Sunday, November 15, 2015

Bercuti di Sabah Part 3

Berehat sebentar di Hotel sebelum kami keluar nak dinner. Aku dan H bercadang nak ke restoran nelayan. Altho funny thing happened iaitu aku dan H waze jalan ke sana.. tapi sesat huh.. akhirnya kami Berjaya juga mendapatkan lokasi sebenar.

1) Restoran Terapung ( Restoran Nelayan)

Sampai dalam pukul 7pm, aku dan H mula order. Kami tak ambik ikan. Just amik sotong, udang , sah pak (mcm kupang) , ayam, sup sayur dan telur dadar.

Ini la pertama kali aku tengok telur dadar paling besar..huaaa.. aku ckp ngan H, mesti dia guna telur sepapan nak jadi telur dadar sebesar ini..huhu.. Orang kat sebelah pandang je lauk2 kami pilih. Macam nak makan 5 orang hehe.. seriously kami tak tahu portion dia besar2. Takpe la hadap je la kan.. End up makanan kami tak abis, dan kami tapau hehe.. Membazir kot nak tinggal makanan camtu kan.





Siap tapau tu..
2) Pasar Malam Kampung Air

Selesai makan, aku dan H terus mencari Pasar Malam Kampung Air. Kat sini aku baca2 barang yang dijual lebih murah berbanding Pasar Kraftangan. So aku terus borong kerongsang mutiara yang dikirim oleh kawan dan aku beli beberapa untuk aku juga. Kat sini mcm tak ramai org.

Rambang mata nak memilih brooch :)

Di Pasar Malam Kampung Air
3) Pasar Malam Sinsuran & Pasar Ikan Masin

Selepas itu kami beredar menuju ke area Pasar Besar KK, Pasar Kraftangan(Pasar Filipina) dan Pasar Ikan Masin. Semua pasar2 ini berdekatan dan sebelah menyebelah. Sesiapa nak jalan kaki je pergi ke pasar2 ni, boleh stay kat Le Meridian. Kat area sini lagi meriah. Disini juga ada Pasar malam, disini di panggil Pasar Malam Sinsuran. Sini lagi ramai manusia. Maybe sbb banyak tempat makan. Kalau kami tahu semeriah ini, memang kami makan area sini hehe.. So H kata, lain kali kita dating lagi area sini..hehe.

Aku terus ke Pasar ikan masin dan membeli udang kering dan ikan bilis, Sini udang kering dan ikan bilis sangat cantik dan baru. Harga pun berpatutan. Aku terus borong kat sini. Plus aku juga beli kuih cincin dan kerepek amplang kat sini juga. So senang nanti balik hotel dan boleh pack. Maklum esoknya aku dah nak balik KL.

Hari Terakhir ( Selasa )

1) Pasar Besar Kota Kinabalu & Pasar Kraftangan (Pasar Filipina)

Pepagi Selasa aku dan H check out hotel dan kami jenjalan kat area pasar besar plak. Saja nak tengok seafood fresh2, altho aku tak berniat nak beli pun. Tapi nak mencuci mata :). Sangat terpegun la ngan keadaan kat pasar tu, semua fresh2 dan murah jugak. Ermm bestnya jadi org Sabah ni kan. Makanan pun segar2. Sempat la aku snap pic seafood2 segar ni. Gerammm tengok. Btw boleh je beli, diorang akan tolong pack kan, tapi aku takut terlebih muatan. Tapi bila pi airport, semua org carry je kotak2 seafood tu wat naik kapatebangggg.. takpe2, lain kali nak pegi dah tau kan.. :)

OOO.. aku pi jugak Pasar Kraftangan (Pasar Filipina) sebab smlm tak sempat nak masuk. Ok la.. cuma padat and harga mcm a bit mahal compare to Pasar Malam Kampung Air.





Semuanya masih idup ni..





Kat depan Pasar Kraftangan ( Pasar Filipina)

So kami selamat tiba di KLIA2 pada pukul 2.40pm. 20 minit awal daripada jadual. :) Alhamdulillah.

Sehingga percutian lain nanti :)..


No comments:

Post a Comment