Tuesday, November 10, 2015

Bercuti di Sabah Part 1 ( Kundasang )

Uii lama tak update diari maya ni. Hari ni tengah berkobar2 nak share pengalaman jalan-jalan Sabah. Sebelum pergi banyak jugak duk baca2 blog orang dan blog2 tu sangat membantu. Jadi aku pun nak share itenari sepanjang 4 hari 3 malam kat sana. Kot boleh bagi panduan kat orang lain yg berminat nak ke sana nanti.


Aku sepatutnya ke Pekanbaru pada tarikh pi Sabah ni. Tapi disebabkan pembakaran dan jerebu masih teruk kat sana, so aku terpaksa BURN kan tiket itu dan beli tiket lain ke Sabah. Memang aku tak pernah sampai Sabah dan teringin jugak nak melawat sana.

Sebelum ke Sabah, aku dah siap book hotel daripada Booking.com . Aku tengok review daripada Trip Advisor jugak tentang kondisi hotel2 ini.

Penginapan :

Aku kat Sabah selama 4 hari 3 malam. 1 malam di Kundasang dan 2 malam di Kota Kinabalu. Untuk hotel di Kundasang, aku teringin nak stay kat Kinabalu Pine Resort, tapi memandangkan sudah fully booked, so aku book kat Mile36 Lodge. Ikut review Trip Advisor, chalet ni dapat view cantik, iaitu view Gunung Kinabalu. Di KK pulak aku stay kat Tang Dynasty Park Hotel. Jarak daripada Bandar dalam 10 minit drive. Dekat je la. Aku tak amik hotel dekat dengan pasar sbb kat situ dengarnya susah nak parking kereta.

Sewa Kereta :

Aku pilih untuk sewa kereta sepanjang berada di Sabah, memandangkan aku nak ke Kundasang jugak. Aku dapat nombor sewa kereta ni daripada Blog orang jugak. Kepada sesiapa yang berminat untuk sewa kereta, boleh la call atau wassap En Faizul : 019-481 7846. Boleh nego harga sewaan daripada beliau. Aku pilih Myvi untuk kegunaan kami kat sana.

Itenary di Kundasang : (07-08 Nov 2015)

Flight daripada KL ke Kota Kinabalu mengambil masa  lebih kurang 2 jam 30 minit. Kami ambil penerbangan AirAsia dan bertolak daripada KLIA2.

Depart daripada KL 10.20am dan tiba di KK terminal 2 pada jam 1.00 tengahari. Collect luggage dan tunggu kereta sewa di airport. Jam 1.15 tengahari, kami ambil kereta Myvi dan terus membuat pembayaran penuh pada owner kereta. Bagi jugak salinan IC dan Salinan Lesen.

Kami terus gerak ke Kundasang ikut jalan Tamparuli. Sebelum itu singgah drive thru KFC in case lapar :). Kami nak kejar masa sbb tak nak gelap masa naik ke Kundasang.

Destinasi pertama kami lalui ialah Rumah Terbalik Tamparuli.

1) Rumah Terbalik Tamparuli





Kami hanya berhenti bergambar di Luar sahaja. Ramai yang bagi advice tak payah masuk dalam ni. So aku tak dapat cerita berkenaan dalaman rumah ini. Aku pernah masuk kat Melaka and macam dapat imajin la kenapa org cakap tak payah masuk kat Rumah Terbalik Tamparuli ni. Pada yang nak tengok keadaan dalam ni di alu-alukan :). Btw kami tumpang solat di sini. Surau disediakan.

Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Masa di ambil untuk sampai di Kundasang dalam 2 jam. Jalan besar dan tidak mendaki seperti Cameron Highland. Kat sini ramai yang pakai 4wd. Sungguh cantik pemandangannya. Tapi ada jugak tempat2 yang dah mula berkabus.

Kami tiba di tempat penginapan pada pukul 4.30pm. Bilik menghadap Gunung Kinabalu. Tapi masa kami sampai tak Nampak puncak sangat sbb ada awan. Tapi waktu pagi, view sangat awesome!!!. Seriously cantik ciptaan Allah ini.

Untuk hari pertama ini, kami tak ke mana2, just stay kat bilik. Malam pun tak makan kat luar, kami makan je kat café tempat penginapan. Malas nak drive. Sejuk bangatttt.

View gunung daripada balkoni bilik kami.. cantik :)


Hari ke 2 ( 08 November 2015)

Subuh awal, dalam 4 lebih. So pukul 5 pagi aku dah melepak ngan H sambil tengok view gunung. Sungguh jelas pemandangannya. Cantik. Pukul 7 pagi aku dan H bersarapan ringkas kat café dan kena gerak cepat cover tempat2 menarik di Kundasang.

Destinasi pertama pada hari kedua ini ialah :

1) Kg Luanti , Sungai Tagal (SPA IKAN)

Jarak daripada resort kami ke sini mengambil masa dalam 45 minit. So kami ke situ dulu. Ambil tempat yang jauh dulu.

Sampai kat situ, kami bayar fee masuk sebanyak RM5 seorang dan Kamera RM3, Total kami bayar di sini RM13

Kat sini ikan besar2, orang kata nak spa kaki tu, aku tak sanggup.. haha.. geli wei.. ikan besar betis kot. Aku biasa pi spa ikan, ikan besar jari je. huhu. Tapi enjoy la tengok ikan2 ni. H beli makanan ikan untuk bagi pada ikan, setiap org dapat beli 2 paket kecik je, maklumla lepas ni ramai lagi pengunjung kan. Kalau tak jaga, mau mati kekenyangan ikan ni nanti :).

Masa berada kat sini di limit kan untuk 15minit. Kami tak stay lama pun, habis makanan ikan tu, kami blah.







2) Poring Hot Spring & Canopy Walk

Destinasi seterusnya kami pergi ialah Poring Hot Spring. Kat sini bayaran masuk RM3 seorang. So 2 orang RM6.

Sempat la berendam kaki dalam air panas. Suam2 kuku rasanya. Kat sini ada bilik mandi private. Tak mahal pun, tapi aku dan H tak sempat nak stay lama sini. Kami nak kena balik KK. So tak sempat la berendam mandi dalam air panas ni.

Canopy walk ni pun sama tempat dengan Poring Hot Spring. Tapi ada fee lain yang dikenakan. Harga untuk seorang ialah RM4 dan Kamera RM5. So total kami bayar ialah : RM13

Mendaki untuk canopy walk ni sangat memenatkan memandangkan aku dan H kurus sangattttt kan.. hehe.. aku dah rasa nak patah balik, tapi H kata jalan je. Lambat pun takpe. So kami jalan sambil berehat gitu. Then bila sampai atas, dah check tiket, then kami sempat amik gambar dulu. Pakcik jaga tiket ni bagus. Dia yang beria nak tolong amik gambar. :).

Sila la ber canopy walk. Pengalaman yang sangat best.

Seterusnya kami ke Kinabalu Park. Nak pegi ke kaki gunung tempat org2 yang nak mendaki pergi tu kan :).



Berehat amik napas skit. hehe








3. Pekan Kundasang

Sebelum sampai ke Restoran, kami singgah beli buah di Pekan Kundasang. Banyak buah pelik2 yang kami tak pernah dengar and makan. Antaranya buah cheese.. aku lupa kat depan dia. tapi ada perkataan cheese. Rasanya lemak2 :). Tekstur mcm labu kuning tu.

Presentation buah2 and sayur2 kat sini mmg terbaik.. Cantik gila.. warna warni. Then kami teruskan perlananan ke Kinabalu Park.








Sebelum masuk Kinabalu Park, aku dan H lunch di Restoran Panataran berdepan dengan Kinabalu park. Aku order sweet & sour Chicken dan H order Black pepper beef. Kami order Tomyam udang jugak. Rasa mmg superb. Ada bunga kantan :)

Nyum2.. :), Kat luar tu leh Nampak Kinabalu Park. Pasni kita pi :)
 

3) Kinabalu Park

Lepas makan kami ke Kinabalu Park. Menyusuri dengan kereta je. Naik bukit lagi ala2 kita ke Fraser Hill. Sampai la ke tempat org nak mendaki gunung. Sempat la bergambar dan fefeeling kami nak mendaki Gunung. :)






4) Cattle Dairy Farm.

Seterusnya kami ke Desa Dairy Farm. Sebenarnya nak ke Daisy Dairy Farm ni melalui Jalan ke Pekan Kundasang, mean melalui balik jalan  nak ke Poring tadi, sepatutnya, kami ke Desa Dairy Farm dulu tadi, tapi sebab nak lunch kat Panaratan, so kami tak pergi dulu desa ni. jadi nya, daripada Kinabalu Park, kami ke Dairy Farm plak.

Dalam pukul 3pm, kami sampai ke Dairy Farm. Memang tempatnya cantik ala2 New Zealand tu.
Kami sempat bergambar dan makan gelato yang katanya famous kat sini. Rasanya ok la. H order lagi waffle dan beli susu choc dan fresh milk.

Daripada Dairy Farm, kami terus menuju ke Kota Kinabalu. Kami tiba di Tang Dysnasty Hotel pada jam 8mlm. Sebab tak larat nak kuar makan, kami order je room service. Makan la apa yang ada :)










Aktiviti di Pulau sambung ke entry seterusnya :)

Sebelum tu aku nak letak je pic2 sepanjang kat sana :)












Note : Harga-harga tiket masuk ke park2 tu aku letak ;ebih kurang je. Ingat2 lupa.. tapi semuanya tak mahal la :)

No comments:

Post a Comment