Tuesday, May 3, 2016

Jom Bercuti ke Jepun (Day 4)- Tokyo DisneySea

11.03.2016 (Jumaat)

Bangun pagi hari ini di Hotel Oasis di Ikebukuro :). Ohayo gozaimasuuuuu...
 
Hari ni banyak lagi nak jelajah ni. So pepagi kami bangun, makan sesiap di hotel dan membawa bekalan skit untuk makan nnti. Hari ini kami akan ke Tokyo DisneySea. Kami takde masa nak ke 2 taman tema ni, so kami memilih untuk masuk ke Disneysea kerana melalui pembacaan daripada blog2 orang, DisneySea ini lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding nak ke Disneyland.
 
Tiket dah beli secara online, so hari nak ke sana, terus je bawak e-ticket untuk di scan dipintu masuk nanti. Mudah je.
 
Daripada Ikebukuro, kami menaiki train JR ke Maihama Station. Ini adalah stesyen terhampir dengan Disney. Daripada Maihama nak ke resort theme ni, kita kena naik resort line train plak. Train diorang di cantik la.. Disney katanya :). So tambang train ni ialah 239yen sehala untuk dewasa.




Sampai je DisneySea, kena beratur nak check beg yang kita bawak, tak boleh bawak makanan. Tapi aku dah sorok bawah2 skit, so masa check tu, lepas je. And masa aku lalu tu, tak la beria sangat dia nk check. Kalau dia check betul2, sure Nampak bekalan makanan aku tu.

Lepas pemeriksaan beg tu, beratur untuk masuk taman plak, so masa ni kuarkan e-ticket yang kita dah print tu. Sampai di gate, scan dan terus masuk. Tadaaaaa...





Ermm.. hari tak best sangat sbb today is rainy. Walaupun tak lebat2, tapi still hujan kan :). Jangan sedih2, kita beli raincoat mickey dulu.. hehe.. kat sini takde hal la nak jadi budak kecik balik pun, org2 dewasa nak gaya ala2 mickey mouse ke.. Minnie mouse ke.. :) Festaim aku beli raincoat harga 50 hinggit selai. Takpe2, dah benda wajib kena beli kan. Kita beli je la.

Tempat solat kat Disney Sea so far takde lagi, so kena pandai2 cari port la ya. Aku dan H berjumpa port yang best hehe.. Ianya adalah dibawah Jambatan di Venice. hehe.. so kat org river cruise tu, kami tumpang solat kat bawah jambatan tu. Tempatnya sangat bersih. Aku bawak sejadah sepanjang aku outing ni, so hampar je sejadah, amik wudhuk kat toilet, then dah boleh solat :). Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

H Solat, boleh berdiri kat dlm ni.

Ni dari pandangan luar :)

Kalau di Universal Studio, kita kena bayar harga tiket yg mahal skit berbanding dengan tiket biasa, kalau kita nak VIP/Fast lane untuk ride kan? Tapi kalau kat DisneySea ni, kita boleh amik fast pass dengan percuma, tapi ada syaratnya la. Kalau kita dan print fast pass kat satu ride ni, so kita kena tunggu sejam lepas tu plak untuk amik fast pass baru. Dan kena pandai arrange masa la ya. Fast pass di ride2 ni ada kuotanya, sekiranya dah habis, so tak dapat la kita nak amik fast pass, so kena la beratur seperti biasa.

Ni la rupanya Fast Pass tu.



Marry go round.. haha

Sebelum ke Disneysea ni, aku dah tengok la blog2 orang, bercerita pasal ride yang best kat sini. So aku dah buat shortlist skit.

Sesampai kami di taman tema, kami terus ke ride tower of terror, masa tu jam 9.00 pagi, kami terus ke mesin fast pass dan print fast pass pertama kami, tudiaaaa... pukul 5.30 ptg baru leh ride. So kami jenjalan ke tempat lain untuk ride. Nak amik next fast pass ialah sejam akan datang. So kami jenjalan pusing taman dan naik ride2 yang tak ramai sangat beratur tu.

Bercerita pasal tower of terror ni..huaaa... aku insaf!!!.. gila takut wei.. haha.. gayatttt

Tu la ketinggian tower of terror tu.. and ride dia, imajin cam solero shot tapi in the building. haaa... insaf sudaaa
Sepanjang kami kat sini, kami Berjaya dapatkan 3 fast pass :). So beratur maximum pun dlm 10minit je. So mmg berbaloi untuk menggunakan fast pass ni :)

So layan gambar2 kat DisneySea ni. Dalam pukul 7pm kami dah keluar, penat sudaaa..


 
 








So kami terus balik hotel untuk rehat. Esok ada lagi banyak tempat nak jelajah. :)

2 comments:

  1. Assalam, in shaa Allah saya akan ke tokyo pada feb nanti. Jadi saya bercadang utk ke Tokyo Disneysea dan dah survey harga tiket 1 day pass, adakah tiket 1 day pass tu adalah "pass" utk semua game? Atau hanya entrance pass sahaja? Adakah perlu bayaran lain utk ride dan game2 yg ada?

    ReplyDelete
  2. Salam, Wahh bestnya..selamat bercuti ya. Btw, pass tersebut untuk masuk dan game. Di dalam sana, sila rancang game mana nak dituju. Antara yang best ialah tower of terrors. Toy story pun kata orang bestm tapi saya tak sempat nak masuk hari tu. Tapi tower of terrors tu best :). Boleh juga study skit tentang penggunaan express pass.

    ReplyDelete