Wednesday, February 15, 2017

Happy New Year 2017 !!

Selamat Tahun Baru 2017. Rasa mcm cepat betul masa berlalu. Pejam celik dah masuk tahun baru. So untuk sambut new year 2017 ni, aku dan H sesiap beli pakej dinner di KL untuk tengok bunga api gitu. Sbb dah nak masuk 4 tahun kahwin ni, kami tgk bunga api kat balkoni umah je. tak syok la kan.. hehe.
 
Matta Fair 2016 pada September lepas, kami beli dinner untuk 2 orang di Perdana PNB Park Hotel. Masa tu harga RM80 untuk seorang. So kami beli dinner untuk 2 orang dan penginapan sekali, konon malas la balik rumah lepas tu kan. So total dalam RM500. Kami dapat diskaun jugak untuk penginapan. Maklum pada malam new year tu semua pun naik harga kan. So kami beli awal ni, so dapat la penjimatan skit.
 
So petang Sabtu, kami terus check in ke Perdana Hotel. Memang niat nak rehat kan. Walaupun ada jugak keinginan nak menapak ke Ampang Park kat depan tu, tapi sebab kami malas.. so end up rehat je la dalam bilik.
 
Selepas maghrib kami terus ke Restoran di Tingkat 39. Ok la. makanan ada banyak pilihan tapi tak sampai pening. So ok la untuk mengisi perut kami yang bam bam ni :).Ada live band yang mengiringi kita makan. Lagu pun lite2 tak la memekak sangat. Suasana yang seronok. Budak2 happy berlari dan bergurau senda. Aku dan H asyik tengok gelagat org ramai.
 
Tepat Jam 12 mlm, kitorang ramai-ramai berkumpul kat ruang luar restoran dan tengok bunga api yang cantik2 berkembang!!.. and Alhamdulillah takde insiden cedera la.. :)
 
So overall aku bagi 4 bintang untuk dinner di 39th Restaurant, Penginapan di 1 bilik suite dan breakfast di Binjai 10 restaurant. :)
 
Layan gambar di bawah :
 
Ada small pantry :)
 
Dalam bilik
 
So boleh la nak tgk tv dari dlm bilik ya :)
 
Tu kat luar bangunan Tabung Haji :)







Happy New Year 2017 !!! 


No comments:

Post a Comment