Friday, May 7, 2010

Cerpen part 2

Sambungan cerpen.. dah habis exam ni .. leh la sambung skit sambil2 makan mee kari ni.. mee kari?? pukul 1030 malam? hehe...

Sambungan cerpen part 2.

Hari pertama di pejabat membuatkan Anis lebih bertenaga. Maklum telah bercuti selama seminggu. Hari ini semangatnya berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas2 yang tertinggal sepanjang percutiannya. Shahrin datang untuk bersarapan dengan dia tadi. Lama tidak menatap wajah buah hati kesayanagan membuatkan Anis lagi bersemangat untuk bekerja. Angau.
Laptop dibuka. Seketika telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.
“Hai, selamat bekerja, hope lebih semangat, jangan ingat nak cuti je..:) “
Pengirim ialah Hafiz. Anis menyandar di kerusi. Kenangan seketika di kampong tempoh hari membuatkan Anis menarik nafas panjang. Satu keluhan berat dilepaskan.
Hafiz sungguh berbeza dari dulu. Sangat budiman. Baik dan ramah dengan semua orang. Anis tersenyum sendiri. Seketika dia menggeleng kepala. Mengingatkan dia yang dia perlu lupakan Hafiz. Entah kenapa sepanjang di kampong, ingatannya kepada Shahrin dilenyapkan. Dia hanya gembira setiap kali bersama Hafiz.
Tanpa melengahkan masa dia terus memulakan kerja yang ditinggalkan. Malas untuk melayan perasaan yang pelik-pelik. Kenapa perlu dia fikirkan Hafiz. Bakal tunangnya la yang sepatutnya difikirkan.
Anis terganggu, satu pesanan ringkas daripada Hafiz yang dibiarkan sepi tadi seperti mahu dibalas. Dari tadi dia cuba untuk tidak membalas. Tapi akhirnya dia tewas.
Saya tekun kerja la.. dah tak ingat kampong lagi da J, Hantar.
Anis menyandar di kerusi. Telefon di meja dipandang. Dia mengharapkan balasan Hafiz. 5 minit berlalu masih tiada balasan. Anis resah. Dia seperti terlalu mengharapkan Hafiz membalas sms. Tiba-tiba satu sms masuk. Hati Anis berdebar-debar. Perlahan-lahan dia membuka inbox sms.
Sayang, Lunch nanti I dating jemput, really miss u. lama u tak de, I miss nak lunch dengan u. 12.30 I sampai, I’ll call. Ok?
Anis melepaskan keluhan berat. Hatinya sedikit kecewa. Kenapa bukan Hafiz. Sambil berfikir kenapa Hafiz tidak membalas sms. Dia tetap membalas OK kepada ajakan Shahrin. Dia perlu bersama dengan Shahrin untuk lupakan Hafiz. Dalam hatinya malu sendiri sebenarnya. Hafiz bukannya ada hati padanya. Sudah bertunang pulak tu. Walaupun sepanjang tempoh di kampong, Hafiz akan megelak apabila ditanya pasal tunang.
# # #
Anis duduk di kerusi laman sambil memandang ibunya yang asyik dengan pokok-pokok orkid. Hari minggu memang dia suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Shahrin biasanya akan keluar dengannya pada sebelah malam.
- Apa yang asyik sangat tu. Mama Nampak macam jauh sangat mengelamun
Sapaan mama mengejutkan Anis. Sambil tersenyum dia menghirup kopi.
- Tak de pape la mama, nak menikmati suasana pagi je. Hirup udara pagi ni kan best. Nanti dah masuk pukul 8.00, dah mula panas, masa tu dah tak seronok.
Mama mengambil tempat didepan Anis. Kopi panas dituang ke cawan. Penat mengangkat pasu-pasu orkid. Dia memandang anak perempuan yang seorang didepannya. Dia perasan sejak Anis balik dari Terengganu tempoh hari, Anis seperti banyak mengelamun. Dia perasan tetapi malas nak bertanyakan kepada Anis. Dia tahu kalau bertanyakan kepada Anis, tiada jawapan yang akan diberikan. Anis sangat perahsia. Selagi dia boleh sembunyikan apa yang bermain dihati, selagi itu la dia akan simpan sendiri. Dia pernah hubungi ibunya di kampong, sekadar bertanya mungkin ibunya tahu apa yang berlaku di kampong. Tetapi tiada apa yang pelik disana selain dia banyak menghabiskan masa dengan teman sepermainannya waktu kecil-kecil dahulu, si Hafiz anak Mak Jah.
- Apa yang mama fikir. Takut Anis tengok ni. Dari tadi renung Anis macam nak telan je?
- Haha.. mana ada. Mama tengok je anak mama ni. Takkan tak boleh. Nanti bila dah kawin dengan Shahrin, mana ada peluang lagi mama nak duduk dengan Anis macam ni.
- Ala mama ni. Ke situ pulak. Jangan la fikir jauh sangat.
Puan Mariam senyum. Dia mula syak sesuatu. Sebelum ini, pantang sebut pasal kahwin, anak nya akan beria bertanyakan macam mana nak jadi isteri yang baik. Tip-tip di dapur supaya masakan yang dimasak sedap. Katanya mahu menjadi isteri yang baik dan pandai masak. Kali ini bila diusik pasal kahwin, dia seakan mengelak.
- Papa mana? Anis Nampak tadi? Puan Mariam mengelak untuk berbicara.
Dia mula berfikir panjang. Kenapa anak nya tu macam berubah. Adakah sebab Shahrin dah berubah hati. Maklum saja, anak nya dan Shahrin bercinta dah terlalu lama. Sejak di bangku sekolah menengah lagi.
- Mama nak keluar dengan papa pukul 11 nanti. Mama nak pergi tempah baju. Bulan depan anak auntie Sara nak nikah. So mama nak buat baju baru. Awak nak ikut tak?
- Ermm.. tak nak la ma, Anis nak rehat. Penat sangat minggu ni.
Puan Mariam mengangguk. Baki kopi di cawan diminum. Dia mahu bersiap-siap. Janji dengan suaminya tidak boleh dibuat sambil lewa. Sepanjang mengenali suaminya itu, tahu sangat dengan sikap tegas suaminya. Kalau berjanji kena tepati. Dia bangun dan mencium kepala Anis yang masih dikerusi. Sempat dia mengarahkan Anis untuk mengemaskan cawan-cawan kopi. Dia memang tidak mengharapkan pembantu rumah melakukan segala kerja. Anis dah besar panjang. Dia juga kena belajar untuk buat kerja-kerja rumah.
Anis memandang telefonnya diatas meja. Dah seminggu sms pada Hafiz hari tu tidak berbalas. Walaupun Hafiz tak sepatutnya membalas kerana sms yang dihantar bukan la bertanyakan apa-apa. Hanya menjawab sms dari Hafiz. Tapi dia seperti berkecil hati dengan Hafiz. Sedang dia memandang sepi telefon, tiba-tiba telefon berbunyi. Pantas dia mengambil telefon.
HAFIZ, nama itu tertera di skrin telefon. Hati Anis berdebar-debar.
- Hello….
- Hello Anis, Assalamualaikum. Dah bangun lom ni?
Suara Hafiz kedengaran.
- Waalaikumussalam. Dah bangun la. Dah mandi pun. Bohong Anis walaupun dia masih belum mandi pun. Senyuman terukir dibibirnya.
Hafiz gelak di sana. Dia keluar ke balkoni hotel. Memandang ke luar. KL agak lengang pada hari minggu. Pagi-pagi sangat tiada yang keluar. Mungkin masih tidur agaknya.
- Anis free ke hari ni? Saya kat KL ni actually. Ada keje skit. Semalam sampai. Kalau free, nak ajak Anis keluar. Boleh la mintak tolong bawak orang kampong ni jalan-jalan.
Anis terus bangun. Gembira. Tapi dia tak terus menjawab. Takut Nampak terlalu beria.
- Ermm… pukul berapa tu?
Dia buat-buat bertanya padahal memang dia tidak ada mana-mana perancangan pada hari ini. Sekiranya ada pun, dia sanggup untuk membatalkan rancangan lain.
- Bergantung kepada Anis la. Saya memang datang awal ni sebab nak rehat dan bercuti jugak. Urusan kerja saya hari Isnin. So hari ni dan esok saya ok. Kalau Anis sibuk hari ini, esok pun boleh. Saya tak kisah.
- Oic.. kalau macam tu, kita keluar pukul 11 la. Ok?
Anis membuat keputusan segera. Kenapa pukul 11? Sebab mama pun nak keluar masa tu dan dia jugak tak sabar nak jumpa Hafiz.
- Oh kalau macam tu bagus la. Saya bawak kereta. Nak saya jemput ke?
- Tak payah la. Saya yang jemput awak. Lagi pun awak tetamu kan. Saya ambil awak. Nanti sms hotel mana awk stay. Saya akan jemput.
Anis bergegas mengangkat cawan-cawan kopi dan menghantar ke dapur.
- Bibik, tolong cuci ya, saya tak sempat. Nak keluar. Terima kasih bik..
Belum sempat bibik menjawab, Anis terus berlalu bergegas ke atas. Dia perlu bersiap. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, masih ada beberapa jam untuk bersiap, tetapi Anis seperti sangat teruja untuk bertemu Hafiz. Dia berselisih dengan mamanya semasa menaiki tangga.
- Awak nak pegi mana tu, laju semacam?
- Anis nak keluar dengan kawan jap lagi ma……
Dari atas dia melaungkan. Dia perlu bersiap segera. Puan Mariam menggelengkan kepala. Tadi kata malas nak keluar. Penat dengan kerja la. Sekarang bertenaga semacam je pulak. Kawan mana pun tak tahu. Puan Mariam malas untuk berfikir sangat. Dia pun perlu bersiap untuk keluar .

end part 2

ermm... dah penat mengarang.. rehat daa...

No comments:

Post a Comment