Sunday, July 25, 2010

Mantra... **

Lupa lak nak masukkan entry pasal citer ni. Last 2 week kot pi tgk citer ni. Dengan lesbo partner yang sekarang ni dah berjinak-jinak nak tengok citer2 genre SERAM ni. Kira ok la. Dah leh layan citer-citer camni.



Citer ini mengisahkan Muzir(Zul) yang dianiaya oleh Hasbi(Hasnul Rahmat) sebab nak rampas isteri Muzir(Ana Dahlia, pelakon baru ni.. comel laa) daripadanya serta mahu melengkapkan ilmu yang dituntutnya. Akibat hal itu, Muzir ditangkap oleh orang kampung sewaktu sedang selongkar kubur pada waktu malam dan dipenjarakan.

Sewaktu di dalam penjara, Muzir ditempatkan di sebuah bilik khas di mana bilik itu merupakan tempat pesalah - pesalah yang mempunyai ilmu hitam sahaja. Dinding bilik itu di lukis kalimah - kalimah Al - Quran. Di dalam penjara itu, Muzir dihasut oleh seorang lelaki tua untuk menerima ilmu syaitan yang terdapat pada lelaki tua terbabit. Tang sini yang musykil skit ni, orang tua ni antu ke atau pun roh. Sebab dia datang melalui dinding.. camne tah.. nak citer pun tak reti, tapi masa org tua ni kuar dari dinding, satu panggung gelak la.. kelakar pun ada. Tak scary dan org tua tu cam ... ermm ntah la, pendek kata tak takut laaa..

Muzir ni pun terima la ajaran sesat tu, sebabnya dia frust bila wife dia mintak cerai dan nak kawin ngan Hasbi tu.At last Muzir jadi pewaris kepada ilmu sihir orang tua itu.  Pastu dah kuar dari penjara, dia pun amuk la.. gaduh2 ngan Hasbi.. bunuh orang sana sini.. mak mentua dia pun dia bunuh la.. And last sekali muzir n hasbi dua2 pun mati (guna ilmu hitam kan.. so kalah dengan Ustaz yang guna ayat2 Quran dalam melawan mereka berdua tu)

Ending cam lebih kurang citer Santau. Bila bomoh pun kalah, akan merujuk kepada Ustaz yang guna ayat2 suci dalam melawan serangan syaitan ni...

Tapi kalau Santau aku bagi 5 bintang, citer ni aku bagi 2 1/2 bintang je. Tak best la sangat. Tak seram la..

End :)

No comments:

Post a Comment