Tuesday, June 29, 2010

E-Cigaratte

Hari itu dalam sejarah, ermmm jumpa kawan seopis ni.. teruja yerrr... Tengah tunggu dia siapkan keje, tengok dia hisap rokok. Dalam hati ni cam pelik, asap tak banyak dan tak lak rasa terganggu. Sedangkan masa tu dalam bilik dia. Tertutup lak tu. Camne dia leh merokok kan. Dengan muka ala2 lost ni, tanya la kat dia kan.. Apa jenis rokok yg dia hisap tu kan.

Then dia pun citer la... dia guna e-cigaratte.. ermm apa tu? Dia citer la yang rokok ni untuk orang-orang yang ada niat nak berhenti merokok. So dia guna la rokok ni. Canggih tu rokok ni guna charger tu. Boleh charge terus dari laptop or PC pun sebab guna USB Charger. Teruja abiss aku.  Starter pack dia beli dengan harga RM100, dalam tu ada charger dan cartridge nyer. Gambar  cam kat bawah ni.




So yang kena tukar, hanya la cartridge tu je, yang kaler brown tu jer..kiah sungguh teruja dengan penemuan baru ini... hehe. Sampai terasa nak try jer.. hehe

Tu je perkongsian citer pasal rokok ni. :)

KUPANG... :(

2 hari tak sihat... demam all... ermmm kenapa yer? Tadi pi klinik.. rupa-rupanya sebab kupang daaa... Baru makan tak sampai 10, badan da sakit2.. Insaf dah.. Doktor bagi punya la banyak ubat, antibiotik sbb katanya dah ada infection? Huhu... so balik awal skit dari ofis, doc kata tak leh kena aircond, so dia bagi surat suh balik terus.

Apa lagi, da sampai umah terus makan skit dan makan ubat. and ZZZZZ... Terjaga pukul 6, tak boleh tido lagi badan dah lemah daa.. tanak ikutkan sakit. Pukul 6.30pm keluar pi Hainan la.. lepak ngan lesbo.. bergossip all. Dah lama tak pekena 702. Disebabkan demam ni, tak leh amik ais, so amik Kopi "C" hot. Dah lama teringin tapi tak dapat-dapat. So walaupun demam2, gagahkan jugak nak minum kat situ.

702 ( Hot n Cold )
Elok untuk keluar jugak. Badan dah mula peluh-peluh tanda demam dah kebah skit. Hope esok dah ok, sbb esok ada function.. huhu...

Thursday, June 24, 2010

Jalan-jalan buang masa

Ermmm nak balik rumah malas.. cam takut.. takut tido.. so sebab lesbo ada di Mid Valley, dan dia telah hantar sms berhantu dari dia... menyebabkan aku dengan lajunya men'"drive" pooh dengan cilok2 kereta yang tengah banyak tu ( maklum saja semua orang berlumba balik daripada opis masing2). Akhirnya sampai ke Mid Valley, atau dengan mesranya kak 6 panggil kedai Pak Sedara kerana situ la tempat dituju setiap kali Jumaat atau bila2 je nak makan luar dari ofis.. huhu..

Sementara tunggu lesbo menyelesaikan urusan-urusan rahsia nyer tu.. berlegar-legar la aku melawat setiap kedai di Mid Valley. Niat dihati tanak beli pape.. :) Cuci mata la kononnya.

Setelah penat berjalan-jalan, tetiba lapar lak.. daripada pagi membawak ke tengahari.. makan banyak giler.. hormon tak seimbang kot kan.. hehe.. apa lagi ajak lesbo pi try Noodle Station. Tadi masa jalan sorang-sorang teringin lak nak merasa kan. Then 2-2 pun pi la.. kedua-dua perempuan yang selalu nak diet di mulut tu, melangkah la masuk ke Noodle Station. Belek-belek menu, menarik plak.. harga reasonable dan banyak pilihan.. then selepas study menu : kitorang pun order la :

Iced lemon Tea & Iced Peach Tea

Tom Yam Seafood Springy Noodle

Tomyam Springy Noodle ( Dry Noodle )

 Untuk kesemuanya.. boleh la tahan.. tomyam nyer best dan tak pedas sangat. Tapi sapa-sapa yang suka pedas leh la mintak extra spicy mcm lesbo tadi. Nak pedas sangat sampai bibir dah birat.. apa daa...

Abis la citer ari ni.. makan je yang lebih kan.. huhu.. :)

Tuesday, June 22, 2010

Mood Jiwang.. :)


Hati berbunga ni.. hepi cenggitu.. tak tahu nak tulis pape ni, just pada yang berkenaan.. Tq for everything.. Malam ni mood cam nak jiwang kan.. so nak tujukan lagu la ..
Been running from these feelings for so long,
Telling my heart I didn't need it,
Pretending I was better off alone.
But I know that is just a lie.
So afraid to take a chance again;
So afraid of what I feel inside.
But I need to be next to you.
I need to share every breath with you. 
I need to know I can see you smile each morning,
Look into your eyes each night,
For the rest of my life.
Here with you; here with you.
I need to be next to you.
Right here with you is right where I belong.
I lose my mind if I can't see you.
Without you there's nothing in this life
That would make life worth living for.
I can't bare the thought of you not there;
I can't fight what I feel anymore.
I need to have your love next to mine
For all time.
Hold you for all my life.
I need to be next to you.
I need to feel you in my arms, baby!

Time hepi camni la.. kalau datang sedih lak.. tak leh handle kan.. ngan pic2 love retak all.. tapi hope tak sedih dah la.. sakit sedih2 ni.. huhu..

Tu je entry ari ni. :)


Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa 2010

20 Jun 2010... Hari ni hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada En. Muhd Shah @ Abdullah bin Salleh. Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Semoga dipanjang kan umur dan happy2 selalu.. :) Ur the Best Father in the world !!!


Gambar ayah dan anak bongsu kesayangannyer.. :) 

Apa nak buat hari ni ya.. fikir-fikir balik, ada janji yang tak dilangsaikan lagi, janji dengan all the Kak 6 nak masak sesuatu... Apa yer? Fikir2.. Ting!!! Cheese Cake. Hahah.. nak test power la.. jadi ke tak nak buat sesorang ni. Cikgu tak de kan. Ermm try je la kan. Seawal pagi tu, Giant baru je bukak, aku terus pi cari barang-barang nak buat kek.

Setelah bertungkus lumus .. akhirnya kek telah selesai dibuat.. Yayyyy jadi... Alhamdulillah. Niat baik kot kan, so dipermudahkan la kan.. :)

Ni gambar cheese cake pertama tanpa kehadiran cikgu di sebelah.

Dah selesai buat kek, boring betul, tapi malas nak keluar. Maklum la duit pun dah tak de kan.. hehe. semalam baru je servis Pooh kan.. So kena puasa daripada jenjalan la.. duk diam2 kat umah je.. :) Sehingga la sedang menulis entry ini, masih lagi boring... huhu.. apa nak buat lagi ni... ok la.. sehingga bersua lagi. Nak makan kek la.. :)

Tuesday, June 15, 2010

School Holiday


Hari ni aku cuti. Cousin dan famili nya datang. Cuti sekolah. So aku pun feeling2 budak sekolah la jugak, tumpang sekaki jalan-jalan KL..katanyer.. :) So hari ni bangun je, pagi-pagi lagi bersenam dulu, hehe. Pi swimming dan bawak sekali 2 hero tu swim sekali. Dah abis swim baru kuar. First kitorang pi KL Bird Park.

KL Bird Park

Bercerita pasal Kl Bird Park ni, agak tak puas hati skit. Entry Fee nya, selepas ada diskaun mykard, adalah :
Adult : RM 20
Child : RM 10
Agak mahal la rasanya. Pikir-pikir mungkin mahal sebab nak cover makanan burung-burung tu kot, tapi masa ronda-ronda tu tengok makan sawi, betik dan apple je. Maybe ada yang makan mahal-mahal and mungkin jugak nak cover ubat-ubatan kot.. entahlaa.. tapi rasaya lepas ni aku tak pi dah kot. Rasanya Zoo Negara lagi best.. kat dalam tu ada tram nak naik kalau penat.. tapi kat Bird Park tadi.. ala2 hikers lak.. kena mendaki. Kurang 600gm lemak aku kot tadi. Dengan berpeluh bagai kan.. Si hero 2 orang tu pun penat jalan. Mula-mula je excited lepas tu masing- masing muka dah sememeh.. Penat.

Lepas tu dah penat dengan pendakian tu, try la berenti nak beli air.. mak aiii, harga nya sekali ganda yer.. macam susah je diorang nak dapatkan bekalan nak beli minuman-minuman tu. Ermm Ribena Mobile tu regenyer RM4.50, tambah duit skit aku dah boleh beli ribena botol sederhana tu dan dapat bancuh sebulan kan.. :). Air mineral lak RM 4 botol kecik, tengok jugak brand apa... ingat Aviant ke kan.. tapi bila tengok Cactus je yang kalau beli kat Carrefour tu regenyer RM0.75 je.. hehe.. Tak per la..nak buat camne. orang berniaga kan.

Happy family gitu kan.. :)

Gambar 2 beradik yang tak ikhlas bergambar sebab dah penat

Then lepas tu, daripada KL Bird Park terus je tengok wayang pulak.Karate Kid 


Sebab dah penat sangat tu kan, kitorang sengajala pi tengok wayang tu, citer ni memang tak mengecewakan kami. Memang best sangat. Citer pasal budak dari Detroit yang berpindah ke Beijing dan di sana, dia menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya di Beijing. Di tambah pula dengan beberapa orang budak sekolah yang sering membuli. Then datang la hero kita si Jackie Chan menjadi penyelamat dengan mengajar kungfu dan seterusnya budak ni pun menjadi juara dalam tournament gitu.. hebat la kan...

So kalau nak kena rate, untuk filem ni aku bagi 4 bintang setengah daripada 5 bintang.. clap3..Then lepas tu kitorang pun balik umah dulu. nak rehat jap.

End :)

Monday, June 14, 2010

Cuti Hujung Minggu

Sabtu 12 Jun 2010, bercuti jalan-jalan ke Singapore. Yang ni pegi ngan rombongan cik kiah.. hehe.. Ok la.. nak masuk sendiri daripada hari tu asyik bertangguh kan, sekali dah ada plan baik ni.. terus la join. Ngan lesbo partner and family, sampai la ke Kota Singa tu. Pagi-pagi lagi dah gerak ke Singapore. Just satu hari dari pagi ke malam. Tempat yang kitorang pi tak la banyak.. :

1) Esplanade- tengok2 je.. tempat ni sama ngan Istana Budaya la
 Sempat la jugak snap Merlion ni..
2) Chinatown - Beli souvenir skit... Gambar yang sempat snap kat Chinatown

3) Arab Street - Makan murtabak dan beriani
  Murtabak Kambing  ni harga nyer $10, portion besar kitorang berempat pun tak abis makan

4) Sentosa Island - jenjalan je and tgk show song of the sea

 Gambar ambil petang, show bermula pada 740pm

Song Of The Sea ni memang berbaloi untuk ditonton. memang best dan sangat teruja dengan persembahannyer. Kitorang tengok show pukul 740 pm. show ni ambil masa 25 minit dengan harga tiket nyer $13. Kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat diambil. semua di pancarkan ke air laut. Sangat Cantikkk.


 So Sabtu tu memang dengan sepuasnya jenjalan. Balik je umah, semua collapse.. :) Tapi fun la..