MARUTAMACHI Station(Keihan Line), otw balik saya naik bas dari area rose café tu ke Kyoto Station. Naik bas lagi mudah rupanya untuk ke Rose Café.

      Delete
  2. as salam nak tya, jika turun kat haneda airport nak kyoto dan osaka pastu tokyo elok abil jr pass tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,maaf lambat reply. Kalau dari haneda-kyoto-osaka-tokyo.. pada saya elok ambil sbb boleh jimatkan masa dengan naik shinkansen. laju dan cepat. tapi boleh study lagi JR pass nationwide atau boleh amik yang half2.. last saya amik yg nationwide. penjimatan yang banyak kalau guna JR pass ni sbb train sana leh tahan mahal harganya. So kalau ada JR pass, leh optimumkan penggunaan dengan menaiki JR transport.

      Delete