Sunday, May 2, 2010

Quality Time With Family




Hari ni dari pagi sampai petang tak lepak dirumah. Keluar beli barang dan saja buang masa di luar sebab bosan duduk dirumah. Dah sampai rumah ni dari sini nampak KL dan area menara Telekom dah hujan. Nasib baik dah sampai rumah. Tak best nak drive dalam hujan-hujan ni.


Pemandangan Menara Telekom dari umah..


Pagi tadi dah pergi Mid Valley. Kat MVEC ada 3 pameran : AUTO SHOW CARNIVAL 2010 / MALAYSIA INTERNATIONAL HEALTH SHOW 2010 / MALAYSIA INTERNATIONAL EXCLUSIVE PROPERTY INVESTMENT SHOW , ingat nak pegi Health Show, tapi cam malas nak naik atas. Mak tak larat. Kaki sakit, so just jalan-jalan kat bawah je. Ayah pun nak beli buku je. So biar ayah and izudin di MPH. Aku teman kan mak.

Teringat nak redeem baucer Robinson, cari tempat duduk baek untuk mak lepak je, terus la aku menapak dengan lajunya. Handbag berat sikit sebab bawak nota... hehe.. Ingat nak study ler tu. Guilty sbb tu bawak nota. Weekend ni sepatutnya kena study, tapi tak sampai hati lak tak bawak mak and ayah jalan-jalan. Diorang dah nak balik esok.

Semua tempat ada sale, Metrojaya sale Spring 2010, sampai hari ni je, pembelian MJ Card dapat 2x points. menarikss. Jusco pun sale gak. Tak tahu sale apa... tapi yang pasti 5-6 May 2010 adalah J Card Member's Day dari 930am-1100pm. Jangan lupa pegi pada siapa-siapa yang nak shopping terutamanya yang nak beli cosmetics & Fragrance. Aku dah tak boleh shopping, sebab dah kempis dah... baru je awal bulan tapi dah takde duit.. Ikat perut la kat ofis ni.

Sambil tunggu ayah cari buku di MPH, bawak mak lepak Coffee bean, dah lama tak minum caramel ice blended. Bukak la nota time tu, study la kononnya. Adalah point2 yang masuk walaupun sambil baca nota sambil dengar citer daripada mak. Gossip-gossip liar la katakan.

Pukul 4 lepas dah solat zohor, tetiba rasa nak bawak mak pegi urut kaki kat Sifu Bangsar. Konon nak belanja sebab Mother's day kan. Tapi sampai-sampai sana, semua pulak urut. Adik yang belanja, so join la sekali kan.. hehe. Sifu Master of Reflexology terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar. Ok la. Not bad.

Dah banyak kali pegi ni, cuma ni first time bawak mak datang. Sepatutnya tak boleh urut lagi ni sbb dah janji dengan kawan nak datang sekali, tapi sebab tak tahu nak buang masa kat mana sementara orang lain urut, jadi join la... Asam? jangan marah... :) Nanti wa teman lu...

Ngan mak..


Izudin & Ayah


Lebih kurang sejam keluar dari Si Fu dengan best nya. Kitorang terus balik rumah. Katanya selepas urut elok terus balik, jangan jalan-jalan lagi. Bagi kaki rehat. So kitorang pun balik je. Memang plan nak balik pun. Dah penat. Itu je la aktiviti hari ni... :)



No comments:

Post a Comment