Monday, December 6, 2010

Picnic at Fraser's Hill...

Sunday : Mak pepagi dah bising.. Bila nak bangun, kata nak jenjalan.. hehe.. Pas brunch, kitorang kuar umah. Nak pi picnic katanyer.. Kat mana ek... Ermm jalan Bangsar jam, tengah buat jalan.. patut la jam.. ermm.. kemana kah 4 org ni nak pi kan.. Akhirnya kitorang sampai kat :


Jenjalan la sangat kan. Sampai ke Fraser's Hill. Tapi ok la.. dah tanak jenjalan pi Mall. Pegi la berpicnic lak. Judin as usual hangkut semua barang2 camping dia ni. So kitorang lepak satu port dan masak air, buat air, makan2 jap.. :)
Chef of the day... Buat air je pun... :)

Tengah usaha nak belah Delima..

Lepas makan je, terus la pusing2 Fraser's hill ni. best jugak atas ni.. nyaman je. Ala-ala cameron la jugak, tapi aku cam rasa sini lagi sejuk compared to cameron. Sebab nak naik kat sini ada time nye, so kitorang decide nak turun pukul 6ptg. Berhenti kat tengah2 landmark sini iaitu jam besar tu, kat situ sempat bergambar lak.. menyibuk ngan pelancong2 cina yang pada masa tu pun tgh bergambar.. ada kiah kesah?? hehehe...







Sepanjang perjalanan ke Fraser's Hill ni, banyak lak yang aku jumpa tempat2 orang buat movie hehe.. ermm baik punya cilok, kedai uncle wong (KKB), citer Setem, umah Q haidar + kakaknya(KKB), and umah I'm not single(Fraser's Hill). Sempat snap gambar umah I'm not single. :)



 On the way back, selepas maghrib kat KKB, kitorang stop jap, makan kat Batang Kali, kedai makan ni was found by Misi Gayah + Pak Shah dulu la, masa dia selalu berulang area situ pi anto n amik anak bongsu kesayangan mereka di Perak. Time tu dia sekolah kat sana. Kedai ni biasa2 je.. olskool je, tapi makanan best. Ramai orang makan kat sini. Service slow skit la.. tapi ok, kalau tak silap nama kedai ni ialah GERAI MAKANAN SU.. :) So sapa-sapa yang kebetulan lalu area situ,leh la try makan kat sini,  gerai ni betul2 depan masjid.



Punya la pelahap kitorang order. Macam-macam la ngan sotong / udang goreng tepung, ikan masak steam, tomyam la.. telur bistik la, sayur campur bagai... bila tiba time bayar. Terkejut la jugak.. RM 45 sahaja.. hehehe.. Ermm sangat murah. burppp.. Alhamdulillah.. 

Ni baru je separuh, tak sampai lagi yang bercelup tepung tu..huhu, agak2 nanges tak orang yang ada kat Russia tu tengok.. ekekeke.. Jangan mara ek.. nanti balik kita pi lagi..huhu

Kul 10 malam sampai umah.. terus pengsan semua.. huhu.. esok keje!!!!!

4 comments:

  1. wwuuuuaaaa!!! sedapnye seafood tu..5 thun dlu tu mkn kt kdai tu..huhu..bestnye picnic..kt sni duk kt luar kjap bleh beku..suhu
    negative 25...cam ne nk picnic??

    ReplyDelete
  2. Long time ago kan.. hehe. Apa? -25, lebih drpd slm fridge. Baik duk je dlm peti ais.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Beb, aku dh rs ko ni mcm duta jjcm jer! huhuhu...
    tp xpa, selagi bole kan?

    Syok la dpt spend ms ngan family. u hv a good+quality time wit them :)

    Ko ada perasaan tak yg kini ni pon mcm dak cuti sek gak kan?

    ReplyDelete
  4. huhuhuu... cuti2 makan2... gemmmookkk

    ReplyDelete