Sunday, January 17, 2016

Melawat Batam Indonesia- Hari Pertama

Kali ni nak update trip aku dan keluarga di Batam Indonesia. Actually dah lama ayah duk sebut2 nak gi Batam ni. Aku pun tak sure apa ada disana. Oleh itu aku dan H pun bersetuju nak bawak mak dan ayah ke Batam. Aku ada jugak google2 apa ada di Batam. And bila dah pergi sendiri, tahu la sedikit sebanyak keadaan di Batam ni.

Dari terminal Stulang laut. Ayah all the time ngan video cam :)
 

Hari pertama :
Kami berempat bertolak daripada KL ke Stulang Laut Johor. Kami akan ke Batam dengan menaiki feri. Terminal feri ialah di Stulang Laut Johor. Waktu Feri ke Johor banyak je. Every sejam pun ada. Cuma kena decide nak ke Batam Center atau Bay Harbour. Jarak antara 2 jeti tersebut dalam 20 minit. Info aku dapat daripada yang jual tiket di Stulang tu la.

Aku memilih tiket return dari Stulang Laut ke Batam Center. Untuk balik ke Malaysia, mesti naik di terminal yang sama, iaitu Batam Center. Beza Harbour dan Batam center terminal ni adalah bilangan perlepasan. Feri yang berlepas daripada route Stulang Laut-Batam Center lagi banyak daripada route Stulang Laut-Harbour. Harbour tu ada 4 je waktu perlepasan feri. 

Kami menaiki feri jam 11.30pagi. Sepatutnya 11.00 pagi tapi delay plok.. maybe sbb hujan. So perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit. Kami tiba di Batam jam 11.50pagi waktu Indonesia. Waktu di Indonesia lambat sejam daripada Malaysia.
 
Sesampai di Batam Center, kami terus ke kaunter teksi untuk ambil teksi ke hotel. Kat sini sudah ada jadual harga. So kita tak tertipu la. Pekerja kaunter akan tuliskan resit harga dan kita akan bayar terus kepada driver teksi bila tiba ke destinasi nnti.
 
Kami memilih hotel Crown Vista. Hotel ni dalam 10-15 minit perjalanan menaiki kereta. Aku pilih sbb ada free shuttle ke beberapa mall yang terpilih. Kat sini check in pukul 1pm, so kami tiba dalam pukul 1pm di hotel dan terus check in. Di kaunter reception jugak, aku dah siap2 book nak naik shuttle ke mall. Ada jadual untuk free shuttle ke mall di area Batam ni, aku nak ke Nagoya Mall, tapi tiada free shuttle pada tarikh aku sampai. Yang ada ialah ke Batam Centre Mall. Tapi kami belasah je naik dulu. So jam 3 pm kami naik shuttle, after kawtim ngan driver, kami dapat ke Nagoya, tapi bayar skit la.. dalam 40,000k rupiah,.. hehe.
 
Kami makan di kedai masakan Padang berdepan dengan Nagoya Mall ni. Makanan not bad la, Aku ska rasanya. Lupa plak nama kedai ni. tapi signboard colour kuning. hehe.
 
Kat sini tak de shopping pun, buat pembelian berhemah je. and yang paling best kat sini, deretan kedai2 urut. Daripada yang eksklusif sampai ke cikai2 Nye tempat :). Aku dan H pilih kedai yang sederhana. Kedai ni menggunakan minyak serai. So aku berminat nak try kat sini. Aku just refleksologi kaki, dan H plak buat urut seluruh badan dan bekam angin. Harga untuk sejam setengah bekam n urut ialah dalam RM90 sahaja. Aku plak urut kaki selama sejam dalam RM50.
 
Sebelum balik hotel, kami just makan kat Old time white coffee café kat mall. Niat nak makan seafood di Golden Prawn tergendala sbb mak nak balik awal ke hotel. :)

Layan gambar di bawah :

Sempat makan instant noodle dalam feri :)

Welcome to Batam :)

Breakfast at Hotel

Mak & ayah

View daripada hotel

Mak skodeng.. :)

Me and Hubby :)


 



2 comments:

  1. Blh tanya tak waktu perlepasan dari stulang ke harbourbay tu pukul berapa ya waktu-waktu dia? Tak ada website terminal stulang yang reliable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf sebab lambat membalas. Saya pun terlupa nak snap gambar waktu perlepasan, Cuma waktunya banyak dan tidak menjadi masalah untuk menunggu feri berikutnya sekiranya kita terlepas waktu.

      Delete