Wednesday, November 11, 2015

Bercuti di Sabah Part 2 (Pulau Manukan & Pulau Sapi)

9hb 11, aku dan H bercadang nak ke Pulau Manukan. Sepatutnya pepagi nak ke situ, tapi disebabkan kami terlupa nak bawak sun block bagai.. so pusing2 la Bandar KK dulu nak cari benda alah tu.
 
Untuk ke pulau, perlu ke Jesselton Point. Kat situ kita beli tiket dan seterusnya depart ke Pulau2 yang kita nak pi. Ada banyak pakej jugak. Samada nak ke satu pulau je ke, 2 pulau ke, island hoping ke atau nak ke pulau dan buat aktiviti air seperti parasailing and banana boat. Macam-macam ada, Tapi aku tak feeling nak buat aktiviti. Aku bercadang nak rehat je. So hanya H yang sewa kelengkapan snorkelling dan life jacket.
 
Pukul 11 mcm tu kami bertolak ke Pulau Manukan. Kami naik sekali dengan budak2 yang nak pi pulau manukan dan pulau sapi. So pakcik bawak bot tu hantar kami ke Pulau Manukan dulu. Dan janji nak amik dlm pukul 2.30 untuk ke Pulau Sapi. So aku dan H dipelawa sekali untuk ke Pulau Sapi tanpa bayaran, sbb pakcik tu kata, kalau aku dan H ikut sekali ke Pulau Sapi, so dia tak payah dating Manukan semua untuk jemput kami. Aku dan H hokey saja :).
 








 
 
Bermula la aktiviti pantai H. Altho Nampak dia tak happy sangat sbb aku tak join sekali. Aku ingatkan takde yg nak jaga barang sepanjang kami nak main2 air, rupanya ada penjaga barang yang ditugaskan. Ishk.. takpe la.. aku tak bawak cukup barang nak basahkan baju. So aku lepak la kat tepi pantai sambil tengok H bermain2 air :). Takpe la dear, nnti kita pi pulau lain kita snorkel sesame la ya.. :)
 
So dalam 2.30 kami ke Pulau Sapi, tapi malangnya hujan, so tak dapat la bermain air kat situ. So kami buat keputusan untuk balik je sebelum ribut melanda... :)
 
Then kami terus balik hotel. Btw lupa nak mention, kami park je kereta kat mall sebelah jesselton point. Suria Mall kalau tak silap namanya.
 

No comments:

Post a Comment