Tuesday, June 21, 2011

Tetiba Mood Datang

Bangun pagi ni lewat la plak.. nak je aku amik EL.. sambung tido. Tapi pk2 lak, baik pi keje, sayang la cuti aku tu.. Lagi pun bulan ni tak banyak time kat opis, asik cuti and hujung bulan nak training kat luar laks. Mood cantik ni, almaklumla kat pantry tadi sorang akak ni tegur, "Eh.. da nampak kurus skit, brp kg turun?"... Terus rasa nak lompat bintang... Ermm bape kg? tak tau la plak. aku ni jenis yang tak timbang2.. bukan pe.. takut and sedih ngan berat yang obes tu..huhu.. BMI damasuk kategori Obes... Cholestrol pun tinggi.. so sendir mau ingat la. Now kena try sedaya mungkin untuk kekalkan kesihatan.

Semalam pegi jumpa dietition. Kena jumpa sbb aku nyer result ari tu sangat mengujakan..huhu.. So lepas consult selama setengah jam kot dengan dietition ni.. terus la berkobar2 nak meneruskan usaha makan secara betul dan sihat. Antara yang dia kata semalam... 

1) Kena makan ikut waktu - ( Tetapkan masa yang sama untuk bfast,lunch and dinner )
2) Tukarkan makanan ringan/snack kepada buah2
3) Sekiranya rasa lapar diluar waktu makan, try minum air dulu... dalam 15 minit kalau still lapar, baru la makan.. katanya, perut kita ni tak reti nak ckp beza lapar dan haus, so kalau lps minum tu tak rasa lapar, mean kita hanya la haus je pada masa tu... ooooo baru tauuuu....
4) Kalau puasa lak, cukup la berbuka posa ngan wholemeal bread , tuna and lebihkan sayur or buah2. Milo kosong.
5) Elakkan dari minum milo, nescafe 3 in 1 sebab ada kandungan creamer. Kalau nak minum, bancuh sendiri dan gantikan creamer dengan fresh milk kalau nak susu. Kalau tak, minum je la yang kosong.
6) Kena banyakkan makan buah yang berserat untuk menurunkan LDL dan seterusnya leh naikkan HDL.
7) Elakkan fast food, kalau nak makan jugak, jangan order Set Meal, tapi amik je ala carte, contohnya kalau pi KFC, beli ala carte ayam tu, and bila nak makan, buang segala kulit, makan dagingnya sahaja. Tu kalau teringin sangat la. And kena make sure, perut tak lapar sangat masa melangkah masuk ke fast food restaurant. Kalau tak.. alhamdulillah la aku akan amik set kan.. Fokus2....

Tu la antara yang masuk kepala aku. So hari ni aku pun bfast ala2 mat saleh gitu kan. Hopefully tak la pancit masa pi  jimba2 tengahari nanti... :)

No comments:

Post a Comment