Thursday, May 20, 2010

Left Brain Vs Right Brain

Salam bersua,


Ala-ala penulis ruangan soal jawab bersama kak sri siantan lak... hehe.. 3 hari (19-21 May 2010) Training kat Bangi. Satu sesi siang tadi amat menarik, sbb kena buat test samada kita ni guna otak kanan atau kiri kan.. so test nyer sangat mudah :
1) Pegang sebatang pen dengan tangan kanan secara menegak dan biarkan pen itu selari dengan garisan yang ada pada dinding ke/frame gambar ke (mana-mana yang ada garisan la. Garisan ni sebagai pengukur je).

2) Fokus dengan kedua-dua mata tengok je pen tu. ( Mata tu jangan kenyit sebelah tau, bukan nak amik gambar tau, sbb kawan kak seri siantan tadi tak leh nak fokus 2 mata, then dia kenyit, salah ok...... Ingat... 2 mata memandang pen yer..)
3)Kemudian tutup mata dengan tangan kiri.
4)Sekiranya pen tu tak berganjak daripada garis di dinding tadi maknanya kita "Left brain"

Ulang ujian diatas dengan memegang pen dengan tangan kiri dan tutup mata dengan tangan kanan. ( Biasanya result akan bertentangan laa... )

Menurut facilitator yang bagi talk kat kitorang tadi, sekiranya seorang yang buat ujian ni, kedua-dua tak bergerak ( Kanan & Kiri ), maksudnya, orang ni tak menggunakan otak secara maksimum pun.. dan rugi yer.. otak tak expend pun..
Macam mana nak tahu optimum ke tak penggunaan otak tu, sekiranya kita tengah study, kita ngantuk dengan cepatnya= penggunaan otak minimum. Tapi sekiranya tengah study, kita asik je lapar dan nak je melantak kan.. pendek kata LAPOR je.. means otak kita digunakan secara efisyen...
So nak tahu karakter otak kanan & otak kiri ni, seperti dibawah.

LEFT BRAIN FUNCTIONS
  • uses logic
  • Rational
  • detail oriented
  • facts rule
  • words and language
  • present and past
  • math and science
  • can comprehend
  • knowing
  • acknowledges
  • order/pattern perception
  • knows object name
  • reality based
  • forms strategies
  • practical
  • safe

RIGHT BRAIN FUNCTIONS

  • uses feeling
  • Intuitive
  • "big picture" oriented
  • imagination rules
  • symbols and images
  • present and future
  • philosophy & religion
  • can "get it" (i.e. meaning)
  • believes
  • appreciates
  • spatial perception
  • knows object function
  • fantasy based
  • presents possibilities
  • impetuous
  • risk taking

Resources : http://viewzone2.com/bicamx.html

Itu je la entry kali ni... End :)

Monday, May 17, 2010

Kek Batik



Semalam, tetiba je seorang kak 6 ni teringin nak masak kan.. dan seorang kak 6 sorang lagi mengidam lak nak makan kek batik, so apa lagi.. terus je dengan niat yang murni. aku dan yeen terus je balik umah nak masak la kan..

mula-mula tulis resepi dulu sebab takut lupa :
1) Biskut Marie (Patah kepada 4 bahagian)
2)Susu pekat manis tu(Satu tin kecil)
3)Milo (Sepeket 200gm)
4)Buttercup(1)

Tu je, senang kan.. hehe..

Ni gambar masa tengah panas di dalam kuali. Time ni memang best kalau diratah. nak2 kalau perut ala-ala lapar kan.. walaupun manis.. tapi best..sapa lagi tak puji kalau diri sendiri tak pujikan. ala riak skit.. :)





Then kat bawah ni gambar selepas dah siap.. masuk friedge semalaman dan hasilnya tadaaa.... sangat best dan manis skit.. so kena makan dengan berhemah.. bahaya makan byk2.. later akan cuba buat lagi tapi kena kurangkan kemanisannya.. maklumla yang buat kek ni dua2 manis,.... manis ekk? hehe
End :)

Sunday, May 16, 2010

Weekend... seronok

2 hari (Sabtu n Ahad) memang hari yang ditunggu-tunggu. Time ni je la boleh kemas umah yang tak sempat nak kemas during weekdays tu.. huhu... pastu leh tido lama-lama.. bangun lewat.. tido lewat... tak de yang senikmat menikmati hari minggu dengan gembira.. :)


Ahad, tetiba je mood rajin masak tu datang.. ermm.. so kul 11 dah masuk dapur.. ala2 surirumah gitu... so menu hari ini ialah :
1)Sup ayam
2)Sayur goreng campur
3)Telur dadar

Ermm.. ok la tu.. dah lama tak berasap dapur tu.. kira ok la tu...
Dah siap-siap masak, santai ala2 cleopatra kat day bed, tetiba Lesbo partner text...
"Nak jalan-jalan tak?"
Apa lagi, terus say "YES". Dan petang itu terus la dua-dua ke KLCC. Ada orang nak beli baju denim kan.. so pi la jenjalan KLCC. Walaupun duit aku ni dah paras-paras leher da... tapi pi gak.. sedih tul hehe...

Tapi lesbo partner tu sangat la hepi sebab dapat jua baju yang diidamkan. Thanks to ZARA, sbb ada gak baju tu, penat dah nak ikut org tu cari baju denim tu.. hehe. Tapi chanteqqq laa...


Dah penat-penat kat KLCC, dua-dua dah lapo sangat.. tapi tak tahu nak tuju kat mana nak makan.. punye pikir at last sampai kat sunway.. apa lagi.. Flaming Steambot la.. ekeke..


Dah makan kenyang-kenyang..apa lagi balik la.. kena la siap-siap baju kat umah lak.. esok keje daa...

End :)

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu...

Hari ini 9 May 2010, adalah hari ibu. selamat hari ibu kepada semua-semua ibu di seluruh negara.. kecikkan skop dan lagi spesifik,



Selamat Hari Ibu Mak(Puan Rokayah Mohd), terima kasih atas segala pengorbanan dan kesabaran dalam menjaga kami berempat. Jasamu sangat tak ternilai. Tanpa mak, siapa la kami. Tqvm... Mmmuaahhhh.. lots of love from me, Kak Rah.

End :)

Movie Review ( Iron Man 2 & Date Night )

Movie day with my kaki wayang friend. Disebabkan sebelum final exam dah berkobar-kobar perancangan nak tengok wayang, so usaha jugak untuk settlekan hasrat ini. Tengok 2 movie :


Jumaat ( Lepas Exam, Lokasi Cineplex Damansara, Iron Man 2 )


Citer ni memang best. Tak sesia la menghabiskan masa selama 2 jam untuk menonton citer ni. Robert Downey Jr walaupun dah agak berusia, tapi sangat best bawak watak iron man. Scarlet Johanson yang turut act untuk Iron Man juga membawak watak dengan menarik dan sangat la canteqq.. tak puas nak tengok dia.
Untuk citer ni daripada 5 bintang, aku rate 4 1/2 bintang...


Ahad ( Pepagi, Lokasi Mid Valley GSC, Date Night )

Citer ni actually dah lama di panggung. Dah banyak panggung dah takde tayang citer ni, so pencarian selama 2 hari bersama Arina, akhirnya berakhir di Mid Valley. So kitorang pi la tengok.
Citer ni pun best gak, lakonan Tina Fey dan Steve Carell. Sepasang suami isteri yang dah boring dengan hidup rutin cuba mengubah situasi itu dengan cuba untuk mencipta suasana romantik dengan keluar bersama untuk sama-sama menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak. Keadaan bertukar apabila terdapat salah faham apabila mereka disalah sangka sebagai pasangan suami isteri yang jahat yang sebelum ini pernah mengugut penjahat terkenal dengan menyatakan mereka mempunyai rahsia besar. Dalam satu malam mereka cuba membetulkan keadaan itu.


Untuk citer ni aku rate 3 1/2 bintang....

End :)

Friday, May 7, 2010

Cerpen part 2

Sambungan cerpen.. dah habis exam ni .. leh la sambung skit sambil2 makan mee kari ni.. mee kari?? pukul 1030 malam? hehe...

Sambungan cerpen part 2.

Hari pertama di pejabat membuatkan Anis lebih bertenaga. Maklum telah bercuti selama seminggu. Hari ini semangatnya berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas2 yang tertinggal sepanjang percutiannya. Shahrin datang untuk bersarapan dengan dia tadi. Lama tidak menatap wajah buah hati kesayanagan membuatkan Anis lagi bersemangat untuk bekerja. Angau.
Laptop dibuka. Seketika telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.
“Hai, selamat bekerja, hope lebih semangat, jangan ingat nak cuti je..:) “
Pengirim ialah Hafiz. Anis menyandar di kerusi. Kenangan seketika di kampong tempoh hari membuatkan Anis menarik nafas panjang. Satu keluhan berat dilepaskan.
Hafiz sungguh berbeza dari dulu. Sangat budiman. Baik dan ramah dengan semua orang. Anis tersenyum sendiri. Seketika dia menggeleng kepala. Mengingatkan dia yang dia perlu lupakan Hafiz. Entah kenapa sepanjang di kampong, ingatannya kepada Shahrin dilenyapkan. Dia hanya gembira setiap kali bersama Hafiz.
Tanpa melengahkan masa dia terus memulakan kerja yang ditinggalkan. Malas untuk melayan perasaan yang pelik-pelik. Kenapa perlu dia fikirkan Hafiz. Bakal tunangnya la yang sepatutnya difikirkan.
Anis terganggu, satu pesanan ringkas daripada Hafiz yang dibiarkan sepi tadi seperti mahu dibalas. Dari tadi dia cuba untuk tidak membalas. Tapi akhirnya dia tewas.
Saya tekun kerja la.. dah tak ingat kampong lagi da J, Hantar.
Anis menyandar di kerusi. Telefon di meja dipandang. Dia mengharapkan balasan Hafiz. 5 minit berlalu masih tiada balasan. Anis resah. Dia seperti terlalu mengharapkan Hafiz membalas sms. Tiba-tiba satu sms masuk. Hati Anis berdebar-debar. Perlahan-lahan dia membuka inbox sms.
Sayang, Lunch nanti I dating jemput, really miss u. lama u tak de, I miss nak lunch dengan u. 12.30 I sampai, I’ll call. Ok?
Anis melepaskan keluhan berat. Hatinya sedikit kecewa. Kenapa bukan Hafiz. Sambil berfikir kenapa Hafiz tidak membalas sms. Dia tetap membalas OK kepada ajakan Shahrin. Dia perlu bersama dengan Shahrin untuk lupakan Hafiz. Dalam hatinya malu sendiri sebenarnya. Hafiz bukannya ada hati padanya. Sudah bertunang pulak tu. Walaupun sepanjang tempoh di kampong, Hafiz akan megelak apabila ditanya pasal tunang.
# # #
Anis duduk di kerusi laman sambil memandang ibunya yang asyik dengan pokok-pokok orkid. Hari minggu memang dia suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Shahrin biasanya akan keluar dengannya pada sebelah malam.
- Apa yang asyik sangat tu. Mama Nampak macam jauh sangat mengelamun
Sapaan mama mengejutkan Anis. Sambil tersenyum dia menghirup kopi.
- Tak de pape la mama, nak menikmati suasana pagi je. Hirup udara pagi ni kan best. Nanti dah masuk pukul 8.00, dah mula panas, masa tu dah tak seronok.
Mama mengambil tempat didepan Anis. Kopi panas dituang ke cawan. Penat mengangkat pasu-pasu orkid. Dia memandang anak perempuan yang seorang didepannya. Dia perasan sejak Anis balik dari Terengganu tempoh hari, Anis seperti banyak mengelamun. Dia perasan tetapi malas nak bertanyakan kepada Anis. Dia tahu kalau bertanyakan kepada Anis, tiada jawapan yang akan diberikan. Anis sangat perahsia. Selagi dia boleh sembunyikan apa yang bermain dihati, selagi itu la dia akan simpan sendiri. Dia pernah hubungi ibunya di kampong, sekadar bertanya mungkin ibunya tahu apa yang berlaku di kampong. Tetapi tiada apa yang pelik disana selain dia banyak menghabiskan masa dengan teman sepermainannya waktu kecil-kecil dahulu, si Hafiz anak Mak Jah.
- Apa yang mama fikir. Takut Anis tengok ni. Dari tadi renung Anis macam nak telan je?
- Haha.. mana ada. Mama tengok je anak mama ni. Takkan tak boleh. Nanti bila dah kawin dengan Shahrin, mana ada peluang lagi mama nak duduk dengan Anis macam ni.
- Ala mama ni. Ke situ pulak. Jangan la fikir jauh sangat.
Puan Mariam senyum. Dia mula syak sesuatu. Sebelum ini, pantang sebut pasal kahwin, anak nya akan beria bertanyakan macam mana nak jadi isteri yang baik. Tip-tip di dapur supaya masakan yang dimasak sedap. Katanya mahu menjadi isteri yang baik dan pandai masak. Kali ini bila diusik pasal kahwin, dia seakan mengelak.
- Papa mana? Anis Nampak tadi? Puan Mariam mengelak untuk berbicara.
Dia mula berfikir panjang. Kenapa anak nya tu macam berubah. Adakah sebab Shahrin dah berubah hati. Maklum saja, anak nya dan Shahrin bercinta dah terlalu lama. Sejak di bangku sekolah menengah lagi.
- Mama nak keluar dengan papa pukul 11 nanti. Mama nak pergi tempah baju. Bulan depan anak auntie Sara nak nikah. So mama nak buat baju baru. Awak nak ikut tak?
- Ermm.. tak nak la ma, Anis nak rehat. Penat sangat minggu ni.
Puan Mariam mengangguk. Baki kopi di cawan diminum. Dia mahu bersiap-siap. Janji dengan suaminya tidak boleh dibuat sambil lewa. Sepanjang mengenali suaminya itu, tahu sangat dengan sikap tegas suaminya. Kalau berjanji kena tepati. Dia bangun dan mencium kepala Anis yang masih dikerusi. Sempat dia mengarahkan Anis untuk mengemaskan cawan-cawan kopi. Dia memang tidak mengharapkan pembantu rumah melakukan segala kerja. Anis dah besar panjang. Dia juga kena belajar untuk buat kerja-kerja rumah.
Anis memandang telefonnya diatas meja. Dah seminggu sms pada Hafiz hari tu tidak berbalas. Walaupun Hafiz tak sepatutnya membalas kerana sms yang dihantar bukan la bertanyakan apa-apa. Hanya menjawab sms dari Hafiz. Tapi dia seperti berkecil hati dengan Hafiz. Sedang dia memandang sepi telefon, tiba-tiba telefon berbunyi. Pantas dia mengambil telefon.
HAFIZ, nama itu tertera di skrin telefon. Hati Anis berdebar-debar.
- Hello….
- Hello Anis, Assalamualaikum. Dah bangun lom ni?
Suara Hafiz kedengaran.
- Waalaikumussalam. Dah bangun la. Dah mandi pun. Bohong Anis walaupun dia masih belum mandi pun. Senyuman terukir dibibirnya.
Hafiz gelak di sana. Dia keluar ke balkoni hotel. Memandang ke luar. KL agak lengang pada hari minggu. Pagi-pagi sangat tiada yang keluar. Mungkin masih tidur agaknya.
- Anis free ke hari ni? Saya kat KL ni actually. Ada keje skit. Semalam sampai. Kalau free, nak ajak Anis keluar. Boleh la mintak tolong bawak orang kampong ni jalan-jalan.
Anis terus bangun. Gembira. Tapi dia tak terus menjawab. Takut Nampak terlalu beria.
- Ermm… pukul berapa tu?
Dia buat-buat bertanya padahal memang dia tidak ada mana-mana perancangan pada hari ini. Sekiranya ada pun, dia sanggup untuk membatalkan rancangan lain.
- Bergantung kepada Anis la. Saya memang datang awal ni sebab nak rehat dan bercuti jugak. Urusan kerja saya hari Isnin. So hari ni dan esok saya ok. Kalau Anis sibuk hari ini, esok pun boleh. Saya tak kisah.
- Oic.. kalau macam tu, kita keluar pukul 11 la. Ok?
Anis membuat keputusan segera. Kenapa pukul 11? Sebab mama pun nak keluar masa tu dan dia jugak tak sabar nak jumpa Hafiz.
- Oh kalau macam tu bagus la. Saya bawak kereta. Nak saya jemput ke?
- Tak payah la. Saya yang jemput awak. Lagi pun awak tetamu kan. Saya ambil awak. Nanti sms hotel mana awk stay. Saya akan jemput.
Anis bergegas mengangkat cawan-cawan kopi dan menghantar ke dapur.
- Bibik, tolong cuci ya, saya tak sempat. Nak keluar. Terima kasih bik..
Belum sempat bibik menjawab, Anis terus berlalu bergegas ke atas. Dia perlu bersiap. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, masih ada beberapa jam untuk bersiap, tetapi Anis seperti sangat teruja untuk bertemu Hafiz. Dia berselisih dengan mamanya semasa menaiki tangga.
- Awak nak pegi mana tu, laju semacam?
- Anis nak keluar dengan kawan jap lagi ma……
Dari atas dia melaungkan. Dia perlu bersiap segera. Puan Mariam menggelengkan kepala. Tadi kata malas nak keluar. Penat dengan kerja la. Sekarang bertenaga semacam je pulak. Kawan mana pun tak tahu. Puan Mariam malas untuk berfikir sangat. Dia pun perlu bersiap untuk keluar .

end part 2

ermm... dah penat mengarang.. rehat daa...

Thursday, May 6, 2010

Seksanya Sebelum Exam

Arghhh... lambatnya esok.... penat dah dengan buku-buku ni. Rehat jap, amik nafas. So lepak lagi di kopitiam. Hainan Kopitiam kat umah je. Satu hari tak keluar daripada bilik. Dengan kawan sekongkol hari ni jadi macam ulat buku, selama ni kalau tak exam, harus la dua-dua dah pi tengok wayang ni. Niat dihati nak tengok Ironman 2. Takpe, esok nak pegi.

Punya la banyak perancangan esok hari, plan asal nak pi jenjalan di Melaka terpaksa dibatalkan due to..... aku yang takde duit bulan ni..hehe.. Sori la beb, aku temankan ko shopping je la ek.. Apa nak beli, kat mana nak pegi esok dan jangan lupa movie.

Dalam duk berkecah2 ngan nota2 tu, hati ni cam sedih dan sayu je. I miss someone. Tapi takper la, maybe dia bz. Tapi tak boleh text ek? biarla. ni pun bukan kali pertama macam ni. Kali ke5. Ermmm... Sad :(


Sebenarnya bimbang pun ya. Sebab jauh-jauh ni, mana la tahu kan ada something bad happend ke.. Tapi mintak2 tak de yang buruk la..

Tapi hati ni happy jugak, dalam rindu kan orang yang maybe tak rindukan kita, ada jugak yang orang yang ingatkan kita. siap study bersama lagi.. Tengok la gambar budak kat bawah ni, temankan aku study.. hehehe.. comel.... tq neem..

Malas nak fikir lagi. Biarla, selagi boleh sabar, aku akan sabar. Erm.. aku nak minum Kopi C dulu dan sambung balik ngan nota-nota yang bertimbun tu.

End :(