Friday, October 28, 2016

Hari Terakhir di Perth - Hari Kelima

24.05.2016 : Itenari hari ini ialah :

1) Kings Park - Picnic breakfast
2) Corica Pastries - Beli apple strudel
3) Bell Tower
4) Hantar kereta
5) Bertolak ke KL
 
Pepagi kami dah check out dari apartment. Terus kami ke King's Park untuk breakfast dan berjalan-jalan melihat pemandangan Perth dari atas bukit. Sini view mmg cantik.
 
Kami terus cari port untuk picnic. Bukak bekalan dan makan. Hari ni lauk meriah sbb aku nak habiskan semua bekalan makanan kami.












Selepas breakfast, kami terus ke Corica pastries untuk membeli apple strudel yang famous. Katanya sedap. Selepas membeli kami melepak sebentar di Bell Tower untuk mencuba apple strudel. Terbukti sangat awesome rasanya. Menyesal plak beli satu je. Harga 1 kotak ialah $22.
 
Sebelum menghantar kereta ke Bayswater, kami ke stesen minyak dulu untuk mengisi penuh minyak dan membersihakn kereta. Bimbang sekiranya deposit dipotong. Alhamdulillah kereta selamat dipulangkan dan deposit dikembalikan sebanyak $100. Kami dihantar ke airport dengan menaiki shuttle daripada Bayswater. Harga sama mcm yang kami dating hari tu $5 per person.
 
Sampai di airport, setelah check in luggage, kami terus bersedia untuk boarding. Alhamdulillah kami selamat sampai di KL pada jam 8.50pm.
 
Kami menaiki bas dari KLIA ke TBS dan terus mengambil kereta. Parking di TBS ialah sebanyak RM4 untuk sehari. So kami dikenakan bayaran RM20 untuk 5 hari disini.
 
Semoga berjumpa di percutian akan datang. InsyaAllah... :)
 
Layan gambar di bawah :
 
Malaysia Hall ni belakang Corica Pastries je

Kat Belakang tu kedai apple strudels tu


Besar gile.. tapi boleh habis.. sangat sedappp

Bell Tower



 
Tata for now :)

No comments:

Post a Comment