Monday, June 7, 2010

P1 WiMax

Dah seminggu tak de internet connection kat umah. Sebabnya, Modem WiMax rosak dan aku tak sempat nak pi WiMax nak tukar Modem. (Entry ni semua gambar-gambar aku ambil dari google image)

Customer Service P1WiMax :
Tadi sebelum pi WiMax, call dulu customer service WiMax, mula2 cam geram gak, lama betul nak tembus talian kan... Sila berpaut kepada talian kerana operator sedang sibuk.. Dalam pikiran ni byk betul orang tak puas hati dan ada masalah kan. Tapi bila dah dapat bercakap dengan operator nyer.. nama nyer Cik Lea kot, ermm bagus jugak la. Tengah nak geram2 tu jadi ok balik. Ye la, dia dengar la apa yang kita nak cerita kan dan tak la anggap kita, customer ni bodoh sangat. :) So disebabkan kelembutan tone suara yang dilontarkan oleh operator tu, aku bagi 3 bintang setengah daripada 5 bintang.


HQ nyer yang tepi highway tu. Jln SS2, PJ

Customer Service Counter :
Bila dah confirm dengan operator tu, aku pun pi la sana. HQ Green Packet kat tepi federal highway tu. Angka giliran 2045, masa sampai tu 2038. Maksudnya ada 7 orang di depan. Ermm tak ramai dan kaunter ada 3 yang dibuka. Masa menunggu? ermmm agak lama dan apa yang nak dinyatakan, agak lembaps la. Ada satu kaunter ni, maybe ada orang buat permohonan baru. Sementara orang tu pi bayar something kat kaunter bayaran, pekerja kat counter service ni tunggu je, dalam masa yang sama rasanya kalau dia baca no. lain, dia dah settle sorang customer sementara tunggu org tu byr something kat kaunter yang ada ramai org jugak tu.


Kaunter Pertanyaan

Tempat menunggu, kerusi merah tu.. ok gak..cantik

Tapi disebabkan suasana kat dalam tu cantik, selesa dan ada plak tv2 yang banyak dan menyiarkan drama-drama pendek, so tak la nak marah sangat walaupun tunggu agak lama. :). Servicescape untuk sesebuah organization yang ada melibatkan kaunter dan direct contact dengan customer ni memang penting, just imagine kalau suasana tak selesa, then kena plak tunggu lama-lama, ermm mau terbakar hati kan. so untuk servicescape di WiMax aku bagi 4 bintang daripada 5 manakala kadar kecepatan layanan di kaunter tu 1 bintang. Servicescape tu kenapa tak dapat 4 bintang setengah sebabnya bila tengah duk kat kaunter tu, downlite nyer yg kaler kuning tu panas je memancar. Pijar skit, so kena jauh skit dari lampu tu.. hehe.

Lupa plak nak cakap pasal front liner yang duk kat kaunter tu kan. Ermm.. ok la.. penjelesan yang detail walaupun tak setepat sangat, sebab bila aku nak configure Wifi tadi, ermm agak terkial-kial jugak la. Tapi ok la, berjaya gak. So aku bagi 2 bintang pada pekerja tu. So tadi dah tukar daripada modem lama kepada modem DV-230 yang disertakan sekali dengan Wifi Adapter yang mana lepas ni boleh share dengan 8 laptop. Ermm banyak tu, macam nak bukak Cyber cafe lak. Tapi ok la, at least Izudin leh akses internet guna Wifi je la, tak payah la nak berebut modem je kan.. :)

Modem baru yang dapat tadi cam gambar ni la.

So dah habis bintang dah.. semua bagi kat Wimax ari ni. hehe.
End :)

2 comments:

  1. Pergh... mengaplikasikan subjek service management. bagus!bagus!. ni nanges En Bad kalo baca.... hehehe... :)

    ReplyDelete
  2. Itu la pasal.. memang nanges la.. haha. selama belajar ni, baru pertama kali pandai nak relate ngan apa yg belajar.. haha..

    ReplyDelete