Thursday, April 7, 2016

Jom Bercuti ke Jepun (Day 1)- Tokyo-Osaka

Aku akan masukkan entry aku mengikut hari-hari aku di Jepun.
 
8.03.2016 (Selasa)
Flight aku dan H daripada airport ialah 8.10am. Ana Airline berlepas daripada KLIA. So aku dan H bermula pengembaraan daripada subuh :). Kami park kereta kat terminal Bersepadu dan ambil jetbus ke KLIA. Tambang untuk 2 orang perjalanan sehala ialah RM20.
 
Pukul 6 pagi, kami terus check in bag dan terus solat subuh. Sempat breakfast di KLIA sebelum kami boarding. Perjalanan daripada KL ke Narita mengambil masa lebih kurang 7 jam. In flight service di dalam ANA sangat bagus. Sopan-sopan stewardess nya :) . Maklumat berkenaan ANA airline boleh klik sini.
 
Tepat jam 3.50 waktu Jepun, kami selamat mendarat di Narita Airport. Kat sini kami :
1) Mengambil pocket Wifi di Pejabat Pos
2) Menukarkan Exchange Order di JR Office
3) Membeli Suica card di JR Office
4) Solat
 
Suica card ialah seumpama Touch n go card. Perlu kad ini untuk menaiki train yang tak di cover oleh JR Pass. Sekiranya tiada kad ini, perlu keluar daripada platform dan membeli tiket di machine untuk menaiki train. So lagi mudah kalau ada kad ini. Apabila memulangkan kad, kita akan terima kembali 500y. Kalau rasa nak buat kenangan, so burn je la 500y tu :)

Ini la rupanya suica card tu
Selepas selesai urusan di Narita, kami terus menaiki train untuk ke Shinagawa dan seterusnya ke Osaka. Daripada airport ke Shinagawa, aku dan H menaiki Narita Express (NEX). NEX boleh menggunakan JR Pass, so tiada bayaran disini. Di Narita, aku terus tunjukkan JR Pass kepada petugas di JR Office, dimana aku sesiap bagitau yang aku perlu menaiki NEX dan seterusnya Shinkansen untuk ke Osaka. Petugas akan memberikan tiket untuk dibawa ketika menaiki train.
 
Rupa tiketnya
Train ini ala2 KLIA express la. Perjalanan daripada Narita ke Shinagawa station mengambil masa lebih kurang sejam. Daripada Shinagawa aku dan H mengambil Shinkansen Hikari untuk ke Osaka. Stesyen di Osaka ialah shin-Osaka. Osaka pun ada station, so kena be careful memilih station. Tapi daripada yang aku tahu, kalau station tu ada perkataan shin kat depan tu, akan ada shinkansen disini. :)
 
Perjalanan daripada Shinagawa ke Osaka mengambil masa lebih kurang 3 jam dan jarak antara Shinagawa dan Osaka ialah 545.8km. So train ini sangat laju. Berkenaan tambang, aku akan masukkan dalam entry berasingan untuk tunjukkan penjimatan menggunakan JR Pass :)
 
Sesampainya di Shin Osaka, kami terus keluar untuk mencari hotel. Kami memilih untuk menginap di Osaka New Hotel, Hotel ini sangat dekat dengan station, tapi kena la ikut pintu yang betul. Keluar je station, mmg boleh Nampak hotel, anggaran dalam jarak 200meter je kot. Memang dekat.
 
So untuk hari pertama, aku dan H tak kemana-mana, masuk hotel terus rehat sebab esok nak bangun awal, nak jenjalan :). Btw suhu dalam 6-7darjah, so aku ok je. Best je. :)

So layan la gambar-gambar di bawah :
Dalam flight.. wefie jap.. we are goin to Tokyo!!

Puzzle Solved.. and kami safely arrived @ Narita.. alhamdulillahhhh

Bergambo kat bilik solat
Ni luggage kami. :)
Dalam shinkansen Shinagawa-Osaka. Pakcik ni org yg check ticket
Dah Check ticket!!
Sempat lagi nak beli air. Nak merasa beli dalam train hehe
Ni kat Osaka New Hotel. Tengah nak check in :)
Ni la bilik nya.. comel2 je.. saiz org jepun la kan.. hehe
Add caption
Comel2 kan biliknya :).. Ni gambar pagi sblm check out :)





 
 
 

Jom bercuti ke Jepun..- Persiapan Sebelum Melancong (Part 1)

Hari ini baru berpeluang nak masukkan cerita jenjalan.

Alkisahnya, setiap tahun akan ada satu trip sempena ulangtahun perkahwinan aku dan H. So kali ini, sempena Ulangtahun Perkahwinan ke 3, kami bersepakat memilih Jepun dan travel sendiri without travel agent.

Pada asalnya bercadang nak ke Istanbul. Tapi dengan macam-macam insiden yang berlaku, agak takut plak nak ke sana. Aku pulak duk try2 cari airline mana yg offer murah, tetiba jumpa ANA airline. Masa aku book, hanya RM1200 seorang untuk return ticket. Murah kan? Dengan luggage 23kg x 2 untuk seorang. Wow.. sangat menarik. Terus aku book dan bayar sesiap.

Ok, entry kali ini ialah nak cerita persiapan sebelum ke Jepun. Banyak nak share dlm entry ini dan entry2 seterusnya, untuk jadi panduan sesiapa yang nak melancong ke Jepun sendiri.

1) Tiket Kapalterbang
Aku membuat carian dalam cheapflight.com, just untuk tahu airline mana yang boleh bagi harga yang rendah. Tapi aku tak beli daripada situ sbb mcm leceh skit, via agency. So bila dah Nampak murah tu, aku terus bukak website airline yang dah dikenalpasti. Untuk kes aku ni, Ana Airlines. So tengok betul2, pilih tarikh, dan terus book dan bayar. Aku kesana daripada 8 Mac-14 Mac 2016 ( 7 hari 6 malam )

Kos flight :
RM1,195 per person - Return ( KLIA- Narita- KLIA )
Harga untuk 2 orang : RM 2,390

 

2) Penyediaan Itenari
Bila dah beli tiket tu, terus la membuat research tentang tempat yang kita bakal pergi kan. Untuk aku, aku baca je semua blog orang yang pergi Jepun secara sendiri ni. Nak tahu macam mana persediaan dan tempat2 menarik yang kita akan lawati.

Setelah membuat penyelidikan, gittewww :), Aku decide nak ke Osaka, Kyoto dan Tokyo.
 
3) Japan Rail Pass (JR Pass)
Japan Rail Pass ni adalah pas untuk pelancong yang akan melawat Jepun. Dengan menggunakan JR Pass ni, kita boleh membuat penjimatan yang berbaloi2, tapi bergantung jugak kita nak kemana. Kala setakat Tokyo je, tak payah JR Pass pun ok. Tapi untuk aku yang nak ke beberapa daerah ni, dan teringin nak naik Shinkansen (Bullet Train), sangat2 perlu mendapatkan JR Pass ni.
 
Boleh mencari maklumat berkenaan JR Pass ni di website :
 
 
JR Pass ni ada banyak jenis. Yang cover satu2 tempat atau nationwide. Macam aku yang nak commute daripada Osaka, Kyoto dan Tokyo, aku terus ambil Nationwide. So sila baca dulu di website yang tersebut untuk pemilihan JR Pass.
 
Aku tulis ni berdasarkan apa yang aku ingat la. Semua Shinkansen boleh kita naik menggunakan JR Pass ni kecuali Nozomi dan Mizuho. So selain nama tu, Hikari, Kodama boleh naik.
 
JR pass ni boleh dibeli kecuali di Jepun. So sebelum pergi kita mesti beli JR Pass ni. Actually masa kita beli, nama JR Pass ni ialah Exchange Order. So bawak exchange order ni nanti dan masa kita kat Jepun tukar menjadi JR Pass. Tempat tukar banyak je, boleh pegi opis JR kat Airport atau Station Train. Cari je pejabat JR ni.
 
Aku beli Exchange Order (JR Pass) ini melalui travel agent. Boleh bukak website di bawah untuk dapatkan senarai travel agent yang boleh keluarkan Exchange Order ni :

Ni rupa Exchange Order yang kena bawak ke Japan dan tukar kan kepada JR Pass

Ini pula JR Pass yang kena jaga baik2, bila sampai di gate, just tunjuk pada pegawai yang bertugas. Actually kena tunjuk bahagian belakang kad ini yang ada nama kita dan tarikh penggunaan kad ini.
 
 
 
Aku call beberapa Agency jugak untuk dapatkan harga. So last2 aku pilih H.I.S Travel. Service pun bagus. No telefon H.I.S ni boleh dapatkan di website di atas. Segala transaksi aku dengan travel agent ni, secara online je, dan diorang terus courier ke alamat kita. Ada caj RM10.60 untuk ini.
 
Harga JR Pass mengikut currency semasa ya. Masa aku beli, Harga adalah RM1063 untuk seorang. Aku dah buat kira-kira selepas balik bercuti dan penjimatan menggunakan JR Pass ni boleh di baca
di sini.
 
Kos Exchange Order ( JR Pass )
RM 1,063. ( Ordinary Pass for 7 Days )
Harga untuk 2 orang : RM 2126.00
 
4) Travel Insurance
Ok, jangan lupa benda ini, sangat penting ya. Perlu beli travel insurance untuk lindungi kita sepanjang kita di Negara yang kita lawati tu. Aku beli melalui travel agent jugak, iaitu daripada POTO Travel. So diorang guna AIG Travel Insurance. Actually boleh la carik sendiri kat internet. ada macam-macam travel insurance pun. Harga insurance ni actually mengikut zone yang kita pergi. So boleh consult agent insurance.
 
Kos Travel Insurance
Covered untuk suami isteri (10 hari ): RM 103.00
 
5) Pocket Wifi
Sepanjang berada di Jepun, sangat penting untuk ada capaian internet. So lepas google2 kat internet dan baca pengalaman orang ke Jepun. So aku pilih nak guna pocket wifi daripada : http://www.globaladvancedcomm.com/
 
Sila bukak link di atas. Baca yang mana satu kita nak. Aku pilih ECO WiFi (JPY)  21Mbps. Dah ok yang ni. Untuk penggunaan selama 7 hari tu, dah good enuf. Laju je nak surf internet. Aku tak amik pun power bank, sbb aku dah ada power bank. So kalau sewa tanpa power bank, make sure kena ada 1 powerbank dedicated untuk pocket wifi ni. Boleh sewa 1 je, sebab 1 pocket wifi ni boleh share untuk 5-10 device.
 
Cara order sangat mudah, just ikut step dalam website tadi. Pihak mereka akan emailkan quotation dan kita buat pembayaran. Nanti diorang akan bagi tracking number. Macam aku, aku nak collect di Narita Airport so kena amik di Pejabat Pos dalam airport ni. Kalau nak diorang hantar ke hotel terus pun takpe. Pilih mana yang senang.
 
Kos Sewaan Pocket Wifi selama 7 hari : RM 187.00

Ni rupa envelope yang ada pocket wifi di dalamnya. Gambar depan tu adalah post office Narita yang aku collect pocket wifi ini. Just bagi tracking number yang telah diemailkan kepada kita dan tunjukkan pada pekerja pej pos tu.

Ini la rupanya pocket wifi yang aku sewa tu. Kecik comel je. Bateri tak bertahan lama, so kena ada powerbank ya. Kalau sewa dengan service provider ni pun boleh, tapi sbb aku nak penjimatan maksima, aku bawak je powerbank aku sendiri :)
 
 
6) Tukar duit
Ini yang penting :). Tukar duit Yen. Disebabkan kebanyakan benda dah bayar sesiap kat Malaysia, so kami decide nak tukar sebanyak Yen100,000. So dalam RM3700. Masa aku tukar hari tu currency 3.67. So duit ni akan digunakan untuk makan dan beli benda2 penting kat sana.
 
7) Aktif Transaksi Oversea untuk Kad Kredit dan ATM
Yang ni pun penting untuk di buat sebelum kita travel. Aku sesiap aktifkan kad kredit dan ATM, in case ada kecemasan nak keluarkan duit kat sana.
 
8) Book Hotel
Semua hotel aku book melalui AGODA dan terus membuat pembayaran. So senang, bila kat sana nanti just bagi booking number sahaja. Check in lewat pun takpe. Sebab kita da sesiap bayar kan. Tips untuk memilih hotel, make sure biar dekat dengan train station. Mudah untuk kita mencari nanti.
Kalau book melalui AGODA, ada maklumat hotel diberikan, iaitu berapa jarak daripada Station.
 
Aku book hotel :
1) Osaka : Osaka New Hotel (Daripada Shin Osaka Station hanya 5 minit berjalan kaki)
2) Kyoto : Appa Villa Hotel ( Daripada Kyoto Station hanya 5-10 minit berjalan kaki )
3) Tokyo : Oasis Hotel ( Daripada Ikebukuro Station hanya 5-10 minit berjalan melalui subway )
 
Harga sewa hotel :
1) Osaka New Hotel : 1 Malam : RM 390
2) Appa Villa Hotel Kyoto : 1 Malam : RM357
3) Oasis Hotel Ikebukuro Tokyo : 4 Malam : RM1084
 
Total harga Hotel : RM1831
 
Ada pilihan untuk mencari penginapan melaui AirBnb, Aku tak guna sebab kebanyakan adalah apartment dan aku hanya berdua then kami decide nak stay hotel je.
 
9) Bekalan Makanan
Untuk makanan, aku dah sesiap beli dari Malaysia segala nasi goreng or nasi apa2 lagi dari Berahim. :). Maggi segala la kan. In case lapar dan takde makanan halal. Serunding dan nasi impit yang aku dah sesiap masak pun aku bawak. Dalam masa yang sama jugak, aku bawak juga steamer untuk masak nasi dan panaskan lauk. Ini sebab aku duk hotel so takde microwave. Tu sebab aku bawak steamer. Aku beli ngan Lazada je. Not bad performance nya :)
 
10 ) Pakaian yang bersesuaian
Aku pergi Jepun masa suhu antara 4-10 Darjah Celcius. So agak sejuk. So kami memang bawak baju winter sesiap. Long John kalau ada pun ok, kalau takde, boleh pakai baju 2-3 lapis. Bergantung pada ketahanan. Aku pakai long john je, satu baju kat luar dan jaket. So ok je. Gloves aku pakai bila tak tahan sejuk sangat. Untuk H yang tak tahan sejuk mmg gloves sangat berguna sepanjang kat sana.
 
11) Tiket DisneySea
Untuk tiket DisneySea ni plak, aku beli secara online je. So boleh bukak website Disney Tokyo. Aku tak masuk Disneyland sebab ramai yang kata banyak ride sesuai untuk budak2, so untuk dewasa tak sesuai sangat. So kami masuk DisneySea. So tiket aku beli secara online.
 
Harga tiket :
2 X Dewasa : RM516 ( Ini termasuk interest kredit kad), kalau ikut harga Yen 6900 untuk seorang dewasa.

E-ticket DisneySea


12) Passport
Jangan lupa yang paling penting ni. Passport kena bawak ya dan yang paling penting kena lebih daripada 6 bulan tarikh tamat passportnya. Kalau passport tamat bulan 12, travel tu sekurang-kurangnya hujung bulan 5 je. lepas tu dah tak boleh dan sila la renew ya.

13) Ubat-Ubatan
Yang ini sangat penting juga untuk di bawa. Sebelum keluar Negara, sediakan ubat-ubatan biasa contoh ubat demam, selsema(flu), allergy, ubat cirit birit dan apa2 ubat yang sesuaila. Vitamin C juga berguna ya. Aku mmg bawak vitamin C untuk travel. Disamping itu, jangan lupa juga plaster, in case ada luka2 kan.

Stok Ubat-ubatan


14) Universal Plug
Disebabkan soket di Malaysia berlainan dengan negara2 lain termasuk Jepun ni, so kalau boleh bawak la universal plug ni. Kalau tak beli, end up kena beli kat Jepun jugak kan. Aku just beli kat Mr Diy. Murah je, tak sampai RM20 pun kalau tak silap. Untuk Jepun, soketnya yang paling atas tu.

 
 
 Itulah persediaan yang aku buat untuk travel ni. Mana2 yang boleh kita sedia daripada Malaysia, better kita sediakan, bila dah sampai ke Negara yang kita nak pergi tu, bukan senang nak mencari barang kan, tempat orang, dan kalau kita dah well prepared ni, boleh elakkan kita membuat pembelian yang tak sepatutnya.
 

Sunday, February 7, 2016

Melawat Ho Chi Minh (Part 3)

Untuk entry ni, aku rojak2 la ceritanya. Sebab aku lupa dah perjalanan di sana. Boleh gitu ?. Ok tempat shopping yang kami pergi antaranya :
 
1) Kedai cotton
Kat sini memang best sangat memborong. Aku dan bff mcm dah naik sasau.. semua berkenan..hehe.. dalam 2 jam jugak kami memilih kain, dan sebab banyak yang dibeli, pekedai tu akan hantar ke hotel :)
 
2) Kedai tudung
Kat sini jugak aku dan bff beli banyak tudung. Actually kat sini banyak je jual tudung ala2 neolofa bagai. So pepandai la nak tawar menawar ye. Yang bestnya memang harga sangat berpatutan
 
3) Kedai kain Mai
Yang ni jauh skit, aku dan bff ikut tour guide kami. Kat sini aku beli Vietnam silk dan ada jugak tudung2
 
4) Kedai Rohani ( X RECOMMEND)
Yang ni berdekatan pasar ben thant. Yang ni ada citer tak best skit, aku rasa peniaga nya rude la. mentang2 aku dan bff saiz besar kan.. diorang mcm sindir2 je. Geram plak.. menyesal aku beli satu baju kat situ. Ikut hati aku malas nak beli dah. Btw.. aku mmg tak recommend org pi kedai tu. Selagi peniaga yang meniaga tu tak belajar cara bercakap dengan customer. RUDE sangat. btw yang dimaksudkan tu katanya adik owner kedai tu. So adik Puan Rohani tu la agaknya.
 
5) Pasar Russia ( Russian Market )
Kat sini banyak pakaian untuk musim2 sejuk. So sebab bff nak beli baju kat sini. So kami pergi sekali. End up, kami pun beli sekali.. sbb mmg murah dan ada big size :). Kami juga beli jeans kat sini. Sangat berkualiti jeans kat sini. I loike.
 
6) Pasar Ben thant
Kat pasar ni, akmi beli kopi dan kacang2, serta lotus seed. Ada la kami beli t shirt juga selai dua :).
 
7) Linda wholesale
Yang ni kami pergi menaiki teksi. Agak jauh la, tapi kami jumpa dengan sepasang kapel dari Malaysia gak. diorang nak pi sekali. So kitorang share teksi. Kat sini best shoppingnya. Rambang mata jugak la. Linda wholesale ni ada 4 tingkat. Dia konsep banglo gitu. Dan diingatkan, kat sini hanya terima cash ye. :)
 
Tu la antara tempat2 kami shopping di sana. Overall aku rasa Vietnam ni best la untuk bercuti sambil bershopping. :)
 
So layan gambar
 
Ni rupa Mee daging yang menjadi kegilaan aku sepanjang kat sana

Ok dah ready to balik mesia

Ni kat Russia Market

Ok tambah skit lagi beg hehe

Ni antara kedai makana kat sana

Sedang tunggu nak naik flight balik mesia

Flight tak ramai org.. so kita duk jauh2 bagi selesa skit

Layan korea sampai KL.. Sehingga bertemu lagi Vietnam :)
Selesai la percutian kami selama 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh :)

Melawat Ho Chi Minh ( Part 2)

Day 2
 
Hari kedua, kami kat sini, kami nak melawat Sungai Mekong. So after breakfast, kami menunggu bas yang akan bawak kami ke Sungai Mekong. Untuk dapatkan pakej melawat ni, boleh jugak dapatkan dari tourist office kat tepi2 jalan, atau kat hotel sendiri. Senang je. Untuk kami plak, my bff dah dapat no tour guide ni daripada kawan dia yang dah ke Vietnam sblm kami :).
 
Harga untuk tour ni sangat berpatutan. Tak silap aku dalam RM60 seorang je. one day trip sekali dengan halal lunch.
 
Ok kami bergerak ke Sungai Mekong dalam jam 8pagi. Perjalanan ke Mekong amik masa dalam 2 jam gitu. Bas yang kami naik ni, kecik je, tapi selesa la. aircond ok. Dalam perjalanan, bas berhenti di RnR la lebih kurang ditu untuk sesapa nak ke toilet. Kat situ jugak ada kedai jual jubah. Wow.. sangat best shopping jubah kat sini. Sangat murah ya. Aku beli sehelai untuk ayah aku. H plak tanak, sbb dia tak pakai jubah. :)
 
Sesampai di jeti nak menyusuri sungai Mekong, kami Nampak ada bot2 yang akan bawak kami tu. Tour guide memberi arahan untuk menaiki bot. So di sepanjang menyusuri sungai Mekong, tour guide pun bercerita la.. bla..bla,.bla.. :)
 
Kemudian bot berhenti di 1 pulau yang kat situ ada perusahaan candy kelapa. Kat situ jugak ada aksi2 pegang ular pada sesapa yang berani la. Aku tengok dari jauh la. So sesapa nak beli candy kelapa kat situ boleh la. Aku tak berkenan nak beli.
 
Kemudian kami menaiki bot lagi, dan berhenti plak di pulau yang lain. Maaf la aku lupa nama pulau2 ni huhu. So kat sini pulak kami dihidangkan dengan buah2 tempatan sambil melihat persembahan nyanyian tradisi. kemudian boleh la nak bg tips.
 
Ada jugak di satu pulau tu, kami dibawa ke tempat ternakan lebah madu. kat sini aku beli madu dan bee pollen. Sampai ari ni tak cuba2 lagi airnya hehe.. :)
 
Kat satu pulau tu jugak, kami menaiki kereta kuda padi. kat sini cam kesian skit, aku , h dan bff semangat orgnya kan.. mcm kesian nengokkan kuda tu nak bawak kami. huhu.
 
Then last sekali, kami di bawa menaiki sampan untuk ke tempat bot besar kami tadi. Memang pengalaman yang menarik la. Kat sini ada cerita sedih jugak, masa aku nak naik ke bot besar tu, aku pijak kat tempat duduk dlm sampan tu.. sekali... prakkkk.. alamakkk patah!!.. tapi sbb aku dah bg tips sblm tu, aku blah cenggitu je. guilty tak? adoii.. memori sg Mekong :)
 
Daripada jeti tadi, kami terus ke restoran halal dan disajikan dengan lauk pauk yang best. Kat situ jugak kami terus solat. Then menaiki bas kembali dan sampai di hotel dalam pukul 5ptg.
 
Masih tak sempat nak ke Ben Thant market. So mlm itu kami melawat pasar malam lagi :)
 
So layan gambar hari kedua :
 
Dalam bas, perjalanan ke Sg Mekong

Sawah padi

Selfie lagi  :)

Ni kat jeti nak naik bot

Kami :)

H melayan perasaan

with my bff

Action je tu. Tak bergerak pun benda alah tu

pekerja tengah bungkus candy kelapa




Atas kereta kuda padi

Dengan sedih tgk kuda padi ni bawak kami

Kami dihidangkan air kelapa kat atas bot


demontrasi nak buat minuman madu yg best :)


Makan buah


Jom bersampan kita.


 
End of day 2 kat Sg Mekong.

Melawat Ho Chi Minh, Vietnam 8-11 Januari 2016

Pembukaan tahun 2016, aku dan H bersama bff aku ke Vietnam. Actually tiket flight dah beli dalam September 2015. Masa tu harga ok. Kami amik flight MAS sbb nak luggage yang banyak :).
 
Terus la pada cerita ceriti Vietnam ni.
 
Day 1
 
Kami bertemu dengan bff kat KLIA pada pukul 12 tengahari. Flight kami pukul 2 lebih camtu. Lepas check in luggage, kami lunch dulu kat Oldtown White Coffee KLIA. Sambil makan sambil bergossip. Maklum aku dah lama tak jumpa my bff. Just sembang kat whatsapp je, mana layan kan? Face to face gossip baru best. H main game sambil2 dengar aku bergossip :). Sebelum kami naik kapal, aku aktifkan maybank card aku. Terlupa nak activekan. Mana tahu kalau tak cukup duit kat sana, boleh la cucuk kat mana2 ATM kat sana kan. Kad kredit plak mmg aku siap2 dah call semalam.
 
Kami selamat sampai di Tan Son Nhat International airport lebih kurang jam 3pm. Waktu kat sana lambat sejam daripada Malaysia. Bff nak beli sim card sana. So kami hanya menumpang. Actually kami nak beli jugak, tapi bila tgk hp kami, tak dapat nak bukak casingnya, sbb lupa bawak skru yang leh bukak casing ni. Sendu!!
 
Kemudian kami terus mencari teksi. So kami dapat teksi yang akan hantar kami ke hotel dengan bayaran RM40 sehala. Ada orang kata ada lagi yg murah, tapi pada kami yang nak kejar masa tu, kira ok la tu kan.
 
Dalam 30 minit kami sampai di hotel kami. An Tham hotel. Hotel ni betul2 di Malaysia Street dan dekat yang amat dengan Pasar Ben Thant. Hotel ni ala2 kat Jalan Tar la.. Turun hotel leh terus shopping. Happy :). So hotel ni, my bff yang book via Agoda.
 
Sesampai je, kami terus letak barang dan terus turun untuk melawat kawasan..gitu :). Kami terus ke kedai makan dulu. Jangan bimbang, area hotel aku stay ni, melambak resotoran makanan halal. Harga makanan pulak mahal skit, tapi portion besar. Aku selama kat sana, asyik makan mee daging yang mmg famous kat sana, also kopi ais. perghhh terangkat la kopi ais diorang, Memang rugi kalau tak cuba minum.
 
Kat sana, semua restoran dan hotel ada wifi connection yang bagus. Setiap kedai makan yg kami pergi kami register wifi sesiap :).
 
Hari pertama ni, kami tak sempat ke Ben Thant market lagi, sbb pasar tutup pukul 5-6 camtu. So kami just jalan2 tengok kawasan dulu.
 
Malam plak, selepas mandi all, kami terus ke pasar malam. Pasar malam ni ada setiap hari, di tepi jalan Ben Thant market. Kat sini kena kental skit, diorang banyak tarik2 nak kita beli barang. Kalau kita tak nak, blah je la :). Pastu dia bg calculator nk kita letak harga yang kita nak. Biasa try letak separuh harga yang diorang bagi. :)
 
Kat sini Vietnam ni, diorang terima duit USD, RM dan Dong Vietnam. So takde hal la. Aku rasa guna duit RM senang skit and mcm rasa murah skit berbanding Dong.
 
Balik dari pasar malam, aku terus balik bilik and zzz...
 
Nota :
1) Kedai makan halal banyak antaranya : Restoran Othman, Man sour, Amin, restoran 1 Malaysia, Restoran Hjh Basiroh dll.
2) Wifi sangat laju :)
3) RM di terima di sana
4) Ramai penjual kopi ais naik motor je kat sana, best :)
5) Penjual kacang akan hulur kacang, aku baca daripada blog2 org sblm ni, jangan amik kalau tak nak beli, sbb kalau dah amik sure kena beli, sejauh mana kebenarannya aku tak tahu, sbb aku tak amik pun :)
 
So layan gambar je la dulu :)
 
Welcome to Ho Chi Minh Vietnam

Bangunan kat Vietnam.. tak sure bangunan apa, just aku snap je :)

Kat lobi hotel An tham

Turun tangga An Tham je, dah Nampak kedai tudung :)

Bergambar ngan bff kat pasar malam, and ada bangunan mcm menara telekom kat sana :)

Banyak jual bunga2 segar.. gerammmmm

kopi ais dan kopi o ais.. torrrbaikkkk

menu hari pertama. aku makan nasi goreng pattaya.. ekeke

suasana di pasar malam. meriahhh

Tu penjual tengah tunjuk calculator. sila masukkan nilai yang dikehendaki :)
End of Day 1