Sunday, February 7, 2016

Melawat Ho Chi Minh ( Part 2)

Day 2
 
Hari kedua, kami kat sini, kami nak melawat Sungai Mekong. So after breakfast, kami menunggu bas yang akan bawak kami ke Sungai Mekong. Untuk dapatkan pakej melawat ni, boleh jugak dapatkan dari tourist office kat tepi2 jalan, atau kat hotel sendiri. Senang je. Untuk kami plak, my bff dah dapat no tour guide ni daripada kawan dia yang dah ke Vietnam sblm kami :).
 
Harga untuk tour ni sangat berpatutan. Tak silap aku dalam RM60 seorang je. one day trip sekali dengan halal lunch.
 
Ok kami bergerak ke Sungai Mekong dalam jam 8pagi. Perjalanan ke Mekong amik masa dalam 2 jam gitu. Bas yang kami naik ni, kecik je, tapi selesa la. aircond ok. Dalam perjalanan, bas berhenti di RnR la lebih kurang ditu untuk sesapa nak ke toilet. Kat situ jugak ada kedai jual jubah. Wow.. sangat best shopping jubah kat sini. Sangat murah ya. Aku beli sehelai untuk ayah aku. H plak tanak, sbb dia tak pakai jubah. :)
 
Sesampai di jeti nak menyusuri sungai Mekong, kami Nampak ada bot2 yang akan bawak kami tu. Tour guide memberi arahan untuk menaiki bot. So di sepanjang menyusuri sungai Mekong, tour guide pun bercerita la.. bla..bla,.bla.. :)
 
Kemudian bot berhenti di 1 pulau yang kat situ ada perusahaan candy kelapa. Kat situ jugak ada aksi2 pegang ular pada sesapa yang berani la. Aku tengok dari jauh la. So sesapa nak beli candy kelapa kat situ boleh la. Aku tak berkenan nak beli.
 
Kemudian kami menaiki bot lagi, dan berhenti plak di pulau yang lain. Maaf la aku lupa nama pulau2 ni huhu. So kat sini pulak kami dihidangkan dengan buah2 tempatan sambil melihat persembahan nyanyian tradisi. kemudian boleh la nak bg tips.
 
Ada jugak di satu pulau tu, kami dibawa ke tempat ternakan lebah madu. kat sini aku beli madu dan bee pollen. Sampai ari ni tak cuba2 lagi airnya hehe.. :)
 
Kat satu pulau tu jugak, kami menaiki kereta kuda padi. kat sini cam kesian skit, aku , h dan bff semangat orgnya kan.. mcm kesian nengokkan kuda tu nak bawak kami. huhu.
 
Then last sekali, kami di bawa menaiki sampan untuk ke tempat bot besar kami tadi. Memang pengalaman yang menarik la. Kat sini ada cerita sedih jugak, masa aku nak naik ke bot besar tu, aku pijak kat tempat duduk dlm sampan tu.. sekali... prakkkk.. alamakkk patah!!.. tapi sbb aku dah bg tips sblm tu, aku blah cenggitu je. guilty tak? adoii.. memori sg Mekong :)
 
Daripada jeti tadi, kami terus ke restoran halal dan disajikan dengan lauk pauk yang best. Kat situ jugak kami terus solat. Then menaiki bas kembali dan sampai di hotel dalam pukul 5ptg.
 
Masih tak sempat nak ke Ben Thant market. So mlm itu kami melawat pasar malam lagi :)
 
So layan gambar hari kedua :
 
Dalam bas, perjalanan ke Sg Mekong

Sawah padi

Selfie lagi  :)

Ni kat jeti nak naik bot

Kami :)

H melayan perasaan

with my bff

Action je tu. Tak bergerak pun benda alah tu

pekerja tengah bungkus candy kelapa




Atas kereta kuda padi

Dengan sedih tgk kuda padi ni bawak kami

Kami dihidangkan air kelapa kat atas bot


demontrasi nak buat minuman madu yg best :)


Makan buah


Jom bersampan kita.


 
End of day 2 kat Sg Mekong.

5 comments:

  1. As salam sis..leh kongsi contact tour guide ke sungai mekong x?..lg 1 mknan yg dia sediakan tue dijamin halal x..thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Awak boleh contact/whatsapp En Zone (+84974001756). Untuk makanan plak, saya yakin halal, sbb owner restoran tu muslim. Kat kedai dia jugak kita solat pas makan tu :). semoga maklumat saya membantu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thanks wak..en.zone nie ada kedai mkn ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, dia takde kedai mkn. Maksud saya owner kedai mkn yg saya pergi mkn during mekong tour tu, muslim.

      Delete