Friday, July 2, 2010

Balik Kampung...

At last balik kampung la jugak. Memandangkan dah lama dah tak boleh nak balik sebab baru je nak balik, misi gayah dan Pak Shah lak datang kan. So kali ni boleh la balik dengan Izudin. Test kereta baru kan.. So malam tu lepas je Solat maghrib, terus je gerak balik Ganu...

Tak nak cakap pasal perjalanan balik tu.. boring. Hari ni satu family pi KT. Nak pi tengok Tok sambil tu sekali la pi makan-makan kat sana. Dah lama teringin nak makan kat Mengabang Telipot. Dulu zaman sekolah-sekolah, mesti datang situ kalau nak makan seafood celup tepung. Situ sangat banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Kena letak tanda Jalan-Jalan Cari Makan ni sebab kat situ memang best.

Kedai yang dimaksudkan ini tidak bernama pun. Papan tanda pun tak de, tapi letaknya di Mengabang Telipot di tepi pantai. So kat bawah ni gambar-gambar yang sempat diambil. Maklum la, perut tengah lapar.. amik gambar cepat-cepat, lepas tu semua makan dengan bersungguh-sungguh.. :)

Semua yang di order- Licin selepas 30 minit.. :)
Ketam Celup Tepung
Cendawan Celup Tepung
Pari Celup Tepung

                                Me, Mak n Ayah, Not in the pic, Judin sbb amik gambar ni.

Jagung Parut.. Besttttt

Lepas makan, terus la balik umah.. Maklum la dah kenyang kan. I loike makan-makan di Mengabang Telipot.. Terus teringat memori zaman dolu2 ngan kawan-kawan KUSZA.. :)

2 comments:

  1. Zieee.... nak makan jugek....
    sob... sob... sob... :(

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. boleh je, nanti kita pi la makan sana lagi.. bukan susah pun.. ikut je aku balik Ganu.. kita makan la sepuasnya..

    ReplyDelete