Tuesday, May 4, 2010

Lunch with Family...



Mak dan ayah dah balik Dungun semalam. Tengahari sebelum balik, Fakhrul nak belanja makan.. then dia amik aku and izudin sekali. Nasib baik tempat keje dekat-dekat, kata Fakhrul, Tiga Penjuru.. dia di RTM, Aku di Menara Telekom dan Izudin di TM Annexe. Ermm.. senang la.



Dia terus bawak pi Mid Valley. Makan kat food court atas tu je kat western. Kat situ aku biasa makan pasta je. tak pernah lagi amik chicken chop ke.. so adik recommend makan ayam. ermm.. dan hasilnya seperti dibawah. sangat berbaloi sebab sedap dan harga berpatutan.. aku amik grilled chicken ngan bpaper source dan yang lain-lain amik roasted chicken ngan blackpaper source.



Mak & Ayah

Izuddin & Fakhrul



Grilled Chicken w B/paper source


Roasted Chicken w B/paper Source



Selesai je makan, terus balik ofis.. mak n ayah plak terus gerak balik Dungun.. :)

RM 1... dan Doa

Semalam, baru perasan kad pengenalan takde dalam purse.. kemana kah?? kepala dah kusut dan ligat pikir kat mana last sekali keluarkan IC tu.. Penat pikir dan geledah kat ofis dan umah still tak jumpa. Geram sangat tak jumpa, terus ajak adik kuar pi makan... tak agak2 dalam usaha nak diet tu, sanggup pi Pantai Dalam makan Nasi Kukus D'naim. Kalau tension makan, kalau happy pun makan gak.. Tu sebab susah nak kuwusss.. :)


Tengah makan-makan tu, duk pk jugak mana agak2 IC tu, rasa memang misplace, nak kata jatuh dari purse macam tak je sebab compartment ic tu mcm ketat. Bukan apa, bila dah ilang IC ni remeh tul prosesnya, nak kena lapor polis lagi, pastu amik cuti lak sbb nak gi buat baru... tu yang malas tu. Ermmm.... then tengah makan2 tu datang la seorang pengemis ni.. cina. Dengan bekas duitnya..... jalan dari satu meja ke satu meja. Kat mana-mana je ada diorang ni. Then sampai la kemeja kami. Lama dia berdiri. Mula-mula buat bodoh je sebab tengok bekas duit dia dah penuh duit. Tapi sebab lama sangat dia duk depan meja tu sambil kocak2 bekas duit tu, aku keluarkan RM1 dari purse sambil kata pada adik... mana tahu aku bagi RM1 ni kat mamat ni, esok-esok jumpala IC aku tu... then cina tu berlalu. Dan aku sambung makan balik.

Subuh tadi, lepas solat doa lagi hope hari ni berlalu dengan lancar dan permudahkan perjalanan harianku dan ketemukan aku dengan barang yang hilang. Allah tu maha kaya kan, pukul 11.30 pagi tadi, tetiba kawan merangkap jiran aku jugak call.

- Ko ada tinggal IC kat Zarif ke?
- Laaaa.... Ye ke? Tq la.. aku memang tengah carik tu....

Apa lagi bergegas la turun ke klinik Zarif. Baru teringat 2 minggu lepas aku amik ubat kat situ,.. masa tu la aku tertinggal IC tu. Dalam 2 minggu yg lepas aku tak sedar pun aku pi mana2 tanpa IC pun.. ishk..ishk..ishk...
Alhamdulillah... Allah dan makbul doa aku... :)

Kat bawah ni doa yang diambil dari laman darulsyiffa.


Note : Innalillah kepada makcik kepada my beloved friend yg telah kembali ke rahmatullah.. semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yang beriman. Al Fatihah.
End.. :)

Sunday, May 2, 2010

Quality Time With Family




Hari ni dari pagi sampai petang tak lepak dirumah. Keluar beli barang dan saja buang masa di luar sebab bosan duduk dirumah. Dah sampai rumah ni dari sini nampak KL dan area menara Telekom dah hujan. Nasib baik dah sampai rumah. Tak best nak drive dalam hujan-hujan ni.


Pemandangan Menara Telekom dari umah..


Pagi tadi dah pergi Mid Valley. Kat MVEC ada 3 pameran : AUTO SHOW CARNIVAL 2010 / MALAYSIA INTERNATIONAL HEALTH SHOW 2010 / MALAYSIA INTERNATIONAL EXCLUSIVE PROPERTY INVESTMENT SHOW , ingat nak pegi Health Show, tapi cam malas nak naik atas. Mak tak larat. Kaki sakit, so just jalan-jalan kat bawah je. Ayah pun nak beli buku je. So biar ayah and izudin di MPH. Aku teman kan mak.

Teringat nak redeem baucer Robinson, cari tempat duduk baek untuk mak lepak je, terus la aku menapak dengan lajunya. Handbag berat sikit sebab bawak nota... hehe.. Ingat nak study ler tu. Guilty sbb tu bawak nota. Weekend ni sepatutnya kena study, tapi tak sampai hati lak tak bawak mak and ayah jalan-jalan. Diorang dah nak balik esok.

Semua tempat ada sale, Metrojaya sale Spring 2010, sampai hari ni je, pembelian MJ Card dapat 2x points. menarikss. Jusco pun sale gak. Tak tahu sale apa... tapi yang pasti 5-6 May 2010 adalah J Card Member's Day dari 930am-1100pm. Jangan lupa pegi pada siapa-siapa yang nak shopping terutamanya yang nak beli cosmetics & Fragrance. Aku dah tak boleh shopping, sebab dah kempis dah... baru je awal bulan tapi dah takde duit.. Ikat perut la kat ofis ni.

Sambil tunggu ayah cari buku di MPH, bawak mak lepak Coffee bean, dah lama tak minum caramel ice blended. Bukak la nota time tu, study la kononnya. Adalah point2 yang masuk walaupun sambil baca nota sambil dengar citer daripada mak. Gossip-gossip liar la katakan.

Pukul 4 lepas dah solat zohor, tetiba rasa nak bawak mak pegi urut kaki kat Sifu Bangsar. Konon nak belanja sebab Mother's day kan. Tapi sampai-sampai sana, semua pulak urut. Adik yang belanja, so join la sekali kan.. hehe. Sifu Master of Reflexology terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar. Ok la. Not bad.

Dah banyak kali pegi ni, cuma ni first time bawak mak datang. Sepatutnya tak boleh urut lagi ni sbb dah janji dengan kawan nak datang sekali, tapi sebab tak tahu nak buang masa kat mana sementara orang lain urut, jadi join la... Asam? jangan marah... :) Nanti wa teman lu...

Ngan mak..


Izudin & Ayah


Lebih kurang sejam keluar dari Si Fu dengan best nya. Kitorang terus balik rumah. Katanya selepas urut elok terus balik, jangan jalan-jalan lagi. Bagi kaki rehat. So kitorang pun balik je. Memang plan nak balik pun. Dah penat. Itu je la aktiviti hari ni... :)



Friday, April 30, 2010

Curi Masa

Ermm.. pagi-pagi dah kena bangun. Kena paksa diri untuk study. Masa dah tak banyak. Tinggal lagi beberapa hari. huhu. Tapi bila dah penat, macam ni la, mengular lak. Tengok facebook la, YM la dan sekarang, update blog lak. err.. susah tul nak jadi ulat buku. Dari sekolah dulu sampai sekarang asik malas je. Padan la tak abis-abis belajar. huhu. Orang lain dah sampai ke bulan, aku ni masih kat kaki pelangi. asyik sangat ngan warna-warna pelangi yang cantik, sampai tak reti nak fikir untuk mendaki ke puncak. ermm.. dugaan nya sangat banyak.




Malas dah, later sambung balik. Kusut lak rasanya lagi tak settle exam ni.

Thursday, April 29, 2010

At last.. Friday...

Dah berakhir minggu ni... tak sabar nak tunggu Jumaat. Akhirnya dah sampai, walaupun sebnarnya takut jugak, kalau hari ni dah Jumaat maka maknanya seminggu dari sekarang kena la berjuang di dewan exam.. ngeri sbb study tak abis lagi dan macam malas nyer nak study. Dulu di awal-awal semester merungut sebab jadual exam padat dan jarak antara subjek yang diambil kadang-kadang hanya sehari sahaja. Bagi yang kita yang bekerja ni mcm tak sempat nak cover/study. Tapi semester ni jarak antara subjek ialah 2 minggu. Tetapi, mcm sama je, pun tak study. So sebenarnya bukan la salah jadual tu, tapi salah diri sendiri la yang suka sangat study last minutes. ermm.. sendiri mau ingat la. Nape la tak insaf2 kan.


Dalam malas2 nak study tu, rajin plak nak tulis cerpen. Dulu masa time sekolah-sekolah suka tulis cerpen la sangat. Jadi nak masukkan cerpen dalam blog ni, so cerpen-cerpen tak ilang la. Banyak cerpen dalam koleksi yang hilang sbb bila dah buat separuh lupa plak mana "save" camne...

Satu cerpen ni, tajuk tak de lagi akan di post sebagai cerpen pertama. Walaupun tak siap lagi, insyaAllah akan diusahakan untuk siap jugak. Sebenarnya dah 2 bulan lepas buat cerpen ni pastu berenti. sebab? Malas jugak. Tapi minggu lepas pinjam novel dari kawan ( 4 sekali gus , baru abis satu baca ), semangat nak menulis berkobar-kobar lak. so hasilnya seperti dibawah :

Cerpen 1 ( Part 1 )

Suasana pagi ini sungguh nyaman, Anis melemparkan pandangan jauh ke luar jendela. Hari ini hari kedua dia menghabiskan masa cuti di kampung kelahiran ibunya, Kg. Mengabang Telipot Terengganu. Anis bermalas-malas di katil, sayang untuk bangun dari katil. Di luar tok sedang bersiap didapur menyediakan sarapan. Jam menunjukkan tepat ke pukul 7.15pagi.

Laungan tok di dapur memanggil keluar memaksa Anis bangun dari perbaringan. Sambil menggeliat malas dia terus menuju ke dapur.
- Ya tok… masak apa ni… best nyer bau.
- Uishhh anak dara apa ni… menggeliat mcm tu.. pegi kat luar kejap, ada org bagi salam tu. Tok nak kena kacau lauk atas dapur ni, tak boleh nak tinggal.
Anis melangkah terus ke depan. Pintu dibuka.
- Ya, ada apa?
Seorang pemuda memalingkan muka tatkala mendengar sapaan Anis. Anis terkaku, lelaki itu seperti pernah dikenali.
- Anis? Saya Hafiz. Dah lupa?
Pemuda yang bernama Hafiz mengenalkan diri. Anis mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Cuba mengingati lelaki itu. Dan tiba-tiba dia mula ingat tentang lelaki yang bernama Hafiz itu.
- Laaaa.. Hafiz, dah tak ingat tadi… maaf la, ni nak jumpa tok ke? Anis turun ke laman dan berdiri di depan Hafiz.
- Nak kirimkan ikan keli ni, tok awak pesan semalam, kalau ada ikan keli dia nak. Dah ada ni, saya bawakkan la.
- Ooo camtu, ok la terima kasih la.
Ikan keli bertukar tangan. Hafiz terus balik selepas bersembang pendek dengan Anis.

# # #

Petang itu Anis meronda kampong dengan tok. Sengaja dia membawa kereta perlahan-lahan. Dia suka dengan suasana kampong tok. Aman, damai dan sunyi.
- Tok, Hafiz tu dia kerja kat mana? Anis terus bertanya.
- Oo hafiz tu, dulu dia kerja kat KL jugak. Lepas tu, Mak Jah bagitau tok yang Hafiz tak nak kerja sana lagi, tu yang dia bukak kolam ikan tu. nak berniaga sendiri. dah 2 tahun dah dia buka kolam ikan tu. Udang pun ada. Kenapa?
- Tak de apa. saja Tanya. Tadi dia datang, Anis dah lupa dia. Dia ingat lagi kat Anis. Entah-entah dia minat Anis tak.. hahaha
Anis berlawak.
- Uishhh perasan cucu tok ni. Tak la, dia dah tunang la. Tok pegi masa dia bertunang dulu. Dengan orang Kuantan. Mak Jah ajak tok pegi sekali.
- Laaa.. ye ke? Hafiz tu handsome la tok, melepas la saya ni. Anis berlawak lagi. Tetapi kali ini macam tak beria. Tiba-tiba rasa sayu pulak.
- Anis, panjang umur si Hafiz tu, tu ada kat kolam tu, mai la kita berhenti. Tok nak ucap terima kasih pasal dia bagi ikan tadi.
Anis membelok kereta dan masuk ke kawasan kolam ikan Hafiz. Hafiz yang menyedari kehadiran tetamu terus menuju ke kereta Anis.
- Dari mana cucu dengan tok ni? ronda-ronda kampung ye? Hafiz menyapa. Tangan tok disalami. Anis tersenyum.
- Tok dengan Anis ni saja jalan-jalan, Nampak Hafiz tadi berhenti sekejap, terima kasih la bagi ikan kat tok pagi tadi. Anis ni suka sangat makan ikan keli. Tu yang tok pesan tu.
Hafiz tersenyum. Anis tidak menunggu lama mendengar perbualan tok dan Hafiz, dia terus melangkah untuk menjenguk kolam-kolam ikan Hafiz. Dia teruja dengan semangat Hafiz yang meninggalkan kerjaya sebagai peguam di KL semata-mata untuk menjalankan perniagaan sendiri.
- Oii Cik Kak, jangan kat tepi sangat, kan tergelincir, terus masuk kolam.
Teguran Hafiz di belakang buat Anis terkejut.
- Apa la u ni, I dah nak jatuh tadi, bukan sebab apa, sebab terkejut dengan suara u. Anis berpaling. Hafiz betul-betul berada di belakangnya.
Tok dari jauh hanya duduk di pangkin. Orang tua itu malas untuk berjalan ke kolam. Hafiz sekarang tak macam Hafiz yang dia kenal dulu-dulu. Sekarang dah tinggi lampai. Kacak. Anis menilai.
- Kenapa u tengok sampai macam tu sekali? Teringat pakwe ke? Hafiz sengaja mengusik hati Anis. Anis tersenyum sinis. Pak we? Kalau la dia bawa Shahrin ke kampong, 4 minit pun belum tentu tahan. Budak Bandar.
- Tak ingat pakwe la, u sekarang ni makin handsome la…
Giliran Anis pula membuat Hafiz malu sendiri.
- Handsome ke? hahaha… u ni pandai je nak ambil hati i. mana ada handsome? Tampan je.. haha.. U pun apa kurangnya, cantik. Hafiz memuji Anis.
Pujian itu ikhlas, dia terlupa sebentar Anis yang sering membuli nya suatu ketika dulu. Setiap kali Anis pulang ke kampong dulu, Anis kuat membulinya. Anis didepannya sekarang dah jadi perempuan yang sopan, penuh kelembutan.

end of Part 1

Erm... so itu je la entry buat masa ini.. baru berblog ni, harus la hari-hari ada entry dan satu hari entry sampai 3-4. Tapi tengok la nanti-nanti kalau free, nak masukkan lagi.. :)

Wednesday, April 28, 2010

Diet la sangat.....

Hancuss diet ni... minggu lepas dah baekk punya.. siang je makan.. after 7 dah tak makan.. tapi bila Misi Gayah & Pak Shah datang umah, masak best-best kat umah.. terus je melantak dengan banyak dan penuh berselera... disbbkan badan yang cepat naik dan lambat turun ni.. huhu.. so sangat la susah hati... Hari tu dah tempah baju kat kajang , ukur badan cam kecik seinci la..hehe, tapi ni dah naik berinci2 ni.. takut nak amik baju 15.05.10.. takut tak muat daaa... So minggu depan kena start stop makan malam laaa.. InsyAllah mintak2 jadi.. walaupun macam susah sangat je nak disiplin kan diri ni.. sengal camtu la...



Nak tunjuk sikit gambar-gambar makanan yg dimasak oleh Misi Gayah, sbb sebelum ni tak ingat ada blog, gambar-gambar dibawah ni adalah gambar masakan yang dah lama diambil, masa ni tengah bercuti jenjalan kat Kuantan. Mak masak makanan-makanan dibawah ni. So gambar-gambar ni bukan relate pada menu sepanjang 3 hari lalu Misi Gayah di KL :







Hari ni dah berdebar-debar nak balik bimbang dengan menu santapan petang nanti.. Dah 3 hari ni asyik makan best kan..



Summary as for yesterday, masakan yang dimasak dengan best nyer oleh Misi Gayah ialah :



1) Ikan Goreng ( Tenggiri segar dari Kampung Halaman, Kat KL ikan tak manis.. katanya )

2) Gulai Ikan Tenggiri

3) Timun masak ala2 pajeri/paceri.. masam2 skit

4) Sambal Tempoyak ( Pedas sangat, so jamah skit je.. nangis terus )

5) Sweet Sour Ikan Barrat ( Tak sure ejaan ikan tu.. )

6) Sup Sayur with Mushroom

7) Ikan Singgang pedas

8) Ulam bendi yang direbus



Sangat la selera, balik keje ada makanan2 seperti diatas dihidangkan.. tunggu nak makan je. Makan pun dengan banyak nya.. huhuhu.. tapi syukur atas nikmatNya dengan rezeki yang diberi, kita nangis sebab makanan banyak but ada tempat nangis sbb tak cukup makan..

So tepuk dada tanya la selera. Sebab tu la.. kadang2 diet hancuss.. sbb pikirkan benda ni la.. time tengah ada rezeki ni, jamah la kan.. time tak de nanti baru la diet .. ye dok? hehe.. sama la ngan konsep yang dipraktikkan sekarang, Time Misi Gayah ada kat KL ni, rebutla peluang dulu, nanti dah balik kampung, tak merasala semua masakan2 diatas.

Teringat lak, kata-kata sorang kawan ni... Mak dia dulu pesan, makan la selagi ada selera nanti kalau dah sakit apa pun dah tak lalu & ayah pulak pesan beringatla sebelum makan jangan sampai sakit... So pandai-pandai fikir la..

Baru ingat ada blog

Bila baca-baca blog orang, baru teringat pernah create blog dulu... ermm.. mcm mana leh lupa. masa create blog September 2009, time tu sangat la bosan.. raya tapi tak meriah.. sbb tak cukup family members. Sorang beraya di umah mentua and adik pompuan tak balik raya sbb sekolah...
Semalam Aqif Mikail tak datang, tapi nak masukkan gambar budak cute ni yang diambil 2 hari lepas.. Mak Tok and To'ki happy dapat jumpa cucu kesayangan..

Mikail ni dah 6 bulan dan happy baby.. tak kuat meragam.. ermm anak yang baik.. hope leh jadi anak yang soleh.. :) Kat bawah ni video dia... soooo cute :






Disebabkan hari ini macam ala2 tak de keje.. so rasanya nak update banyak benda.. tapi nak pk dulu apa yang nak masuk dulu.. maklumla dari September 2009, hingga April 2010.. banyak yang nak citer balik ni... Rehat cari idea jap... :)