Wednesday, October 26, 2016

Jom ke Perth : Part 1 (Persiapan sebelum & semasa - Perth)

Kali ni nak bercerita pasal percutian 5 hari 4 malam kami ke Perth. Actually hari tu dalam bosan, bukak airlines website. Sekali Nampak Malindo tengah buat sale. So call mak dan ayah Tanya diorang nak join ke tak? And diorang nak ikut. So aku terus book 4 tiket dewasa melalui Malindo Airlines.
 
So entry kali ni berkenaan persiapan aku sebelum dan semasa berada di Perth. Dari tempoh beli tiket sehingga berlepas ke Perth, aku ada masa 2 bulan. So dalam pada tu aku ada buat la research skit dengan baca blog2 traveller yang ada.

Persediaan Sebelum Berangkat ke Perth
 
1) Tiket Penerbangan
Malindo Airline : RM3400 untuk 4 Dewasa
 
2) Visa (ETA)
Aku buat visa dengan email kepada eta.australia@yahoo.com. Boleh terus email pada email ini untuk membuat visa. Diorang akan reply nanti untuk dapatkan maklumat daripada kita antaranya salinan passport dan salinan tiket penerbangan. Harga untuk satu visa ialah RM20 sahaja.
 
3) Insurans perjalanan
Setiap kali travel ke luar Negara, insurans perjalanan ini wajib dibeli. Maklum kita tak tahu apa yang akan terjadi while kita di tempat orang kan. So oleh itu, kita cuba la sediakan payung sebelum hujan kan. Kali ini aku buat insurans dengan AXA insurance. Aku pilih AXA smart traveller (VIP) untuk 4 dewasa. Harga insurance selama 5 hari (Australia) ialah RM106 untuk 4 dewasa. So boleh je online untuk buat urusan ini. Banyak lagi company insurance yang menyediakan insurans perjalanan ini. So boleh buat pilihan yang sesuai.
 
4) Penginapan
Kali ini aku memilih untuk menggunakan AirBnb untuk mencari tempat yang sesuai untuk kami stay sepanjang di Perth. So aku buat carian dan akhirnya berjumpa dengan 1 apartment yang boleh diduduki oleh 4 orang di kawasan North Bridge. Setelah book, aku terus membuat pembayaran penuh melalui kad kredit. Apartment yang aku pilih ini sangat berpatutan dari segi harga dan mendapat review yang baik daripada pelanggan2 sebelum ini. Dibawah ni gambar apartment kami. :)




 
 
5) Pengangkutan
Selama 5 hari di Perth, kami memilih untuk menyewa kereta. Seperti biasa, aku akan buat research untuk mendapatkan tawaran paling murah dan sesuai dengan bajet aku. So setelah membuat semakan , aku memilih untuk menggunakan Bayswater Car Rental. Pada aku, dia memberikan harga yang paling berpatutan.
 
Cuma dari airport ke office Bayswater ini, perlu mengambil shuttle yang disediakan( $5 perperson) atau boleh naik teksi sendiri ke office diorang. Untuk syarikat seperti Hertz,Avis dan bebrapa lagi syarikat sewa kereta, boleh mengambil kereta mereka di Airport sebab mmg diorang ada booth di airport. Sebab nak murah, aku amik Bayswater ini, bila bayar harga shuttle pun, sewaan still murah. So aku memang amik kat sini je la. Perkhidmatan shuttle plak, on time je. Macam kes kami hari tu, driver dah menunggu di luar terminal airport, so kami terus di bawa ke office mereka dengan menaiki estima.
 
Booking aku dah buat awal dari Malaysia. Bayaran pula hanya di buat pada tarikh mengambil kereta. Deposit yang dikenakan hanyalah $100 sebab aku pilih Top Cover (Insurance). Kalau tak ambil Top Cover ini, deposit dikenakan sebanyak $400.
 
Lesen memandu boleh digunakan lesen Malaysia. Lesen baru yang ada dwibahasa tu. So tak perlu ke JPJ untuk translate Lesen.
 
Harga keseluruhan sewaan kereta ialah :
Sewa kereta (20-24 Oktober ) termasuk Insurance dan GPS = $288
Deposit                                                                                    = $100
 
GPS aku ambil sebab dalam perjalanan ke Lancelin dan Cervantes Pinnacles, ada kawasan yang tiada signal, so waze tak boleh digunakan.

Toyota Corolla Hatch
 
6) Tukar wang AUD
Yang ni memang wajib la kan. Untuk percutian kali ini, kami menukar duit AUD untuk tujuan groceries, petrol dan tiket2 untuk melawat ke tempat2 menarik. So pandai2 bajet la. Kami bawa $1200 untuk digunakan sepanjang disana.
 
7) Kad Kredit & ATM
Perkara yang biasa perlu dilakukan ialah sila aktifkan penggunaan oversea untuk kad kredit dan kad ATM. Senang untuk digunakan disana.
 
8) Itenari
Actually itenari antara yang terpenting, bukan item ke 8 :). Tapi susunan aku tulis ni mana aku ingat. hehe. So perlunya itenari ni untuk kita rancang perjalanan dan bajet. Bajet ini bila kita nak masuk ke tempat2 yang perlu bayar tiket nya la :)

Perlu dapatkan info jugak berkenaan waktu operasi setiap kedai/tempat yang kita nak pergi. Kebanyakan kedai di Perth tutup jam 5pm. tetapi ada jugak yang dipanjangkan sampai ke 9.30mlm. Oleh itu, sila buat semakan di website2 berkenaan untuk tahu waktu operasi ini. Oleh itu itenari yang kita buat nanti mengikut keadaan yang bersesuaian dan kita tidak membuang masa. Contohnya, pasar Fremantle hanya bukak 3 hari daripada Jumaat sampai Ahad. Tutup plak kalau Jumaat lewat skit, sampai 8mlm. Sabtu dan ahad, tutup pukul 5pm. So sila make sure tempat yang kita nak lawati tu bukak time kita nak pi :)

9) Sabun Samak
Disebabkan aku nak memasak sepanjang berada di Perth, maka aku cari sabun samak iaitu sabun Taharah. Boleh je carik kat kedai2 jamu. Ada je jual. Aku beli dengan harga RM5.50 je :)
 
10) Bakalan Makanan dari Malaysia
Untuk makanan yang perlu di bawa ke Australia, make sure kita baca dulu peraturannya. Makanan melibatkan dairy/meat tak boleh dibawa masuk. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh semak apa yang boleh dan tak boleh di bawa masuk. Aku banyak mendapatkan info daripada blog2 traveller. Antara yang aku bawa adalah seperti di bawah : List ini juga aku print dan bawa kesana. Sangat mudah bila kita susun macam ni. Kastam sana pun boleh buat kerja dengan senang dan kita pun tak yah sibuk nak cakap banyak.
 
Dalam flight jangan lupa isi borang nak masuk aussie ni dengan declare yang kita ada bawa makanan. Kalau bawak ubat pun, declare jugak.

LIST OF FOOD
No Item Brand Volume Quantity
1 Instant Noodle Curry (Tomyam & Chicken) Maggi 395g(5x79g) 3
2 Mackerel in tomato sauce Ayam Brand 155g 1
3 Tuna Hot Mayonnaise Ayam Brand 185g 1
4 Anchovies Sambal Yeos 160g 1
5 Fried Rice Paste Adabi 30g 2
6 Wraps Garlic Mission 360g 1
7 Spicy Tomato Sauce Brahim's 180g 1
8 Fish Curry Sauce Brahim's 180g 1
9 Creamy Coconut Sauce Brahim's 180g 1
10 Sambal Tumis Sauce Brahim's 180g 2
11 Honey chicken Sauce Brahim's 180g 1
12 Instant Vegetarian curry sauce Mak Nyonya 200g 1
13 Multipurpose Seasoning Ajinomoto 72g 1
14 Chicken Flavoured Stock Cube Maggi 6x10g 1
15 Cooking Oil (Canola Sunflower) Naturel 250g 2
16 Thai Fragrance Rice Birds of Paradise 1kg 2
17 Hot Soy Sauce Enaq 250g 1
18 Cooking Salt   30gm 1
19 Nutrituos chocolate malt drink Milo   15 sticks

Untuk bawang, sayur , ayam, seafood, aku beli di Aussie. Banyak kedai yang boleh pi antaranya Woolsworth, IGA dan Coles. Aku beli ayam di COLES, brand lilydale. Yang ni halal.
 
So kena banyak baca dan semak di website makanan halal untuk mendapatkan info makanan halal, halal butcher dan sebagainya.

Persediaan ketika berada di Perth

1) Sim Card
Sesampainya di airport Perth, banyak booth untuk membeli simcard. Ada vodafon, Optus dan lain-lain service provider. Aku pilih Optus. Boleh Nampak booth sebaik keluar daripada arrival gate. Boleh Tanya pekerja di situ, diorang akan Tanya berapa hari akan berada di Perth, so mcm aku nak stay 5 hari, so kami amik $2 per day, 250mb. So kami amik selama 5 hari. 2 simcard beserta reload ialah $20 untuk 2 simcard.

2) Groceries di Perth
Untuk rencah2 dan paste telah di beli di Malaysia. So yang perlu dibeli di Perth ni, bahan mentah sahaja. So kami ke Belmont Shopping Forum untuk membeli barang dapur seperti ayam, seafood, sayur dan buah. Aku shopping di Coles. Coles ni ala2 Tesco la. Buat carian dulu untuk barangan halal. Aku dah semak, dimaklumkan, ada ayam halal keluaran Lilydale. So carik brand tu.
 

1 comment:

  1. Casino de Monte-Carlo - DrmCD
    The Casino 군산 출장안마 de Monte-Carlo 서산 출장마사지 is a Hotel & Casino 다파벳 located in Monte Carlo, Italy. The Casino is 광주 출장마사지 open daily 24 hours. See map. 남원 출장안마 Casino de Monte-Carlo.

    ReplyDelete