Thursday, April 7, 2016

Jom bercuti ke Jepun..- Persiapan Sebelum Melancong (Part 1)

Hari ini baru berpeluang nak masukkan cerita jenjalan.

Alkisahnya, setiap tahun akan ada satu trip sempena ulangtahun perkahwinan aku dan H. So kali ini, sempena Ulangtahun Perkahwinan ke 3, kami bersepakat memilih Jepun dan travel sendiri without travel agent.

Pada asalnya bercadang nak ke Istanbul. Tapi dengan macam-macam insiden yang berlaku, agak takut plak nak ke sana. Aku pulak duk try2 cari airline mana yg offer murah, tetiba jumpa ANA airline. Masa aku book, hanya RM1200 seorang untuk return ticket. Murah kan? Dengan luggage 23kg x 2 untuk seorang. Wow.. sangat menarik. Terus aku book dan bayar sesiap.

Ok, entry kali ini ialah nak cerita persiapan sebelum ke Jepun. Banyak nak share dlm entry ini dan entry2 seterusnya, untuk jadi panduan sesiapa yang nak melancong ke Jepun sendiri.

1) Tiket Kapalterbang
Aku membuat carian dalam cheapflight.com, just untuk tahu airline mana yang boleh bagi harga yang rendah. Tapi aku tak beli daripada situ sbb mcm leceh skit, via agency. So bila dah Nampak murah tu, aku terus bukak website airline yang dah dikenalpasti. Untuk kes aku ni, Ana Airlines. So tengok betul2, pilih tarikh, dan terus book dan bayar. Aku kesana daripada 8 Mac-14 Mac 2016 ( 7 hari 6 malam )

Kos flight :
RM1,195 per person - Return ( KLIA- Narita- KLIA )
Harga untuk 2 orang : RM 2,390

 

2) Penyediaan Itenari
Bila dah beli tiket tu, terus la membuat research tentang tempat yang kita bakal pergi kan. Untuk aku, aku baca je semua blog orang yang pergi Jepun secara sendiri ni. Nak tahu macam mana persediaan dan tempat2 menarik yang kita akan lawati.

Setelah membuat penyelidikan, gittewww :), Aku decide nak ke Osaka, Kyoto dan Tokyo.
 
3) Japan Rail Pass (JR Pass)
Japan Rail Pass ni adalah pas untuk pelancong yang akan melawat Jepun. Dengan menggunakan JR Pass ni, kita boleh membuat penjimatan yang berbaloi2, tapi bergantung jugak kita nak kemana. Kala setakat Tokyo je, tak payah JR Pass pun ok. Tapi untuk aku yang nak ke beberapa daerah ni, dan teringin nak naik Shinkansen (Bullet Train), sangat2 perlu mendapatkan JR Pass ni.
 
Boleh mencari maklumat berkenaan JR Pass ni di website :
 
 
JR Pass ni ada banyak jenis. Yang cover satu2 tempat atau nationwide. Macam aku yang nak commute daripada Osaka, Kyoto dan Tokyo, aku terus ambil Nationwide. So sila baca dulu di website yang tersebut untuk pemilihan JR Pass.
 
Aku tulis ni berdasarkan apa yang aku ingat la. Semua Shinkansen boleh kita naik menggunakan JR Pass ni kecuali Nozomi dan Mizuho. So selain nama tu, Hikari, Kodama boleh naik.
 
JR pass ni boleh dibeli kecuali di Jepun. So sebelum pergi kita mesti beli JR Pass ni. Actually masa kita beli, nama JR Pass ni ialah Exchange Order. So bawak exchange order ni nanti dan masa kita kat Jepun tukar menjadi JR Pass. Tempat tukar banyak je, boleh pegi opis JR kat Airport atau Station Train. Cari je pejabat JR ni.
 
Aku beli Exchange Order (JR Pass) ini melalui travel agent. Boleh bukak website di bawah untuk dapatkan senarai travel agent yang boleh keluarkan Exchange Order ni :

Ni rupa Exchange Order yang kena bawak ke Japan dan tukar kan kepada JR Pass

Ini pula JR Pass yang kena jaga baik2, bila sampai di gate, just tunjuk pada pegawai yang bertugas. Actually kena tunjuk bahagian belakang kad ini yang ada nama kita dan tarikh penggunaan kad ini.
 
 
 
Aku call beberapa Agency jugak untuk dapatkan harga. So last2 aku pilih H.I.S Travel. Service pun bagus. No telefon H.I.S ni boleh dapatkan di website di atas. Segala transaksi aku dengan travel agent ni, secara online je, dan diorang terus courier ke alamat kita. Ada caj RM10.60 untuk ini.
 
Harga JR Pass mengikut currency semasa ya. Masa aku beli, Harga adalah RM1063 untuk seorang. Aku dah buat kira-kira selepas balik bercuti dan penjimatan menggunakan JR Pass ni boleh di baca
di sini.
 
Kos Exchange Order ( JR Pass )
RM 1,063. ( Ordinary Pass for 7 Days )
Harga untuk 2 orang : RM 2126.00
 
4) Travel Insurance
Ok, jangan lupa benda ini, sangat penting ya. Perlu beli travel insurance untuk lindungi kita sepanjang kita di Negara yang kita lawati tu. Aku beli melalui travel agent jugak, iaitu daripada POTO Travel. So diorang guna AIG Travel Insurance. Actually boleh la carik sendiri kat internet. ada macam-macam travel insurance pun. Harga insurance ni actually mengikut zone yang kita pergi. So boleh consult agent insurance.
 
Kos Travel Insurance
Covered untuk suami isteri (10 hari ): RM 103.00
 
5) Pocket Wifi
Sepanjang berada di Jepun, sangat penting untuk ada capaian internet. So lepas google2 kat internet dan baca pengalaman orang ke Jepun. So aku pilih nak guna pocket wifi daripada : http://www.globaladvancedcomm.com/
 
Sila bukak link di atas. Baca yang mana satu kita nak. Aku pilih ECO WiFi (JPY)  21Mbps. Dah ok yang ni. Untuk penggunaan selama 7 hari tu, dah good enuf. Laju je nak surf internet. Aku tak amik pun power bank, sbb aku dah ada power bank. So kalau sewa tanpa power bank, make sure kena ada 1 powerbank dedicated untuk pocket wifi ni. Boleh sewa 1 je, sebab 1 pocket wifi ni boleh share untuk 5-10 device.
 
Cara order sangat mudah, just ikut step dalam website tadi. Pihak mereka akan emailkan quotation dan kita buat pembayaran. Nanti diorang akan bagi tracking number. Macam aku, aku nak collect di Narita Airport so kena amik di Pejabat Pos dalam airport ni. Kalau nak diorang hantar ke hotel terus pun takpe. Pilih mana yang senang.
 
Kos Sewaan Pocket Wifi selama 7 hari : RM 187.00

Ni rupa envelope yang ada pocket wifi di dalamnya. Gambar depan tu adalah post office Narita yang aku collect pocket wifi ini. Just bagi tracking number yang telah diemailkan kepada kita dan tunjukkan pada pekerja pej pos tu.

Ini la rupanya pocket wifi yang aku sewa tu. Kecik comel je. Bateri tak bertahan lama, so kena ada powerbank ya. Kalau sewa dengan service provider ni pun boleh, tapi sbb aku nak penjimatan maksima, aku bawak je powerbank aku sendiri :)
 
 
6) Tukar duit
Ini yang penting :). Tukar duit Yen. Disebabkan kebanyakan benda dah bayar sesiap kat Malaysia, so kami decide nak tukar sebanyak Yen100,000. So dalam RM3700. Masa aku tukar hari tu currency 3.67. So duit ni akan digunakan untuk makan dan beli benda2 penting kat sana.
 
7) Aktif Transaksi Oversea untuk Kad Kredit dan ATM
Yang ni pun penting untuk di buat sebelum kita travel. Aku sesiap aktifkan kad kredit dan ATM, in case ada kecemasan nak keluarkan duit kat sana.
 
8) Book Hotel
Semua hotel aku book melalui AGODA dan terus membuat pembayaran. So senang, bila kat sana nanti just bagi booking number sahaja. Check in lewat pun takpe. Sebab kita da sesiap bayar kan. Tips untuk memilih hotel, make sure biar dekat dengan train station. Mudah untuk kita mencari nanti.
Kalau book melalui AGODA, ada maklumat hotel diberikan, iaitu berapa jarak daripada Station.
 
Aku book hotel :
1) Osaka : Osaka New Hotel (Daripada Shin Osaka Station hanya 5 minit berjalan kaki)
2) Kyoto : Appa Villa Hotel ( Daripada Kyoto Station hanya 5-10 minit berjalan kaki )
3) Tokyo : Oasis Hotel ( Daripada Ikebukuro Station hanya 5-10 minit berjalan melalui subway )
 
Harga sewa hotel :
1) Osaka New Hotel : 1 Malam : RM 390
2) Appa Villa Hotel Kyoto : 1 Malam : RM357
3) Oasis Hotel Ikebukuro Tokyo : 4 Malam : RM1084
 
Total harga Hotel : RM1831
 
Ada pilihan untuk mencari penginapan melaui AirBnb, Aku tak guna sebab kebanyakan adalah apartment dan aku hanya berdua then kami decide nak stay hotel je.
 
9) Bekalan Makanan
Untuk makanan, aku dah sesiap beli dari Malaysia segala nasi goreng or nasi apa2 lagi dari Berahim. :). Maggi segala la kan. In case lapar dan takde makanan halal. Serunding dan nasi impit yang aku dah sesiap masak pun aku bawak. Dalam masa yang sama jugak, aku bawak juga steamer untuk masak nasi dan panaskan lauk. Ini sebab aku duk hotel so takde microwave. Tu sebab aku bawak steamer. Aku beli ngan Lazada je. Not bad performance nya :)
 
10 ) Pakaian yang bersesuaian
Aku pergi Jepun masa suhu antara 4-10 Darjah Celcius. So agak sejuk. So kami memang bawak baju winter sesiap. Long John kalau ada pun ok, kalau takde, boleh pakai baju 2-3 lapis. Bergantung pada ketahanan. Aku pakai long john je, satu baju kat luar dan jaket. So ok je. Gloves aku pakai bila tak tahan sejuk sangat. Untuk H yang tak tahan sejuk mmg gloves sangat berguna sepanjang kat sana.
 
11) Tiket DisneySea
Untuk tiket DisneySea ni plak, aku beli secara online je. So boleh bukak website Disney Tokyo. Aku tak masuk Disneyland sebab ramai yang kata banyak ride sesuai untuk budak2, so untuk dewasa tak sesuai sangat. So kami masuk DisneySea. So tiket aku beli secara online.
 
Harga tiket :
2 X Dewasa : RM516 ( Ini termasuk interest kredit kad), kalau ikut harga Yen 6900 untuk seorang dewasa.

E-ticket DisneySea


12) Passport
Jangan lupa yang paling penting ni. Passport kena bawak ya dan yang paling penting kena lebih daripada 6 bulan tarikh tamat passportnya. Kalau passport tamat bulan 12, travel tu sekurang-kurangnya hujung bulan 5 je. lepas tu dah tak boleh dan sila la renew ya.

13) Ubat-Ubatan
Yang ini sangat penting juga untuk di bawa. Sebelum keluar Negara, sediakan ubat-ubatan biasa contoh ubat demam, selsema(flu), allergy, ubat cirit birit dan apa2 ubat yang sesuaila. Vitamin C juga berguna ya. Aku mmg bawak vitamin C untuk travel. Disamping itu, jangan lupa juga plaster, in case ada luka2 kan.

Stok Ubat-ubatan


14) Universal Plug
Disebabkan soket di Malaysia berlainan dengan negara2 lain termasuk Jepun ni, so kalau boleh bawak la universal plug ni. Kalau tak beli, end up kena beli kat Jepun jugak kan. Aku just beli kat Mr Diy. Murah je, tak sampai RM20 pun kalau tak silap. Untuk Jepun, soketnya yang paling atas tu.

 
 
 Itulah persediaan yang aku buat untuk travel ni. Mana2 yang boleh kita sedia daripada Malaysia, better kita sediakan, bila dah sampai ke Negara yang kita nak pergi tu, bukan senang nak mencari barang kan, tempat orang, dan kalau kita dah well prepared ni, boleh elakkan kita membuat pembelian yang tak sepatutnya.
 

34 comments:

  1. thank u sis... information berguna buat sy n famili baru nak plan ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. anything boleh Tanya. InsyaAllah kalau saya boleh share, akan saya share kan :) Jepun destinasi yang selamat dan seronok untuk bercuti :)

      Delete
    2. Assalamualaikumm sis, kalau nak tempah penginapan kat Jepun tu kena bayar awal dari Malaysia. Nanti sampai kat sana macam mana nak taw yang kita dah tempah awal awal?

      Delete
    3. wsalam,saya membuat tempahan melalui Agoda, jadi dah sesiap bayar. Jangan lupa print slip pembayaran. Masa nak check in di hotel, boleh terus tunjukkan dokumen yang kita dah print sblm ini.

      Delete
  2. memang guna jr pass tu ye kalau nak ke kyoto?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      tak semestinya. Boleh je beli tiket biasa di kaunter.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..
    Tumpang tanya, kalau kita dah beli JR pass ni, kita tak perlu book lagi seat utk shinkansen kan? Unless mmg nak duduk kat reserved seat tu kan? Kiranya, kita main naik je mana2 shinkansen (kecuali nozomi & mizuho) dan bila2 masa la ye? Ikut masa kita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Cik Marfuza, walaupun ada JR Pass, tapi untuk menaiki shinkansen, kita kena ke kaunter shinkansen untuk reservedkan tempat. Nanti kita akan dapat small ticket yang bgtau gerabak mana yg akan kita naik. Harap jawapan saya dapat membantu.

      Delete
  5. Salam nak tanya. Awk dari osaka ke kyoto then ke tokyo ke. Then awk bali semula ke osaka memang guna jr card tu ke. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, trip saya hari tu, ialah Tokyo - Osaka - Kyoto - Tokyo. Saya sampai di Narita airport, lepas tu terus ke Osaka. Kemudian Kyoto dan balik ke Tokyo menggunakan JR Pass tu. Saya memang ke sana 7 hari. So boleh cover 7 days pass tu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. assalam,pn hazirah..saya akan ke sana januari dpn,insyaAllah
    boleh saya tahu steamer mcmana puan bawa,dh search kt lazada,x tahu nk pilih...boleh bantu saya...tk

    ReplyDelete
  7. Salam, Saya beli kat lazada , boleh klik link ini : http://www.lazada.com.my/shop-rice-cookers/?q=mini+rice+cooker&searchredirect=mini+rice+cooker cuma yang saya beli ni lambat masak. so mmg take time skit, might be sbb different voltage. Sbb masa saya try kat kl, mcm ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok,tq..saya ingtkn steamer,dh beli di lazada,kecik bebeno...besar piring kuih je..anyway tq for ur reply

      Delete
  8. Salam saya Akan ke Osaka Pada January 2017, saya ada beberapa soalan, setibanya Sy di Kansai airport Prada Jam 8pagi saya Akan berada di Kyoto dan Akan terus bermalam di kyoto, ini Kerana keesokan hari nya saya Akan bermain ski di biwako valley.Selepas hari kedua saya Akan check in di Bandar Osaka. Kemudahan pengangkutan mana yang jimat dan Effective?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayunasha, saya tidak dapat memberi pandangan berkenaan dengan pengangkutan jimat dan effective. Sepanjang saya disana, pengangkutan adalah effective cuma bergantung kepada kos yang kita pilih. Daripada Osaka ke Kyoto, ada train biasa yang boleh dinaiki dan efektive juga selain shinkansen yang lebih cepat dan lebih mahal. Oleh itu, saya sarankan ayunasha menggunakan web hyperdia untuk tgk pengangkutan mana yang sesuai. Disitu lengkap dengan masa dan harga.

      Delete
  9. klau kita x bli jr pass cam mana,,kita pegi bli tiket mcm naik train biasa kat sana bleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada masalah. Boleh beli tiket di kiosk yang banyak tersedia di station. Mcm saya pulak, sekiranya bukan train yang dikendalikan oleh JR, saya guna Suica Card. Refill je bila dah berkurang. So mudah la.

      Delete
  10. salam cik hazira.
    saya plan nk backpacker ke osaka winter nanti.ms winter da x lebat.feb or mac kn?
    antara tempat yang saya nk pergi adalah arashima forest (kyoto ?)
    mohon pendapat samaada sy perlu book tmpt mginap di kyoto atau osaka.
    boleh bagi pendapat tempat yang menarik utk short trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya maybe tak dapat bagi jawapan yang terperinci, tetapi mengikut pengalaman saya, untuk penginapan, boleh ambil di Osaka. antara Osaka dan Kyoto tak jauh sangat. Jadi memudahkan barang2 disimpan di hotel atau tempat penginapan. Dah selesai meronda Kyoto, boleh balik ke Osaka. :)

      Di Kyoto,saya melawat Bamboo Forest dan Togetsukyo Bridge - 2 tempat ini berdekatan, walking distance saja. Di Kyoto banyak shrine2, boleh cuba ke Fushimi Inari Shrine & juga Gion, mana tahu boleh Nampak geisha :).

      Untuk Osaka pulak, selalu orang mencadangkan area Dotunburi (Ketam besar) dan Glico Man. Jangan lupa melawat Osaka Museum of Housing and Living dan boleh cuba pakai kimono disitu. Harga pun murah je.

      Sila rancang perjalanan, the best is guna hyperdia. Sangat accurate maklumat transport dan km di situ.

      Happy holiday :)

      Delete
  11. Assalamualaikum.. Puan Hazirah, saya nak bertanya. Lepas ja Puan beli tiket di ANA, dapat reservation nombor, lepas tu, pi kaunter flight, perlu bawa surat yang ada reservation nombor ka? Kalau tunjuk passport saja untuk check in, boleh ka? Saya first time beli tiket flight ANA airlines ni guna website. Mohon tunjuk ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, lepas saya beli tiket dan dapat no reservation, pada hari berlepas, saya ke kaunter dan bawa sekali print out details. Then baru isu boarding pass dan check in di kaunter. :)

      Delete
  12. Salam, utk yg JR Pass tu, student yg belajar sana boleh beli jugak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Maaf sebab lambat memberi maklumbalas. Untuk student di sana, saya tak pasti samada boleh gunakan JR Pass ini. Maaf sebab tidak dpt membantu.

      Delete
  13. salam..nak tye klw kita da ambik JR pass tuk mlwat area tokyo osaka dan kyoto..perlu ke ambik lagi osaka amazing pass tuk mlawat area osaka..pastu klw tuk masuk & mlawat tmpat mnarik,bolyh guna pass or byr sndiri??
    sorry puan byk tye..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      JR Pass hanya untuk shinkansen JR dan Train JR.
      Untuk Osaka amazing pass sebenarnya bagus untuk focus perjalanan dalam Osaka. Pass tu boleh ride bus secara percuma dan ada diskaun dibeberapa tempat menarik. Saya dah hampir lupa berkenaan OSAKA amazing pass ini. Cuma seingat saya, memang berbaloi kalau ambil pass ini. Maaf tak dapat menjawab secara details.

      Delete

  14. *JOM KE SABAH 2017*

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Tel : 0129600702 / 0163751978
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM250 sehari
    b) Toyota Innova RM230 sehari
    c) Toyota Avanza RM170
    d) Nissan Grand Livina RM180
    e) Proton Exora RM160
    f) Produa Alza RM150
    g) Toyota Vios RM180
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM160
    m) Toyota Land Cruser Super King RM900
    n) BMW X5 RM900
    o) FJ Cruiser RM500

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila megambil kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm300 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM25.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tidak termasuk Jetty Fee dan Island Fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    6. Perkhidmatan tempahan tiket penerbangan (Tambang Murah) juga disediakan
    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    *0129600702 (Whatsapp/Call)*
    0163751978 Call


    ReplyDelete
  15. Salam Puan sy bercadang nak ke jepun bulan 1 tahun 2018 dan sy memerlukan bantuan Puan untuk aktiviti disana nanti...boleh saya minta contact number Puan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Boleh email saya di nurhazirah.muhdshah@gmail.com , saya boleh emailkan secara itenari dan info2 yang saya tahu berkenaan Jepun. Takde masalah :)

      Delete
  16. Terima kasih cik ira, next time saya boleh kunjungi lagi blog ini, tuk tahu lebih lanjut itenari. Kena save ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak itenari boleh je email nurhazirah.muhdshah@gmail.com , insyaAllah saya akan share.

      Delete
  17. Salam. wahh ada pocket wifi. saya rasa baik daftar untuk buat iklan pocket wifi(berpusat di malaysia(KLIA&KLIA2)) dan dapat komisen 15% daripada www.visondata.com.my . Boleh daftar dekat link >>> http://visondata.com.my/affiliates/

    ReplyDelete
  18. ๐Ÿ”บSalam Kenal Tuan & Puan๐Ÿ”บ
    ๐Ÿ‘‰Find the best before regret๐Ÿ‘ˆ
    Maap Ikut Share ( Promote) My Company Kyrantrans ( Sewa Kereta Murah), Merupakan Sarikat di Bidang Travel agency Pelancongan yang sudah Biasa melayani Pelancong dari Negara Malaysia - Singapore - Brunei Tuk Melawat ( Melancong )
    # JAKARTA
    # BANDUNG
    # YOGYAKARTA
    Insya Alloh selama Tuan-Puan Melancong Crew kyrantrans akan membawa sampai Puas Hati ✌

    Adapun Yang akan kita Tawarkan...
             ๐Ÿ‘‰PAKEJ KYRANTRANS๐Ÿ‘ˆ
    A.Transport all In
    ๐Ÿ‘Toyota avanza or Suzuki Apv
    ( 6 seater) Rp....
    ๐Ÿ‘ Daihatsu Luxio
    (6 seater) Rp....
    ๐Ÿ‘ Toyota Inova
    ( 6 seater) Rp....
    ๐Ÿ‘ Van Elp Short
    ( 12 seater) Rp....
    ๐Ÿ‘ Van Elp Long
    ( 15 Seater) Rp....
    ๐Ÿ‘ Toyota Hiace
    ( 15 seater) Rp....
    ๐Ÿ‘ Mini Bus
    (25 seater ) Rp.....
    ๐Ÿ‘ Big Bus
    (50 seater) Rp....

    B. Transport & Hotel
    ๐Ÿ‘ Hotel No Star
    Rp.....
    ๐Ÿ‘ Hotel 3*
    Rp......

    C Transport + Hotel + Makan
    ๐Ÿ‘ Restoran Tempatan & Halal
    Rp....
    Semua harga Dalam Rm Ikut Currency Bank❓❓❓

       * HARGA BUDGET &  BERBALOI *
                     ❓❓❓❓❓
    Untuk Maklumat Sila๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
    Call.   : +6281312767300
    Wa.    : +6281809692300
    Fb.     : Kyrantrans
    Email : Kyrantrans @gmail.com

    Saya akan bagi TIPS tuk PELANCONG AGAR TAK KENA TIPU SELAMA MELAWAT๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
    ๐Ÿ‘‰ travel that gives you cheap prices
    ๐Ÿ‘‰ a naughty and resourceful driver

    Terima kasih Tuan & Puan sudah Membaca Promote Dari saya Semoga ada FAEDAHNYA ๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™

      
         ❤ you're glad we thank you ❤

    ReplyDelete