Sunday, July 25, 2010

Sale sana sini...

Hari ni pepagi lagi keluar temankan ayah pi servis kereta. Niat dihati ni nak pegi servis je la, jangan la melencong je kemana-mana. Tapi nampaknya tak kesampaian. On the way back, laju je menuju ke Mid Valley. Ok..citer di Mid Valley ni memang mengugat jiwa dan nafsu.. huhuhu... Semua tempat pun naikkan poster-poster sale.. Up to 50%, 70%... Aku tahan lagi. Niat nak beli Kinohimitsu mak je. Jalan la ke farmasi Caring yang selalunya paling murah dibanding kan dengan farmasi-farmasi lain.

Sedang jalan menuju ke Caring, Harvey Norman buat announcement, time aku lalu depan kedai tu jugak la H.Norman buat Happy Hour untuk langsir.. Ermm.. Aku memang teringin nak beli langsir ni. Singgah la.. then tengok-tengok cam menarik.. Apa lagi.. At last tergantung la langsir tu kat umah aku seperti kat bawah ni. Sepatutnya bulan ni tak leh beli langsir lagi.. sebab banyak komitmen lain. Tapi tak per la, alang2 tengah sale. Beli la dulu...

Material : Cotton. Sila abaikan kaki adik aku tu. Tido la sangat petang-petang kan...

Banyak lagi kedai-kedai yang buat sale best-best ni, antaranya yang menggugat keimanan aku tadi ialah Nichi (Tapi memang tak nak beli baju daaa..) So alhamdulillah tak tergoda. Carlo Rino lak buat sale jugak. Kat sini aku beli la jugak sandal untuk mak. Dah lama tak beli untuk mak ni, ok la, buat raya kan. Kasut yang aku nak plak, seperti biasa la, takde saiz. Maklumla saiz tapak kaki aku ni saiz kebanyakan orang (5 dan 6). pastu kasut tu tengah diskaun lak tu.. kim salam je la. So dengan frust nya keluar dari Carlo Rino. Nasib baik sandal mak ada lak stoknya. Kalau tak double frust la.. :)

So balik la dari Mid Valley. Nak rehat lak, malam nanti nak kena pi KLIA lak amik adik yang baru balik. Ermmmm mintak-mintak la jangan la tergerak lagi hati ni nak pi jalan-jalan kat Mid lagi. Kopak la poket aku ni time-time sale cam ni.. huhu..

End :)

1 comment:

  1. Hijau dia nampak nice. Sejak 2 menjak ni mmg aku suka color ijau agaknya. Walaupun peberet aku color merah.

    ReplyDelete