Sunday, May 28, 2017

Persediaan perjalanan ke Istanbul

Hampir sebulan aku dan H ke Istanbul untuk Anniversary Trip kami yang ke 4. Kami decide nak ke Istanbul ni lebih kurang 5 bulan sebelum berlepas. Kebiasaannya anniversary trip kami ialah pada Mac tetapi apabila mendapat nasihat daripada kawan yang selalu ke Istanbul, katanya better anjakkan skit ke Bulan 4 atau 5. Sebaiknya bulan 5 antara sebabnya kenapa end April dan awal May yang menjadi pilihan kami ialah :

1) Musim Bunga ( Tulip, Ros baru nak berkembang, so kalau pergi Minggu ke dua May, sure Ros dah berkembang banyak :))
2) Waktu siang lebih panjang. So kita boleh beraktiviti banyak. During visit kami hari tu, seawal 6 pagi dah cerah dan maghrib pulak hampir jam 8 malam. So siang memang panjang.
3) Cuaca baik, ramalan hujan dalam bulan 4-5 tu dalam 3 hari saja. Masa kami kat sana, langsung tak hujan dan suhu sangat best. Hanya antara 17-25. Lebih kurang kita duk dlm aircond je la kan. Cuma bila malam dan ada angin tu, rasa la sejuk skit. Tapi aku ska je :).

Pendek kata sebelum nak travel tu, google dulu cuaca ya.

So seperti biasa aku ska nak share persediaan yang aku buat sebelum ke sana. Kali ini tak banyak sangat study yang dibuat, banyak yang kami decice di sana je. Tapi sejujurnya, with itenari lagi bagus. Kita tak banyak buang masa dan duit :). So aku nak share mana2 yang perlu di blog ini. Mana tahu boleh memberi panduan kepada semua yang berminat untuk ke Istanbul. Konsep cerita kali ini dah tak boleh ikut itenari sbb sangat rojak cara kami bergerak kali ni. :)

Persediaan Sebelum Berangkat ke Istanbul
 
1) Tiket Penerbangan
Qatar Airways : RM4400 untuk 2 Dewasa (Return). Banyakkan tengok airline2 yang ada route ke Istanbul. Antaranya Turkish Airline (x de transit), Etihad (Transit :Abu Dhabi), Qatar (Transit : Doha), Emmirates (Transit : Dubai) dan mana2 airline lain lagi, Aku pilih Qatar sebab paling ok harganya plus transit pun dalam 2 jam je.

 
 
2) Visa
Untuk pemegang passport Malaysia, VISA tak diperlukan. Ada negara2 yang perlu visa untuk memasuki Turki. Sesampai kami di airport hari tu, ramai je yang apply visa daripada kiosk2 yang disediakan. So kita Malaysia, tak perlu buat visa.
 
3) Insurans perjalanan
Setiap kali travel ke luar Negara, insurans perjalanan ini wajib dibeli. Maklum kita tak tahu apa yang akan terjadi while kita di tempat orang kan. So oleh itu, kita cuba la sediakan payung sebelum hujan kan. Kali ini aku buat insurans dengan AXA insurance juga. Sama macam aku pi Perth hari tu.
 
4) Penginapan
Kali ini aku memilih untuk menggunakan AirBnb untuk mencari tempat yang sesuai untuk kami stay sepanjang di Istanbul. So aku buat carian dan akhirnya berjumpa dengan 1 apartment yang boleh diduduki oleh 2 orang di kawasan Sultanahmet/ Fatih. Setelah book, aku terus membuat pembayaran penuh melalui kad kredit. Apartment yang aku pilih ini sangat berpatutan dari segi harga dan mendapat review yang baik daripada pelanggan2 sebelum ini. Dibawah ni gambar apartment kami. :)




 
5) Kad Kredit &ATM
Perkara yang biasa perlu dilakukan ialah sila aktifkan penggunaan oversea untuk kad kredit dan kad ATM. Senang untuk digunakan disana. Sepanjang di sana, aku menggunakan kad kredit dan ada membuat pengeluaran ATM jugak. Caj dikenakan untuk pengeluaran ATM antara RM12-13 sekali transaksi. So ok la kan.
 
6) Itenari
Itenari antara yang terpenting. So perlunya itenari ni untuk kita rancang perjalanan dan bajet. Bajet ini bila kita nak masuk ke tempat2 yang perlu bayar tiket nya la :)

Perlu dapatkan info jugak berkenaan waktu operasi setiap kedai/tempat yang kita nak pergi. Ada tempat yang tutup dan open pada hari tertentu, oleh itu sila buat semakan di website2 berkenaan untuk tahu waktu operasi ini. Oleh itu itenari yang kita buat nanti mengikut keadaan yang bersesuaian dan kita tidak membuang masa. Contohnya, Grand Bazaar tutup pada hari Sabtu. So sila make sure tempat yang kita nak lawati tu bukak time kita nak pi :)

7) Bakalan Makanan dari Malaysia
 
Disebabkan nak ke Istanbul yang mana mudah untuk mendapatkan makanan halal, aku hanya bawa maggi dan Berahim pack untuk tambah2 kalau aku dah muat makan kebab all kan :)

8) Internet dan Data
Bagi data dan internet plak, kali ni aku tak tukar sim card sbb bila baca2, agak mahal untuk pakai turki punya. So aku kali ni guna Celcom 7 days passport (Roaming). So dalam masa 7 hari, hanya RM138 sahaja. Aku activate pukul 12 lebih pada malam aku nak berlepas. So by sampai ke Turki, dah boleh guna data dan call. Sila baca di Celcom page untuk maklumat 7 day passport ini.

9) Tukaran matawang
Kali ni aku dan H masing2 bawak TL1000 kesana. So masa aku tukar kadarnya RM1=TL1.27 dan TL1.32 ( Bergantung kepada money changer ). Aku tukar jugak USD untuk memudahkan bayaran shuttle dari airport ke apartment. Depa quot dlm USD, aku malas nak convert Lira. Selebihnya aku akan guna credit card. Bila dah balik Malaysia, aku tengok balik statement credit card. lagi menjimatkan kalau aku guna credit card rupanya :). Tapi masa aku kat pasar dan kedai makan, I prefer to pay in cash. mudah.

10) Airport transfer
Yang ni sangat penting untuk aku, maklum dah sampai ke Istanbul nanti, aku malas nak heret semua beg2 besar tu, so aku dah deal dengan owner apartment untuk amik kami di airport dan dibawa terus ke apartment. Ada cara yang lebih murah dengan menaiki public transport, tapi aku pilih untuk shuttle ni sbb mudah. Aku dapat deal harga USD20 untuk 1 trip.

Persediaan ketika berada di Istanbul

1) Beli Istanbulkart untuk kemudahan Pengangkutan / Istanbulkart / Tram

Selama 6 hari di Perth, kami memilih untuk berjalan kaki dan menaiki tram. Untuk menaiki tram atau bas, boleh menggunakan Istanbul Kart. Kad ni ala2 touch & go. So kita leh top up bila perlu. Kad ini boleh dibeli di mesin top up di stesyen2 tram je. Berbeza dengan Touch & Go, setiap orang perlu ada 1 kad, tapi untuk istanbulkart, semua org boleh share. Contoh aku dan suami, hanya guna 1 kad, selepas dia touch, aku pulak touch kat machine tu. Bila keluar dari station tak perlu touch. So masa masuk tadi, duit dah dipotong daripada kad tadi. 
 
Dari airport ke Sultanahmet dan Sultanahmet ke Airport, aku terus shuttle kereta. USD 20 per trip. So kami pejam mata bayar sebab malas nak hangkut beg besar2 and cari apartment , takut tak jumpa. hehe. Penggunaan shuttle mcm ni mudah dan selesa.

2) Muzium Pass
Di Istanbul kami membeli muzium pass. Harga untuk 5 days access ini ialah sebanyak TL85 untuk satu kad. So kami beli 2 kad. Satu sorang. Akses kepada 12 muzium. Yang paling org guna ialah Haghia Sophia dan Topkapi. Yang lain banyak lagi muzium antaranya muzium islam, muzium mosaic. Yang bestnya muzium ni, kita tak perlu nak beratur panjang2 untuk masuk. Kad ni mcm VIP access la kiranya. So aku sarankan ambil je kad ini sekiranya kita malas nak beratur :)

#Istanbul #holidayIstanbul #Anniversarytrip
 

No comments:

Post a Comment